15 December, 2010

Lantik Mukhriz, DS Najib akan dimalukan

Dipetik dari Utusan Malaysia 15/12/2010

Kepimpinan UMNO Kedah perlu nafas baru pastikan BN kembali berkuasa
Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, maka ramailah pemimpin di negeri itu yang gundah-gulana.


Malahan awal-awal lagi, salah seorang pemimpin yang memegang jawatan di peringkat UMNO negeri menyatakan anak kepada bekas Perdana Menteri itu tidak layak menyandang jawatan tersebut.

Di kalangan ketua-ketua bahagian pula berpendapat hanya kelompok mereka sahaja yang layak. Inilah penyakit lama yang masih melumuri UMNO, ketika Barisan Nasional (BN) amat memerlukan satu pasukan yang mantap bagi merampas kembali Kedah daripada Pas.

Kelompok yang semakin melihat kehadiran pemimpin muda seperti Mukhriz boleh mengugat kedudukan politik mereka mula mengeluarkan hujah-hujah dangkal termasuklah Mukhriz kurang pengetahuan mengenai politik Kedah dan tidak menjadi ketua bahagian.

Persoalannya, apakah ketua-ketua bahagian di Kedah itu hebat-hebat belaka dan mampu menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Sepatutnya, mereka perlu menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Kedah bukannya tidak mahu menyokong UMNO atau BN tetapi mereka merasakan sudah tiba masanya muka baru diberi peluang.

Kegagalan BN dan UMNO Kedah mempertahankan kuasa di negeri berkenaan sepatutnya menyedarkan pemimpin-pemimpin lama bahawa mereka perlu bertanggungjawab dan perubahan kepimpinan perlu dilaksanakan.

Seharusnya dalam keadaan sekarang mereka mengatur segala strategi terutamanya mendengar pandangan rakyat siapa yang mereka mahukan demi memastikan BN kembali berkuasa.

Dalam soal ini, turut harus diambil perkiraan ialah bersikap terbuka untuk menerima siapa sahaja yang bakal dilantik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Jika pucuk pimpinan parti menetapkan Mukhriz yang paling layak bagi memberikan nafas baru kepada BN Kedah maka terimalah keputusan itu.

Hanya kerana Mukhriz orang muda dan tidak memegang jawatan dalam bahagian ini tidak bermakna beliau tidak akan berupaya mengembalikan kegemilangan UMNO Kedah.

Dari segi perjalanan politik, Mukhriz dilihat pemimpin yang disenangi oleh golongan tua dan muda di Kedah.

Penulis diberitahu, ke mana sahaja beliau pergi, rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik menyambutnya dengan mesra.

Dengan elemen ini dan ditambah pula sokongan padu semua pihak dalam UMNO Kedah sudah pastilah tugas sebagai Pengerusi Perhubungan akan lebih mudah untuk beliau, bukannya awal-awal lagi diberi amaran bahawa akan berlaku unsur sabotaj kepada kepimpinannya.

Dalam perbualan penulis secara rambang dengan ramai rakyat Kedah, semua berpendapat Mukhriz paling layak kerana UMNO Kedah perlu nafas baru melalui kepimpinan orang muda.

Sementara kita tidak menafikan sumbangan besar pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada di Kedah tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menerima hakikat bahawa UMNO Kedah memerlukan perubahan kepimpinan.

Jika pemimpin-pemimpin berkenaan benar-benar sayangkan parti dan ingin memastikan kerajaan Pas Kedah ditumbangkan, maka mereka perlu bersatu hati menyokong siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin.

Justeru adalah diharapkan pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan sebaik-baiknya dalam soal ini. Apa yang berlaku kepada UMNO Kelantan sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada UMNO Kedah.

Ini kerana sehingga ke hari ini, biarpun Pas Kelantan semakin lemah namun UMNO masih belum berupaya merampasnya kembali. Segalanya disebabkan rakyat tidak berkenan kepada pemimpin-pemimpin UMNO tertentu.

Senario ini perlu diakui sudah turut meresap ke dalam UMNO Kedah.

Di kalangan orang Kedah termasuklah ahli parti di peringkat akar umbi, mereka berpendapat, kalaulah pemimpin-pemimpin tertentu masih dipilih dan dikekalkan bagi menerajui Kedah maka selagi itulah panji-panji UMNO tidak akan berupaya ditegakkan kembali di negeri jelapang padi berkenaan.

Oleh itu kepada semua pemimpin UMNO ingatlah pesanan berkali-kali yang disampaikan oleh Najib iaitu apa yang paling penting ialah kejayaan parti dan UMNO mahu memastikan hanya pemimpin yang diterima oleh rakyat sahaja bertanding.

Terimalah hakikat bahawa era hanya ketua bahagian atau mereka yang memegang jawatan dalam bahagian sahaja layak bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan di peringkat negeri sudah berakhir.

Jika masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang memegang sedemikian maka fahamlah kita kenapa UMNO Kedah kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Apa pun terserahlah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan tetapi apa yang pasti peluang BN untuk kembali berkuasa di Kedah tetap cerah asalkan 'orang Kedah tidak dihidangkan masakan oleh jurumasak yang sama' sehingga memungkinkan mereka 'cemuih' dan menolak BN dalam pilihan raya akan datang.


KOMEN :
Jika DS Najib bertegas meletakKan pemimpin lama yang terdiri dari kalangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, ini bermaknanya dalam PRU13 nanti menang belum tentu tetapi kalah sudah tetap.

Ini kerana yang menang sebagai Ketua Bahagian pun bukannya majoritI besar sangat tetapi meraknya melebihi Pak Menteri-Pak Menteri.

Jika DS Najib melantik juga Datuk Mukhriz yang jelas bercanggah arah dan membelakangi kemahuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah, risikonya ialah mereka akan melakukan sabotaj yang melampau bagi membuktikan keputusan DS Najib itu memang salah kerana tidak tunduk kepada kemahuan mereka.

Secara tidak langsung mereka akan memalukan Presiden parti DS Najib kerana prinsip amalan mereka “tidak dapat kepala telinga kami pulas”. Di hadapan DS Najib mereka bodek naik asap, di belakang mereka kutuk naik hangit.

09 December, 2010

WIKILEAKS: Anwar's plans if his case goes bad

Anwar plans to escape the country if Karpal fails to get more tangguh.The plans are in place, its a matter of executing it.

Anwar cannot is said to have confided to his inner circle that he simply cannot face the prospect of life in prison,

I guess you can say it's all pie in the sky until it happens.. so we will just have to wait till it happens.
http://marahku.blogspot.com/

05 December, 2010

4penyakit yang dibangkit DS Najib ada di Merbok

Di dalam Konvensyen Barisan Nasional 2010 hari ini DS Najib telah membangkitkan 4 penyakit yang ada di dalam sesebuah parti yang apabila telah lama memerintah. Empat penyakit tersebut ialah :

1) Delusion atau khayal dengan kekuasaan dimana mereka merasakan kuasa yang berada dalam tangan akan kekal selama-lamanya.

2) Amnesia atau lupa segala jasa dan janji-janji yang telah dibuat. Lupa kepada rakyat. Rakyat ditipu.

3) Inertia atau tidak terbukadengan teguran. Meraka yang menegur akan dilabel sebagai penentang dan dihukum. Segala peruntukan disekat dan suara teguran tidak diseimbangkan sebagai suara membina untuk “correctional effort” tetapi lebih diperibadikan.

4) Arrogant atau angkuh dimana apabila berkuasa hidung semakin tinggi dan apabila di dalam sesuatu majlis namanya terlupa disebut atau ucapannya diletak pada aturcara yang terakhir pemimpin ini akan menyinga, berang dan marah.

Inilah sikap-sikap yang ada di dalam pemimpin UMNO Merbok hari ini. Lanjutan dari itu beliau tidak layak untuk dicalunkan semula sebagai baik calun ADUN atau Parlimen.

Pengundi-pengundi Merbok seharusnya berterima kasih pada DS Najib kerana telah sedar akan hal ini.

“SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE”

04 December, 2010

Melayu dilanyak oleh Anwar Ibrahim

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Syed Mansor berkata, perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu bukan saja mendesak tindakan dikenakan ke atas Wan Azizah, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua rakyat agar tidak mempertikaikan konsep 'ketuanan Melayu'.
Beliau berkata, sudah sampai masanya bagi kerajaan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan dan ISA kepada mereka yang terus menimbulkan kegusaran terhadap orang Melayu. (Utusan Malaysia)


Perkasa tidak seharusnya terperangkap dalam kenyataan provokasi kumpulan yang muflis politik dan sedang menghadapi ambang maut.

Adalah kebiasaan mereka yang sedang terkapai-kapai kelemasan dan berada diambang maut akan berpaut pada apa juga dahan rapuh waima di atas belakang kawan mereka sendiri.

Melayu bukan pertama kali mengahadapi penghinaan sebegitu rupa malah sejarah telah tercatat penghinaan terhadap Melayu yang amat dasyat ialah oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan tidak satu kaum pun dalam Negara ini yang boleh mendabik dada mengatakan mereka kaum peribumi kerana mereka juga bangsat.

Kerana atas nama TUAN lah UMNO berkuasa dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO berjalan mendabik dada konon menjadi Ketua kepada United MALAY National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Menjadi Ketua hasil dari rasuah politik. Tetapi Melayu hari ini sudah tidak bersatu.

Melayu menjadi TUAN kepada gejala dadah, buang anak, zina dan rasuah. Melayu menjadi HAMBA kepada pengusaan ekonomi dan Cina menjadi TUAN. Melayu menjadi HAMBA apabila ketinggalan dalam pendidikan. Melayu menjadi tuan dan juara Mat Rempit.
Melayu lebih banyak menjadi askar dan tentera untuk mempertahankan keamanan, kedaulatan dan harta benda negara ini yang majority harta-harta tersebut adalah kepunyaan kaum Cina.

Melayu lebih kepada menang sorak kampong tergadai.

02 December, 2010

Buku "Looking Back" harus dijadikan buku rujukan Sejarah sekolah

“Satu malam di London, saya menyuruh Tun Sambanthan untuk memakai suit yang kami telah beli bersama pada siang tadi untuk jamuan makan malam bersma Sir Gerald Templer. Apabila kami semua telah bersedia untuk pergi, Sambantahn telah muncul dengan pakian dhoti dan selempangnya.

Saya hanya berdiam diri sehingalah apabila memasuki kediaman resmi dengan santunya saya mengambil selempang dari bahu beliau dan menyerahkan pada Lady Templer sebagai cenderamata dari kami. Pada awalnya Lady Temnpler teragak-agak untuk menerimanya sehinggalah Sambanthan dalam suasana gurauan menyatakan “Ya, ini untuk puan”. Sejak dari insdien itu Tun Sambanthan telah mula memakai pakaian sut lengkap bertali leher.”

Di atas adalah di antara anekdot-anekdot menarik dari buku tulisan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Looking Back" adalah kompilasi penulisan YTM Tunku sebanyak 53 artikel yang beliau tulis di dalam akhbar The Star dari 16 Desember 1974 sehingga 16 Ogos 1976.

Garapan beliau di dalam penulisan ini merangkumi berbagai aspek dari keturunan beliau sendiri, perpisah dengan Singapura kerana sikap Lee Kuan Yew "what's mine is mine and what's yours is mine", kesungguhan beliau memupuk perhubungan kaum dan memartabatkan Islam.

Seharusnya buku ini dijadikan rujukan utama pelajar sekolah untuk matapelajaran Sejarah yang bakal menjadi mata pelajaran wajib kelak.

29 November, 2010

Di antara mereka yang terlebih layak menjadi Pengerusi UMNO Kedah

Ramai yang layak menjadi Pengerusi UMNO Negeri Kedah dan ada juga yang terlebih layak atau "over qualified" seperti pemimpin di atas. Layak mentarbiahkan penyokong-penyokong PAS agar menyokong UMNO.

26 November, 2010

"RM100,000 untuk setiap bahagian hanya buat lekat celah gigi" kaki Joli

Badan Perhubungan UMNO Kedah meluluskan pemberian peruntukan RM1.5 juta kepada 15 bahagian di negeri itu untuk program kecemerlangan pendidikan dan bantuan kewangan kepada pelajar miskin.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian bantuan itu diutamakan kepada golongan pelajar miskin dan tidak berkemampuan serta yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan utama bertujuan membantu pembangunan pendidikan di negeri itu.

Katanya, peruntukan itu adalah untuk sesi persekolahan bermula Januari 2011 dan setiap bahagian akan menerima peruntukan berjumlah RM100,000.

Sama-samalah kita pantau apa yang akan mereka lakukan dengan wang sebanyak itu demi kepentingan ahli UMNO. Ada yang kata buat lekat celah gigi sahaja, ada yang dah dok congak nak makan kamsin dan dah ada yang dok kemut sana-sani untuk dibahagi kepada cawangan-cawangan yang menyokong mereka sahaja.

Semoga wang yang sebanyak itu dijoli untuk menyeronokkan AJK Bahagian dan kroni mereka dengan membuat lawatan 1Malaysia ke Bandung, Jakarta dan Bali.

23 November, 2010

Mengapa Datuk Lee Chong Wei menangis?

Beberapa athlet wakil negara yang terdiri dari kaum Cina ternyata telah berhempas pulas bertanding di dalam Sukan Asia di Guangzhou China untuk mendapatkan pingat emas serta menjulang nama Malaysia di mata dunia.

Semangat kenegaraan yang diterjemahkan oleh mereka ternyata tidak kurang hebat apabila menentang persaing-persaing yang terdiri dari athelit yang datang dari keluarga nenek moyang mereka, Negara China.
Satu insiden yang menyentuh perasaan ialah Datuk Lee Chong Wei yang gagal ditangan Lin Dan dari China.

Beliau menangis kerana terlalu keciwa sehingga memasuki bilik persalinan dan terasa pilunya sehingga tidak mampu bertemu media. Keazamannya membawa pingat emas dalam kejohanan ini untuk negaranya Malaysia mengatasi sentimen kaumnya dan nenek moyangnya.

Itulah cintanya seorang athelit 1Malaysia yang seharusnya dikagumi oleh rakyat-rakyat 1Malaysia dalam Negara yang sama-sama kita bina ini.

Hakikatnya semangat kesukanan tidak pernah mengenal batasan kaum yang telah lama dibina sejak negara ini mencapai kemerdekaan, hanya yang selalu mengambil kesempatan untuk memisahkan keharmonian kaum ini ialah parti politik chuvanis seperti DAP yang sentiasa mengapi-apikan hak-hak yang telah sedia termaktub.

22 November, 2010

Awas jangan percaya kepada Feng shui master, nanti syirik

Di dalam akhbar The Star (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/22/nation/7476088&sec=nation) hari ini Feng shui master Prof David Koh meramalkan bahawa pilihanraya umum akan berlangsung sebelum Mei dan wanita-wanita muda dan berkuasa akan lebih kehadapan dalam politik.

Apa yang menarik menurut ramalan beliau akan terdapat ramai ahli politik yang berlakon baik atau hippokrate di hadapan pemimpin mereka disebaliknya mereka ada agenda peribadi.

Walauapapun jangan percaya sangat ramalan-ramalan Feng Shui Master ini kerana sebagai orang Islam kita hanya bersandarkan kepada kekuasaan Allah SWT sahaja.

Malah jika terdapat pemimpin yang hippokrate seperti kenyataan beliau itu ianya hanyalah kebetulan sahaja dan memang tanpa ramalan beliau pun pemimpin tersebut telah wujud dalam PRU12 yang lepas.

21 November, 2010

Berlaku adil kepada Tuanku Aishah


"Mama dan Dato Seri, telah berusaha sepenuhnya dengan pelbagai jenis rawatan namun tiada rezeki, maka mereka menemui saya untuk mendapatkan rawatan pilihan (alternative). Saya memaklumkan Mama dan Dato Seri selepas beberapa pertemuan bahawa komplikasi Aishah bukanlah atas dasar Kerohanian (Spiritual based) tetapi lebih kepada hal-hal psikiatrik (mental/jiwa).

Saya bukan menyatakan bahawa beliau gila atau tidak waras....sebaliknya beliau memerlukan banyak bantuan, sokongan dan panduan untuk membuka hati dan mindanya untuk melupakan perkara-perkara yang lepas. Kemungkinan kerana itulah rawatan kerohanian (spiritual treatment) tidak banyak dapat membantunya.

Selepas banyak maklumbalas dan pemerhatian dari pihak beliau, saya dapati salah satu sebab beliau berada dalam keadaannya sekarang adalah kerana beliau terkurung di rumahnya. Mungkin di dalam zon selamatnya sendiri. Menangani perkara-perkara yang lepas, atau mungkin cuba melegakan keadaan atau cuba menafikan kewujudan realiti semasa atau masa hadapan. Membantutkan pertumbuhan mindanya." Dari blog uncleseeker

Uncleseeker mengakhiri bahagian 7 pendedahan "Cinta syhhhh.." beliau bersama Tuanku Aishah dengan kesimpulannya bekas permaisuri Agung itu mengalami sindrom kemurungan yang amat sangat.

Sesungguhnya Tuanku Siti Aisyah tidak harus dibebani lagi dengan pendedahan yang sebegini.

20 November, 2010

Merbok, "SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE" dilancarkan

Kenyataan terkini Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahwa Najib akan buat beberapa kejutan dan perubahan di dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada 28 November ini.

Kejutan ini selaras dengan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Apa juga kejutan dan “surprise” Najib harus pastikan dalaman UMNO dipulihkan dahulu sebelum mengumumkan tarikh PRU13.

Ramai ketua UMNO Bahagian di Kedah dah geli-gelaman macam dikerumit cacing kerawit, ragas-meragas untuk menonjolkan diri masing-masing agar dipilih sebagai calun.

Menurut maklumat bukan setakat DS Najib sahaja mereka melobi tetapi sampai kepada wanita pertaman negara DS Rosmah Mansor pun dipergunakan juga untuk mencapai matlamat mereka.

Pendek kata apa juga cara menjadi halal asalkan matlamat mereka tercapai waima Tok Bomo, Tok Dukun atau dengan mengamalkan amalan syirik dengan memasang tangkal.

Jika DS Najib betul-betul menterjemahkan konsepnya “RAKYAT DIUTAMAKAN” maka seharusnya beliau meletakkan calun yang diterima oleh rakyat bukannnya calun yang diterima oleh UMNO.

Ketua Bahagian UMNO bukannya tiket express atau jalan pintas menjadi calun. Tambahan lagi mereka yang pernah kecundang dalam PRU12 yang lepas. Rakyat masih tidak lupa, selut dan lumpur masih belutin di badan dan mereka seharusnya disamak dahulu dan dimandi bunga.

Tunggul-tunggul gerigis yang ditinggalkan mereka bukan sahaja menyiksakan rakyat, UMNO malah  parti lawan juga.

SELAMAT MENYAMBUT HARI TANDAS SEDUNIA

Sempena menyambut Hari Tandas Sedunia MT pada 19/11/2010 MT juga mengambil kesempatan melancarkan gerakan perubahan demi kegemilangan untuk Merbok. “Change for the BEST, SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE FOR MERBOK”.

Pelancaran ini dibuat sempena Hari Tandas Sedunia agar Merbok juga tidak ditandaskan @ dinajiskan oleh pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri sehingga UMNO menjadi busuk dan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.
“Tandas bersih, perut lawas, rakyat cergas”

17 November, 2010

Pengerusi Perkasa Kedah dipecat

Perkasa sebuah NGO yang berpengaruh dan bertaring memperjuangkan hak-hak Melayu seringkali disalah anggap sebagai sebuah NGO yang rasis. Perjuangan dan pendekatan yang mereka ambil sebenarnya diasaskan oleh UMNO di awal perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu dan pembentukan Negara Malaysia sehingga memartabatkan bangsa Melayu dan Islam Negara ini.

Walaubagaimanapun sejak PRU12 pada 2008 yang lepas senario politik Negara telah berubah apabila UMNO dilihat tidak bertaring lagi untuk memperjuangkan hak-hak Melayu.

UMNO seperti melukut ditepi gantang memohon simpati dari kaum lain untuk mengekalkan hak-hak Melayu dan Islam dalam negara ini.

Menyedari ruang dan rongga di mana UMNO gagal, beberapa individu Melayu yang pada mulanya dilihat hanya golongan terpinggir telah bersatu mengambil inisiatif menubuhkan Perkasa. Pertubuhan yang “low profile” ini telah membiak begitu cepat sehingga ternyata menggugat pengaruh UMNO.


Apabila menyedari kebangkitan Melayu yang drastik melalui Perkasa terdapat bibit-bibit dan usaha untuk menghakis pengaruh ini. Baru-baru ini Pengerusi Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor telah dipecat dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok.

Syed Osman, bekas Setiausaha Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin di bahagian Merbok dilihat lebih berpengaruh di akar umbi telah menjadi ancaman kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok yang sedang gigih berusaha melobi diri sendiri untuk dicalunkan kali kedua sebagai calun Parlimen Merbok di dalam PRU13 yang dijangka tidak beberapa hari lagi menurut ramalan nujum Pak Belalang.

Sebenarnya tindakan-tindakan sebegini dilihat sebagai tidak bijak dan waras di dalam usaha untuk menyatukan kaum Melayu khasnya untuk mengembalikan keyakinan kaum Melayu pepecahan dalaman harus dielak samasekali. Melayu akar umbi tidak harus menjadi mangsa pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Pemimpin yang bijak harus merapatkan jurang perpecahan, yang retak diperbaiki ,yang ada dikemaskini dan yang jauh dirapati, menepati hasrat Perdana Menteri seperti di dalam ucapan penggulungan beliau di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

16 November, 2010

Rakyat sedang menilai yang mana mereka mahu undi, Golf atau Cangkul

Menurut lapuran terkini Malis Keselamatan Negara cawangan Kedah, seramai 15,000 lebih terlibat sebagai mangsa banjir serius dan seramai 60,000 lebih pula terlibat dengan perpindahan secara langsung dan tidak langsung.

Angka ini merupakan satu angka yang besar sepanjang insiden banjir di Kedah dan merupakan bencana yang sirius sehingga mengakibatkan MB Ustaz Azizan pun hilang kawalan emosi dan nafsu amarah.

Mala petaka ini juga mencetuskan berbagai idea aktiviti untuk diusahakan bagi membantu mangsa banjir ini yang melibatkan berbagai peringkat badan politik, NGO dan orang perseorangan.

Initiatif menganjurkan Golf Amal Golf Parlimen Merbok dilihat satu initiatif yang baik tetapi peganjurannya harus dan mestilah ikhlas serta menepati kehendak rakyat yang rata-rata jahil tentang golf.

Golf bagi rakyat bawahan merupakan satu permainan orang-orang kaya, elit, berkuasa dan berdarjat. Bagi rakyat marhaen mereka melihat golf bersamaan dengan menebas rumput di sawah atau di kebun mereka sahaja.

Penganjuran ini juga harus boleh memisahkan dengan penganjuran untuk amal, untuk status, untuk populariti, untuk pilihanraya atau untuk suka-suka sendiri. Kerana jika golongan-golongan elitis "hantu" golf ini ingin membuat amal ikhlas, mereka,hanya terus mengumpul dana dan terus salur sahaja kepada mana-mana badan atau NGO atau terus turun randuk dalam kelebor bertemu mangsa banjir besar Kedah dan sumbang sahaja.

Pendekatan ini lebih kerakyatan dan menjurus kepada mendekati mangsa tidak payah tunggu mereka-mereka ini untuk menghayun kayu golf syiok sesama mereka baru nak salurkan bantuan.

Yang sebenarnya kebijaksanaan seseorang pemimpin dinilai dari kebolehan memberi keutamaan yang mana perlu didahulukan dan yang mana dikemudiankan. Di dalam situasi pasca banjir sekarang ini mangsa memerlukan tilam-tilam yang dah rosak, perabut-perabut rumah yang dah kembang, tanaman-tanaman padi yang dah hanyut bukannya menunggu anjuran Golf Amal baru bantuan mahu diturunkan.

Sesungguhnya memimpin UMNO Bahagian tidak sama dengan memimpin sekolah atau sekandang kerbau kerana yang ada didalam kawasan itu terdiri dari berbagai porla masyarakat. Cerdik dalam UMNO tak semesti cerdik dalam masyarakat.

Rakyat sedang menilai siapa yang cerdik untuk memimpin mereka yang cerdik.

15 November, 2010

Sejarah 13 Mei

(Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei")

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Senarai kandungan
1 Latar belakang
1.1 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
1.2 Pembangkang meraikan kemenangan
1.3 Perarakan kematian Cina
1.4 Rumah Menteri Besar Selangor
1.5 Rejimen Renjer
1.6 Askar Melayu
1.7 Panggung Odeon
2 Angka korban
3 Di mana Tunku
4 Mageran
5 Nota
6 Rujukan

Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Nota
Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, m.s. 88. Institut Pengajian Asia Tenggara. ISBN 981-230-185-2.


Rujukan
Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'.


Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.

13 November, 2010

Najib tidak harus tunduk atas desakan, 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara

Najib tidak seharusnya tunduk dengan desakan sesetengah pihak untuk mewartakan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara seperti 12 July Hari Keharmonian Kaum yang diraikan di Singapura.

Hakikatnya kekuatan dan keberanian Lee Kuan Yew tidak sama dengan kekuatan dan keberanian Najib. Jika 13 Mei hendak diwartakan sebagai Hari Muhibbah Tun M sudah lama lakukannya.

The start of the July riot on the Muslim prophet Muhammad's birthday that would later injure hundreds and kill 23 people.
12 July yang diraikan di Singapura adalah usaha-usaha memesongkan sejarah pembentukan Negara itu sendiri. Rusuhan Melayu-Cina yang berlaku di Singapura pada 12 July 1964 secara kebetulan Hari Maulud Nabi sebaik sahaja Lee Kuan Yew habis bermain golf di Royal Singapore Golf Club.

Lee Kuan Yew telah menyalahkan Utusan kerana menghasut seperti tajuk berita pada 26 Julai yang disiarkan dari laporan akhbar Indonesia “Lee bertanggung jawab terhadap rusuhan Singapura”.

LKY naik angin apabila Syed Jaafar Albar berkata bahawa kejadian itu berlaku kerana ada iblis di Singapura yang melagakan orang Melayu dan Cina. Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar dituduh mengapi-apikan perasaan orang Melayu.

UMNO dipersalahkan kerana meniupkan api perkauman dan kononnya ingin mendapatkan pengaruh politik serta mempergunakan Melayu Singapura untuk menguatkan sokongan UMNO di Malaya.( Lihat Memoir LKY, Kisah Singapura)

Rentetan dari peristiwa ini maka 12 July harus diraikan sebagai Hari Keharmonian Kaum supaya rakyat Singapura sentiasa diingat-ingatkan atau ditakut-takut agar menjauhkan diri dari UMNO dan Melayu Malaysia kerana mereka rasis dan suka kekacauan.

Matlamat utama ialah rakyat Singapura khasnya Melayu juga harus dipisahkan “kiblat” mereka kepada Malaya atau Malaysia. Itulah sebenarnya Hari Perpaduan Kaum tujuan LKY.

Cadangan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara yang sebenarnya sudah terlambat kerana suasana politik hari ini berbeza samasekali. 13 Mei amat menakutkan kaum Cina kerana mereka melihat hari itu “banyak suey looooo…” angka 13 “tatak ong…” “unlucky number maaaaa…”.

11 November, 2010

Tafsiran patriotik yang dangkal

The Star 11/11/2010 m.s N47 menyiarkan pandangan yang menarik dari penulisnya T.K Chua berhubung isu patriotisma yang dibangkitkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kononya dakwaan beliau mempertikaikan kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu berhubung isu penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berikut adalah terjemahnya:

Saya ingin merujuk lapuran "“Stop making sweeping statements, Umno ministers told” (The Star, Nov 10).

Saya bersetuju dengan Presiden MCA bahawa kenyataan cetek dengan melabelkan bukan Melayu sebagai tidak patriotik kerana tidak berminat berkhidmat dalam angkatan tentera adalah tidak bijak.

Bahkan, kenyataan dicemari dengan motifnya bertujuan memperolehi “mileage” politik semata-mata daripada menyatakan penilaian yang jujur ketahapan sebenarnya semangat patriotisme di kalangan warganegara ini.

Satu pengabdian sederhana atau kesetiaan kepada negara tanpa prasyarat adalah juga patriotisme bagi saya. Dalam lain perkataan, jika kita ingin melihat bahawa negara ini berjaya, damai dan bahagia juga patriotisme.

Manifestasi patriotisme terbina dalam banyak cara. Berkhidmat dalam angkatan tentera mungkin salah satunya. Tetapi jika kita berkhidmat dalam angkatan bersenjata kerana ingin keluar dari pengangguran dan atas desakan ekonomi, adakah itu patriotisme yang kuat?

Kita harus menghargai bahawa di kalangan kita masing-masing mempunyai keperluan dan bakat yang berbeza dan kita mampu menterjemahkan patriotisme kita dalam berbagai cara bukan sekadar berkhidmat dalam agkatan tentera.

Mungkin pada tahap yang paling asas, kita menjadi wargakerja yang tekun dan bekerja kuat sehingga berkemampuan menjadi pembayar cukai dengan jujur dan itu juga adalah patriotisme. Jika anda menjalankan perniagaan dengan jujur kepada pelanggan itu juga adalah patriotisme.

Jika anda seorang profesional, menjalankan profesion secara beretika dan jujur untuk menjamin kesejahteraan warga negara sesama anda itu juga adalah patriotisme dan jika anda seorang tokoh korporat dengan memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya saing disamping mewujudkan peluang pekerjaan serta berlaku adil dan beretika kepada pelabur dan pemegang saham, itu juga dikira patriotisme.

Jika anda adalah salah seorang pejawat awam dengan tidak memihak dan melayani rakyat berlandaskan dengan konsep 1Malaysia itu juga adalah patriotisme. Begitu juga, jika anda salah seorang ahli politik yang patriotik, anda juga terhutang budi dengan Malaysia yang umumnya sejahtera, pengurusan yang baik,aman , damai dan ekonomi yang makmur.

Justru itu, kita adalah patriotik dalam apa jua kerjaya kita baik dalam apa juga pekerjaan yang kita berada atau apa juga usaha yang kita ingin ceburi.

Di sebaliknya kita juga adalah tidak patriotik jika dengan kuasa dan kedudukan kita digunakan dengan membeli peralatan tentera yang tidak bermutu kerana sehingga membahayakan nyawa anggota tentera kita.

Begitu jugalah apabila mereka yang diamanahkan membazir wang dengan membelanjakan dengan boros dalam projek-projek yang tidak perlu, itu juga dikira tidak patriotik.

Penjawat-penjawat awam yang korup, sehingga projek lambat atau terbengkalai, itu juga dikira tidak patriotik.

Apabila terdapat ahli politik yang membahagi-bahagikan warganegara dalam kategori yang berbeza serta menghasut sesama mereka, itu juga dikira tidak patriotik.

Akhirnya apabila kita malas, tidak cekap dan tidak layak itu juga dikira tidak patriotik.

T.K. Chua,

10 November, 2010

Zaid Ibrahim tak kenang budi

Tindakan Zaid Ibrahim menghalau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali keluar dari PKR adalah tindakan yang tidak mengenang budi. Zaid yang diberi tempat oleh Anwar Ibrahim selepas merajuk dari UMNO dan diletakkan sebagai calun harapan PKR dalam PRK Hulu Selangor ternyata begitu angkuh dan bersungguh-sungguh mahu membangsatkan Anwar Ibrahim.

Rakyat dapat melihat suasana pelakon-pelakon politik negara ini hebat-hebat belaka. Hari ini berkawan berganding tangan, bertepuk sorak tiba-tiba besoknya menjadi lawan dan maki-memaki sesama ahli.

Bila suka semuanya indah, lambung-melambung sehingga naik asap. Kentut pun wangi dan ketiak masam pun harum baunya.

Bila sudah bermusuh dan meletak jawatan dalam parti mula lah hentam-menghentam dan segala yang di dalm kain dan seluar dalam pun dipunggah sehingga mengaibkan pemimpin agung mereka.

Di dalam politik hari ini tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang kekal, semuanya berkepentingan mengejar kuasa, mabuk dan tamak haloba.

Rakyat dibohongi melalui ceramah dan pidato bersemangat dengan fitnah durjana. Anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan masyarakat terpengaruh dan emosi mereka dibakar seperti api matahari yang bergelegak.

Zaid Ibrahim seharusnya sedar bahawa beliau sekarng berada di dalam rumah orang, mana mungkin menghalau tuan rumahnya keluar sehelai sepinggang. Beliau memasuki PKR parti yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim seharusnya menghormati pengasas parti tersebut.

Apakah Zaid Ibrahim sedang bermain sandiwara politik dimana di belakang beliau masih ada taikor yang besar?

07 November, 2010

Rita Rudaini, Zainudin Maidin dan Lee Kuan Yew

Muka surat empat Mingguan Malaysia hari ini memberi keutamaan kepada berita pergolakan rumah tangga artis jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zakuan Abdul Razak, striker utama pasukan bolasepak Negeri Sembilan.

Tajuk besarnya ialah “Rita Rudaini nekad 'lawan' suami di mahkamah” yang memakan ruang satu pertiga dari muka surat 4 Mingguan Malaysia, akhbar rujukan Melayu.

Manakala dalam muka surat 9 pula disiarkan rencana tulisan Zainudin Maidin mantan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang bertajuk “Runtuhnya Melayu Singapura”.

Zainudin memberi keutamaan dalam perenggan pertama tulisan nya dengan memetik dari memoir Lee Kuan Yew, The Singapore Story, “ Lee Kuan Yew menceritakan ketika serangan Jepun ke atas Singapura dalam tahun 1941, beliau yang sedang berjalan kaki dari Teluk Kurau ke Norfolk Road telah melihat orang-orang Melayu mencuri kerusi dan meja dari rumah- rumah besar. Tetapi orang-orang Cina mencuri barang-barang keperluan dan barang kecil yang ringan dan lebih berharga”.

Zainudin menyudahi rencana beliau dengan katanya “Dalam senario sejarah yang saya kemukakan secara ringkas ini, kita harus menilai diri kita untuk mengenali apakah yang diperlukan dalam perjuangan untuk survival orang Melayu dalam Malaysia yang juga akan menghadapi cabaran yang sama. Moga-moga kita tidak lagi mewarisi kualiti manusia yang nampak perabut ketika beras diperlukan”.

Itulah yang dikatakan “Priority” atau keutamaan, kaum Melayu ketika itu mungkin lebih mementingkan perabut dari barang kecil yang berharga. Dicurinya perabut-perabut mewah yang kebanyakannya kepunyaan kaum Cina yang kaya raya ketika itu atas perasaan emosi dan cemburu.

Mereka beremosi sehaluan seperti peribahasa mereka juga "Tidak dapat kepala teilinga dipulas".

Berbalik pula kepada keutamaan berita yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, mereka lebih utama menyiarkan gossip panas dan perangai-perangai tak senonoh artis Melayu gilaan remaja Melayu, lebih mendapat tempat utama dalam akhbar Melayu daripada menyiarkan kejayaan kaum Melayu di persada dunia.

Hakikatnya akhbar Melayu lebih mengutamakan “beras” dari berita-berita panas untuk melariskan jualan akhbar mereka, sebaliknya akhbar MCA “The Star” banyak menonjolkan tokoh-tokoh Cina yang berjaya di luar negara kerana dakwaan mereka kemakmuran negara ini hanya menyebelahi orang-orang Melayu.

Zainudin gagal melihat Lee Kuan Yew di sebalik Lee Kuan Yew.