24 November, 2012

"TEH TARIK TERAKHIR SEORANG YB" - JENTERA UMNO HARUS IKHLAS KAJI SIKAP PENGUNDI

Utusan Malaysia 30/12/2011 Link
Oleh MAZLAN MAHMUD

PADA malam tanggal 7 Mac 2008 salah seorang bekas Yang Berhormat (YB) yang menang dalam Pilihanraya Umum Ke-11 (2004) dengan majoriti sebanyak 17,500 bersalaman dengan calon pengganti beliau. Dengan penuh yakin beliau berkata dalam bahasa Inggeris; "Not to worry Datuk, you are safe because if you loose by 50% of my majority also you will still win." Itu adalah perkiraan matematik mudah menggambarkan keintelektualan beliau.

Rupa-rupanya langit tidak selalu cerah. Teh tarik di restoran mamak di utara tanah air pada tengah hari 8 Mac 2008 itu merupakan teh tarik yang terakhir seorang YB. Tempahan secara diam-diam puluhan meja di salah sebuah hotel terkemuka yang kononnya untuk meraikan kemenangan pada 9 Mac 2008 secara besar-besaran terpaksa dibatalkan walaupun cengkeram sudah dibayar. 

Mimpi negeri menjadi realiti. Calon yang kalah menjadi mamun (bahasa Kedah) atau mengigau seperti baru bangun dari lena panjang. Di mulutnya sentiasa melafazkan "I am ok, I can take It, no problem" tetapi realitinya ungkapan itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri yang ternyata kecewa. 

Episod duka ini merupakan sedutan daripada puluhan lagi episod di sebalik tabir ketika dilanda ledakan tsunami politik 2008 di Kedah dan negeri-negeri yang Barisan Nasional (BN) kecundang. Apabila menoleh kembali, yang sebenarnya kemenangan besar pilihan raya 2004 disambut dengan kejadian tsunami yang amat dahsyat pada tahun itu juga sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Pilihan Raya Umum 2008 telah mengubah banyak landskap politik negara selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan seperti juga tsunami yang mengubah Aceh, Indonesia dan Kota Kuala Muda, Kedah. 

Perubahan yang amat ketara ialah sikap, corak dan tingkah laku pengundi. Sikap pegundi Melayu, sikap pengundi Cina, sikap pengundi India dan sikap pengundi muda telah berubah sama sekali. Menurut Buku Panduan Jentera Pilihan Raya yang diterbitkan oleh Biro Latihan dan Keahlian UMNO Malaysia tahun 2008, kajian sikap diletakkan di bawah salah satu portfolio penting jentera pilihan raya setiap kali pilihan raya umum iaitu K10 atau Ketua Rumah 10. Kelazimannya tugas tersebut di bawah Pergerakkan Wanita UMNO bahagian di dalam kawasan daerah mengundi tersebut. 

Buku panduan tersebut juga menggariskan di antara skop tugas utama K10 ialah mendapatkan maklumat berhubung sikap serta mirip pengundi. Gerak kerja membanci sikap pengundi ini dilakukan secara berterusan dan berkala sebelum penamaan calon, semasa berkempen dan pada hari mengundi. Wanita diberikan peranan ini memandangkan sifat-sifat mesra kewanitaan, sifat keibuan, kelembutan, kematangan dan imej yang dihormati di mana pendekatan melalui sifat-sifat ini dikira dapat mempengaruhi pengundi untuk memangkah BN semasa hari pembuangan undi kelak.

Di antara faktor lain ialah wanita juga dilihat selalu berada di rumah dan mereka boleh masuk sehingga ke dapur di samping berkeupayaan membaca body language dan umumnya sifat semula jadi wanita yang pandai merayu dan memujuk. 

Data-data dan analisis bancian sikap pengundi ini adalah sulit dan terhad. Ia dikawal dan ditutup rapi dengan kain kerana maklumat ini adalah "rahsia" besar ditakuti jatuh ke tangan parti lawan. Ia akan diselak dan diberi taklimat kepada calon yang bertanding semasa calon berkenaan membuat lawatan ke bilik-bilik gerakan. Calon akan tersenyum lebar apabila melihat garisan graf putih lebih tinggi daripada garisan graf hitam. Jika terdapat garisan graf kelabu lebih tinggi, perayu-perayu undi K10 diasak supaya "menggoda" pengundi untuk menyokong agar garisan graf putih mencanak naik. Calon yang rajin akan membuat lawatan susulan pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya, apa pun bergantung sejauh mana kerajinan calon tersebut. 

Sejauh mana kejituan dan kejujuran data-data sikap pengundi ini diperolehi sentiasa boleh dicabar malah silap haribulan ia boleh mencetuskan perdebatan dan berakhir dengan suasana yang tidak harmoni. Jika nasib tidak baik ia akan berkesudahan dengan suasana tegang dan emosional sehingga mengakibatkan jawatankuasanya merajuk kerana merasakan penat lelah mereka tidak dihargai. 

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi yang dinyatakan di dalam buku panduan tersebut dan menjadi standard operating procedure setiap kali pilihanraya. 

Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini. Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan branding atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Contohnya pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP. 

Apabila menyedari kekuatan penjenamaan, Pas sedang berhempas pulas mengikis jenama ekstremisme dan talibanisme. Parahnya imej Pas ini sehingga mereka mengambil racun sebagai penawar. Ini jelas terbukti dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad di dalam Utusan Malaysia 21/12/2011 bahawa "DAP telah membebaskan Pas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang dan paksa orang masuk Islam dan Pas telah membebaskan DAP daripada imej chauvinis"

Yang sebenarnya bukan setakat penjenamaan yang mereka terap tetapi amalan inilah yang mereka laksanakan sehingga membawa kejayaan menawan Terengganu satu ketika dahulu. Dalam perkembangan yang sama DAP pula jelas memperalatkan Pas supaya dilihat dari kaca mata orang Melayu bahawa mereka tidak chauvanis. Malah DAP juga cuba "mencantas" kepala Pas dengan ura-ura ingin meletakkan calon-calon Melayu di kawasan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengikut perkiraan matematik mudah tahun 2012 merupakan tahun berhadapan dengan pilihanraya dan dalam menghadapi PRU13 ini kajian sikap seharusnya dikaji dengan mendalam dan tidak bermusim. 

Realitinya sikap pengundi banyak dibentuk oleh persepsi , Mark Philips bekas petugas CIA pernah menulis "bahawa peperangan itu bukannya kemenangan di medan perang tetapi kemenangan untuk menguasai minda manusia." 

Rumusannya winnable candidate bukan setakat sikap calon terhadap pengundi tetapi yang penting juga sikap pengundi terhadap calon di samping winnable party, winnable policy dan winnable strategy. 

23 November, 2012

APA KAH AKIBAT JIKA ALLAH SWT MAKBULKAN DOA PAS?

Mazlan Mahmud,
Utusan Malaysia 23/11/2012

Doa PAS yang dipimpin oleh adik Nik Aziz di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lepas supaya Allah SWT mengKOkan UMNO dan BN yang sebenarnya membuktikan bahawa mereka sedang dilanda kebuntuan masa depan politik yang sungguh meruncing tak ubah seperti telur dihujung tanduk. 

Mereka menghadapi kekalutan masaalah dalaman di antara pakatan mereka sehingga akhirnya mereka terpaksa memohon kepada Allah SWT untuk membinasakan UMNO/BN memandangkan tidak ada jalan lain lagi untuk mereka berkuasa. 

Kandungan doa ‘KO BN’ yang dibaca oleh adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat itu ternyata meluahkan isi hati betapa begitu kuat sekali bencinya mereka kepada UMNO dan BN. 

Diulang-ulangnya “KO-BN!! KO-BN!! BN-KO!! KO BN!! BN-KO!! KO-BN!! BN-KO!!” dengan nada yang sungguh marah dan meluat. Sehingga semua kejadian jenayah dalam negara ini seperti ragut, rogol, bakar dan cincang manusia disalahkan kepada UMNO dan BN termasuklah kejadian-kejadian yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang negeri pemerintahan PAS dan DAP. 

Hakikatnya UMNO dan BN tidak boleh tidur nyenyak kerana jika doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT setelah diaminkan oleh 40,000 penyokong PAS pada malam itu negara ini akan tenggelam ke dalam laut seperti Kerajaan Firaun dan diranapkan seperti Namrud dan Abu Lahab.

UMNO juga mesti bangun dan berdoa supaya menolak segala bala bencana yang bakal menimpa umat negara ini termasuklah berdoa juga supaya mereka yang memohon KO kan UMNO-BN mendapat perlindungan dan dibuka hati nurani mereka oleh Allah SWT supaya berkasih sayang sesama umat. 

PAS juga harus sedar jika negara ini tenggelam mereka juga akan tenggelam bersama termasuk Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang sekali gus cita-cita mereka untuk berkuasa juga akan hancur kerana sudah tidak ada negara lagi untuk mereka memerintah.

21 November, 2012

Harimau pun pening bau ketiak

Kalau dah tak pandai menari disalahkannya lantai jongkang jongket. Itulah peribahasa Melayu yang sesuai diberikan kepada Rajagopal, jurulatih Harimau Malaya yang hanya mampu seri dengan Bangladesh. 

Seharusnya apabila Rajagopal menyedari masaalah bau ketiak pemain Bangladesh mengugat prestasi pasukannya Rajagopal sepatutnya membekalkan penutup hidung bagi mengelak bau hangit ketiak supaya tidak menusuk hidung pasukan Harimau Malaya.

Apakah jika pasukan Liverpool atau Manchester United berhadapan dengan pasukan Bangladesh mereka juga akan seri atau kecundang apabila hidung mereka menghadapi masaalah yang sama?

Semoga hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Bangladesh tidak terjejas kerana kenyataan 'penghinaan' Rajagopal kepada rakyat mereka.

17 November, 2012

PAS CUBA BOHONGI PENGUNDI

PAS masih nak main wayang dengan pengundi Islam konon hudud diterima Pakatan Rakyat. 

Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13. 

Sebaliknya DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw secara terbuka menentang hudud(Karpal tak setuju hudud). Mereka pun hairan bagaimana Harun Taib boleh berbohong dalam Muktamar Tahunan PAS yang mulia itu.

PAS seperti menjolok hudud supaya ditelan secara paksa oleh DAP konon mengheret DAP untuk menerima hudud atas dasar nak main politik. Tetapi ternyata DAP memuntahkannya kembali.

PAS tak ubah seperti pengemis murahan di dalam Pakatan Rakyat. Melutut di kaki busuk DAP seolah-olah PAS tidak faham bahawa DAP benci akan hudud.

Rakyat harus boleh menilai apa jenis pakatan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini. Bukan setakat mereka menipu rakyat malah juga menipu diri mereka sendiri, menipu ahli-ahli mereka.

Yang sebenarnya PAS sedang mencari pelakon-pelakon politik yang boleh hangguk buat sementara sebelum PRU13 yang akan datang.

14 November, 2012

JEPUN HASILKAN SELUAR DALAM TAPIS BAU KENTUT

Punca kentut seringkali dikaitkan dengan makanan yang berangin seperti gulai nangka, sayur daun keti, sayur munggai dan yang paling cepat punca kentut ialah apabila makan biji nangka atau biji cempedak rebus.

Berita Harian melapurkan di Tokyo sebuah syarikat Seirin tekstil Jepun telah membangunkan teknologi seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau yang tidak diingini.

Seluar dalam yang dapat meneutralkan bau kentut terbukti mendapat sambutan hangat di kalangan ahli perniagaan yang kuat bekerja dan yang kerap melepaskan bau sehingga mendatangkan masaalah ketika berhadapan orang ramai.
 
Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu menyatakan mereka mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk.

Menurut Nami pada mulanya mereka hanya terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun sebaliknya yang amat mengejutkan mereka ialah apabila sambutannya lebih popular di kalangan ahli perniagaan.

Seluar dalam itu menggunakan bahan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian. Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap penyakit usus.

Kini syarikat itu telah berjaya menghasilkan sebanyak 22 barangan lagi di antaranya stokin yang mencegah bau kaki dan baju-t yang mencegah bau ketiak.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti Malaysia juga akan berjaya mencipta sarung kencing bagi mencegah bau haring kencing pemimpin politik.

11 November, 2012

SYED MOKHTAR AL BUKHARY, A BIOGRAPHY

"I remember him showing me his plans for the Port Of Tanjung Pelepas. I admit I found it grand, and thought he would not succeed" Tun Dr Mahathir
‘Syed Mokhtar Al Bukhary, A Biography’ adalah buku terbaru yang masih panas di kedai buku diterbitkan pada 8 November 2012 tulisan Premilla Mohanlall. Buku yang setebal 169 muka surat tidak termasuk muka surat index ini berharga RM19.90 murah sedikit dari buku My Story, Lim Goh Tong yang berharga RM28.00 dan sama harga dengan buku Daim, Man Behind The Enigma tulisan Adibah Amin. 

Gaya penulisan Premilla Mohanlall yang mudah atau ‘easy reading’, buku ini sarat dengan pengkisahan liku-liku dugaan seorang usahawan Bumiputera dan tiada jalan mudah untuk berjaya sebagai seorang Bumiputera.

Syed Mokhtar dilahirkan pada 12/12/1951 dari perut kandungan Sharipah Rokiah di Kampung Keriang, Jalan Day, Alor Setar Kedah. Bersekolah setakat tingkatan lima kerana kemiskinan tidak meneruskan pelajaran dan sejak awal telah belajar berniaga lembu dari bapanya Syed Nor. 

Syed Mokhtar merupakan segelintir jutawan Melayu yang masih survive selepas Asia dilanda badai krisis ekonomi. Ramai jutawan Melayu atau Bumiputera telah hanyut dilambung badai ketika itu dan ada yang masih hidup, nyawa-nyawa ikan dan ada yang telah hilang hanyut dilambung gelombang.

Hidangan di dalam talam kawalan Syed Mokhtar ketika ini di antaranya ialah Malaysian Mining Corporation (MMC), Tradewind Bhd dan DRB-HICOM. Realitinya rezeki hidangan ini bukannya datang terhidang di dalam dulang emas tetapi setiap syarikat-syarikat ini ada ceritanya yang tersendiri.

Sepak terajang perniagaan sudah menjadi kematu kepada Syed Mokhtar dan semuanya diceritakan di dalam buku ini dengan penuh sentuhan

Adalah kelaziman setiap peniaga Bumiputera akan menempuh cabaran dengan bangsanya sendiri. Begitu juga Syed Mokhtar. 

Syed Mokhtar juga tidak terlepas dari lempias impak perubahan pucuk pimpinan daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah. Dasar-dasar pembangunan ekonomi Pak Lah ternyata menggigit perniagaan Syed Mokhtar.

Selepas melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Dr Mahathir seperti keseorangan dan ramai yang dulu mencium tangannya kini lari beralih giliran mengampu Pak Lah. Syed Mokhtar tidak begitu, kata Mahathir “ For a while, I thought Syed Mokhtar too had disappeared. But it was not so. He continued to seek me out even though I was no longer in a position of power”

Syed Mokhtar telah dilabel sebagai ‘orang Mahathir’ akibat pengaruh ‘budak-budak tingkat 4’ Syed Mokhtar telah terpisah jauh dari pucuk pimpinan. Banyak projek-projek yang telah ditawar kepada Syed Mokhtar semasa tempoh akhir Dr Mahahir menjadi Perdana Menteri telah dibekukan dan ada yang ditarik balik. 

Projek ‘Alluminium Smelting’ di Sarawak telah ditarik balik dan projek landasan keretapi berkembar dihentikan. Hikmahnya, apabila kesukaran menyertai projek dalam negara kerana dasar-dasar Pak Lah, Syed Mokhtar telah mengalih membawa MMC keluar negara khasnya Timur Tengah. 

Seorang tokoh jutawan Timur Tengah terkemuka Mohamed Ali Alabbar, Emaar Properties yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa Dubai berkata semasa wawancara di TV menyatakan “in South East Asia, we will only do business with Syed Mokhtar”.

Membaca buku ini membuka persepsi sebenarnya bahawa kadangkala cabaran usahawan Melayu dan peniaga Melayu yang sebenarnya bukan persaingan dengan kaum lain tetapi yang lebih sukar ialah kerenah sikap bangsa Melayu sendiri. 

Buku ini bukan setakat sesuai dibaca oleh pelajar, bakal usahawan, usahawan tetapi juga mereka yang bakal menjadi pemimpin, bakal-bakal calun ADUN atau Ahli Parlimen kerana mereka adalah bakal menjawat jawatan Menteri cabinet yang kelak diamanahkan untuk mengubal dasar-dasar ekonomi untuk Melayu dan Islam.

Apapun menurut Syed Mokhtar "Wealth has to circulate. When you make money you have to give it away".

05 November, 2012

ULAMA UMNO LEBIH BERJAYA BERDAKWAH DARI ULAMA PAS

Setelah mengadakan pertemuan ilmu di antara Presiden MCA Chua Soi Lek dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bagi memberi penjelasan yang terperinci berhubung isu Hudud barulah Chua Soi Lek faham Hudud yang sebenarnya. Link

Selama ini Chua Soi Lek telah dipesongkan dengan fahaman Hudud Versi PAS yang ternyata membinggungkan dan menakutkan beliau dan kaum Cina dalam negara ini.

Maka tidak hairan lah jika Karpal Singh juga berterusan terpesong dengan fahaman Hudud Versi PAS sehingga sanggup nyawa beliau khojol namun menerima hudud tidak sama sekali. Inilah bukti kegagalan PAS untuk berdakwah kepada rakan dalam pakatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya diseru meneruskan usaha ini dengan mengambil initiatif selanjutnya untuk mengadakan pula pertemuan ilmu dengan Karpal Singh dan anak beranak bagi menjelaskan sejelas-jelasnya Hudud yang sebenar supaya Karpal juga tidak terus terpesong dan sesat. 

Usaha dan peranan ulama muda UMNO ini dikira sangat berkesan jika dibandingkan dengan cara PAS yang lebih suka bertindak dengan beremosi untuk berdemonstrasi. 

Syabas kepada Ulama Muda!

04 November, 2012

LEE KUAN YEW'S POLICY THAT FAILED

In an opening address by Singapore DPM Teo Chee Hean at the “Our Population, Our Future” Townhall Dialogue on 9 October 2012 Link, Singapore raising concern is her current low fertility rate and they need to import 20K-25K new citizens per year.
Singapore Shrinking Citizan. Source : DPM Slide
Back in 1970’s Lee Kuan Yew’s concerned is fearing that Singapore's growing population might be over crowding and will burden the developing economy. LKY started a vigorous ‘Stop at Two’ family planning campaign. They also legalized abortion and sterilization, women were urged to get sterilized after their second child. Women without an O-level degree, deemed low-income and lowly-educated, were offered by the government seven days' paid sick leave and $10,000 SGD in cash incentives to voluntarily undergo the procedure.

POSTER 'STOP AT TWO'
In addition to promoting just having two children, the government also encouraged individuals to delay having their second child and encourage late marriage.

The government also added a gradually increasing array of disincentives penalising parents for having more than two children between 1969 and 1972 by raising the per-child costs of each additional child. 

Workers in the public sector would not receive maternity leave for their third child or any subsequent children. Hospitals were required to charge incrementally higher fees for each additional child. Income tax deductions would only be given for the first two children.

Large families were penalised in housing assignments. Third or fourth children were given lower priorities in education; Top priority in top-tier primary schools would be given only to children whose parents had been sterilized before the age of forty. 

Today Singaporean is concern will they be like a stranger in Singapore in near future when there are so many foreigners around.

03 November, 2012

PM LEE LIVING IN A VERY DIFFERENT ERA

The Star 3/11/2012 - By : Siah Chiang Nee
 
Lee Hsien Loong may have been groomed by his father Lee Kuan Yew to be the prime minister but nothing could have prepared him for the Singapore of today.

IF Lee Hsien Loong had indeed been groomed for political leadership from childhood as popularly believed, nothing could have prepared him for the Singapore that he leads today.

In particular the change in values wrought by the Internet. Underage prostitution, online pimping, teacher-student affairs, schoolgirls film–ing themselves in the nude, etc are on the rise! 

As Prime Minister, he has been finding out about the web’s political — and now increasingly social im­pacts on society — which is not always to his liking.

The good is often not mentioned by a people maturing faster. In recent weeks, this once conservative city has been discovering just how a large portion of its well-educated people have changed since the era of Lee Kuan Yew where the ban on long-hair and Playboy magazine was enforced.

Lately two Malaysian students, Alvin Tan and Vivien Lee filmed them­selves having sex and posted the videos for public viewing. In open forums they expressed “no regrets” but advised people to be open about sex.

Tan, a bright law student, was a Malaysian permanent resident and an Asean scholar at National University of Singapore (NUS).

Although the couple does not reflect the average youths in either Singapore or Malaysia, their explicit, close-up shots of their crude sex acts shocked even the most liberal-minded.

Generally, Singapore remains a conservative society where people are serious about families and their work. More recently, a senior executive of National Trades Union Congress (NTUC) Amy Cheong made a racially-insensitive rant on Facebook against Malays holding long, noisy weddings at public void decks. 

One posting was laden with expletives that have become all too familiar online these days. The Malaysian-born Australian was fired a day later as NTUC assistant director in the membership department despite her public apology.

It drew criticism from ministers, including Prime Minister Lee Hsien Loong, who called on Netizens to show respect to each other.

It shows how people’s values of sex and race are under pressure as Singapore goes through a period of intense transformation and social frictions, locals against locals and foreigners against Singaporeans.

The Internet is not, of course, the sole troublemaker but the anonymity that it provides most writers has allowed them to spread hate messages without the fear of exposure.

The Alvin Tan-Vivien Lee episode has not raised much peer support for the couple. Lee’s appeal to Asians not to remain too conservative, but be open about their sex life evoked more condemnation than praise.

“There is nothing wrong talking about or having sex. It is a normal thing between two consenting adults. There should not be any stigma when a couple wants to talk or be frank about this,” she said. 

Most believe that public fornication is not the way to go. A polytechnic student said: “There are certain things that should remain private.” 

Others have shown hostility tow­ards their action. “This is what happens if you send your children to higher education institutions but forget to teach them morality,” one surfer wrote.

This open sexuality among a section of youths and the increased spe­w­ing of race and religious hatred are happening at a time when the aut­horities are considering drafting a “code of practice for Internet services”.

Saying there was virtue in the idea, the Minister for Information, Communications and the Arts Dr Yaacob Ibrahim said the industry needed to regulate itself to ensure higher credibility and quality.

“I believe the government is more concerned about the impact on politics and elections than the rise in social friction or public sexuality,” said an opposition volunteer.

However, he does not believe the authorities are planning overly strong measures to control or prosecute web offenders.

The Internet remains a borderless world that is not easy to track web offenders, particularly among un-sym­pathetic service providers outside Singapore, he said.

In many ways, the world around the prime minister has changed dramatically since his school days and it is making his job somewhat more complex compared to Lee Senior’s.

So can the controversial code of Internet practice find public acceptance and take off, or will it be caught in a cyber web of ill-effective regulations?

Much will depend on the details and government intent. One point that is under discussion requires operators of web blogs to be registered, while another would seek to forbid anonymity.

For one thing, any idea of Internet control will not find ready support among Singaporeans and take the country backwards.

Several months ago, a study by independent Blackbox Research found that 48% of Singaporeans felt that news websites critical of the government should be allowed to continue operating.

However, a third felt these alternate sites should be properly regulated alongside other news providers – while one per cent felt they should be banned.

Some 72% felt that people should be able to post material anonymously.

Ever since I can remember, during my reporting days, I had been hea­ring about former prime minister Lee Kuan Yew grooming his son for political office.

As a student, Hsien Loong learned the Russian language in anticipation of the Soviet Union emerging as a global economic (and political) po­­wer.

That would have benefited any Asian leader who could speak the language, it was thought.

It didn’t happen that way, of course, which shows that history can put paid to man’s best-laid plans.

Instead of winning the Cold War and continuing to lead half of Europe, the Soviet Union disintegrated.

02 November, 2012

LEBUHRAYA SUNGAI - PENGARAH JPS KEDAH BERCANGGAH DENGAN KELULUSAN NAJIB

Najib saling tak tumpah seperti Tun Razak cara mendekati rakyat
Pentadbiran Najib sentiasa memahami denyut nadi rakyat lebih-lebih lagi golongan petani. Memahami titik peluh mereka mengerjakan sawah dan menghasilkan nasi untuk makanan setiap hari. Di atas kesedaran itu beliau meluluskan projek pembinaan 'lebuh raya sungai' bagi memudahkan air disalurkan ke kawasan sawah padi seluas 38,000 hektar di kawasan Kedah tengah.

Harapan beliau agar dengan perlaksanaan projek tersebut ia akan membawa menafaat kepada 3,000 petani agar dapat menghasilkan padi dari 2.8 metrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar. Ketika berucap merasmikan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di Pantai Merdeka beliau menyatakan kerajaan tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan projek lebuh raya sungai tersebut demi memastikan kualiti hidup petani dapat ditingkatkan pada masa akan datang. 

Sebaliknya Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Kedah, Abu Bakar Othman di dalam kenyataan di dalam BH Utara 2/11/2012 menyatakan bahawa cadangan itu masih memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Menurut beliau kajian perlu mengambil kira banyak aspek lain termasuk faktor risiko berlaku banjir di kawasan lain yang terbabit jika ia dilaksanakan. Projek ini ada kebaikan dan keburukan untuk dilaksanakan dan pertimbangan perlu dibuat samada berbaloi atau tidak.

Menurut beliau lagi buat masa ini belum ada lagi mana-mana cadangan konkrit berhubung projek ini yang dikemukakan kepada JPS Negeri Kedah dan pihak beliau sedia menjalankan kajian pada bila-bila masa bagi memenuhi aspirasi Kerajaan.

Apabila meneliti kenyataan-kenyataan ini ia amat jelas menunjukkan projek ini bakal meghadapi laluan yang berliku untuk dilaksanakan. Ini bukan projek pilihanraya. Ia sekadar dendangan halua telinga untuk menyedapkan pengundi di Kedah. Najib seharusnya mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya dari agensi pelaksana sebelum membuat pengumuman bukannya dari orang-orang politik.

Semoga mereka yang menyorong sampul surat memohon projek ini kepada Najib sebelum beliau berucap pada Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di Pantai Merdeka akan bertanggung jawab mempastikan projek ini direalisasikan. Pihak JPS juga tidak dapat tidak jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat kajian.

Jika tidak slogan ‘Janji Ditepati’ akan makan tuan. Parah dan implikasinya adalah kepada batang hidung DS Najib yang sedang bekerja kuat untuk menawan kembali Kedah.