11 January, 2012

Faktor isteri PM DS Rosmah Mansor lebih lebih kritikal dari faktor DS Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU13 yang akan datang.

Kerajaan DS Najib mesti menang PRU13 yang akan datang dengan majoriti yang hebat dan kuat. UMNO dan BN yang sebenarnya akan memperjudikan masa depan parti mereka samada masih menjadi pilihan rakyat atau dibenci rakyat atau 50-50.

Oleh kerana itu DS Najib, UMNO, BN dan seluruh kepimpinan mereka haruslah terbuka dengan segala teguran rakyat mahupun pahit seperti jadam.

Faktor-faktor dalaman yang boleh melemahkan parti atau faktor yang boleh membuat rakyat hilang keyakinan harus segera dibuang.

Realitinya hari ini ialah faktor DS Rosmah dikira menjadi factor yang penting dan telah pun menyumbang kepada kelemahan kewibaawaan PM sendiri. Berbagai macam bisikan sudah didengar walaupun berbisik. Di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan berbisik, pelajar U berdemo, makcik – mak long di kampong bercakap-cakap dan seluruh anggota masyarakat sudah berbunyi, hanya mahu dilayan atau tidak itu sahaja. Atau mahu disapu ke bawah karpet merah terserah.

Kalau nak jaga hati PM dan berangan-angan panjang untuk cari makan kita jangan layan dan kita semua diam sahaja. Akibatnya kita sama-sama tunggu keputusan PRU13 nanti apa akan jadi kalau tangan yang memangkah beralih haluan kalau tak beralih selera alhamdullillah kita selamat.

Hari ini kita sibuk berlawan dengan DS Anwar Ibrahim musuh politik kita yang boleh menjejas undi rakyat kepada kita. Tetapi kita lupa faktor Rosmah Mansor juga merupakan faktor dalaman yang besar yang secara sedar atau tidak ia telah menjana kekuatan politik kepada Anwar Ibrahim itu sendiri.

Lihat dalam akhbar Utusan Malaysia muka surat 6 hari ini apabila DS Rosmah tak habis-habis dengan publisiti meresmikan Anugerah 1Malaysia Enterprise dengan kenyataan-kenyataan seolah-oleh beliau itu seorang tokoh ekonomi atau menteri. Lainlah kalau majlis-majlis itu melibatkan NGO atau badan-badan kebajikan dan amal.

Sebagai isteri PM, DS Rosmah tidak harus membuka ruang yang boleh menjadi peluru parti pembangkang untuk menembak kewibawaan suami beliau. Biarlah yang sudah terlanjur itu berlalu dan dibiarkan ia berlalu dan tidak diulangi kesilapan itu lagi. Learned from your mistake.


Jika ini tidak dihentikan amat susah bagi jentera-jentera kempen pilihanraya untukmembuat kerja mereka, janganlah mereka dijadikan keldai politik dan sasaran maki hamun pembangkang untuk mempertahan isu-isu personaliti isteri PM. Ini akan mengakibatkan ‘stress level’ mereka menjadi tinggi dan biarlah mereka fokus berkempen dengan membawa mesej kejayaan kepimpinan DS Najib sehingga ke peringkat antarabangsa.

Jika isu ini berlarutan ia akan memakan seribu kebaikan yang telah UMNO dan BN perjuangkan untuk rakyat.

Arah tuju Hasan Ali

Betapa berharganya pengundi bukan Melayu di dalam PRU yang akan datang sehingga PAS terpaksa ‘menyembelih’ pemimpin terkemuka mereka Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Dr Hasan Ali terlalu celupar, bertindak menangkap mereka yang minum arak, menyerbu gereja yang cuba memurtadkan umat Islam dan semua ini adalah tindakan-tindakan yang menguris hati kaum-kaum ini.

Hasan Ali harus bergerak di atas platform NGO atau menubuhkan parti baru mungkin ‘Parti Ulam SeMalayisa’ dan jangan menyertai UMNO kerana di dalam UMNO juga ada kudisnya iaitu MCA yang sudah terang-terangan menentang hukum-hukum Allah swt.

Perkembangan politik semasa hari ini hampir semua parti sudah tidak ada pejuang-pejuang yang berprinsip seperti Dr. Hasan Ali kerana semua politikus yang ada adalah oportunis-oportunis yang banyak mengambil kesempatan apabila kuasa diberi oleh rakyat.

Mereka menjadi rakus, riak dan mempamirkan kekayaan yang melampau sehingga rakyat menjadi jauh melihat kereta Mercedez dan isteri mereka yang mewah.

Hakikatnya demokrasi dan globalisasi dunia hari ini hanya akan meratah umat Islam hidup-hidup.