28 August, 2009

Program Bulan Ramadan semasa Tok Mi Ketua Bahagian


Program ramadan dahulu diatur dengan begitu ramai kehadziran kini semuanya tinggal sejarah dan dalam kenangan. Seharusnya kepimpinan bahagian yang mendapat amanahkan mengatur program ramadan sekurang-kurangnya "at par" dengan Datuk Arzmi.

UMNO Bahagian Merbok tidak ada program terancang untuk mengimarahkan Bulan Ramadhan.

Kepimpinan UMNO Bahagian Merbok dan AJK sehingga hari ini sudah seminggu kita berpuasa langsung tidak nampak ada aktiviti-aktiviti masyarakat untuk mengimarahkan Bulan Ramadzan ini.

Jika diimbas kembali tahun-tahun kebelakangan yang sudah-sudah tidak putus-putus program bulan puasa diadakan dalam Bahagian Merbok.

Aktiviti-aktiviti ini bukan perkara baru. Ia diwarisi sejak Tun Daim Zainudin sebagai Ketua Bahagian lagi sehingga kepada Tan Seri Zainudin Maidin, Ahli Parlimen Merbok, Pak Njang Badri dan Datuk Arzmi Hamid sebagai Ketua Bahagian.

Semasa kepimpinan Tun Daim dan Tan Seri Zam dahulu, hampir setiap mesjid dan surau diagih-agihkan dengan beras dan ramuan untuk bubur lambuk sehingga ada surau dan masjid yang tidak sanggup untuk menerima kerana tidak ada pengelolanya.

Selain bubur lambuk diadakan pula program-program untuk fakir miskin dan ibu tunggal dengan sumbangan kain batik, kain pelikat dan wang tunai. Yang menarik sekali pernah di zaman Tok Zam membawa rombongan pelakon-pelakon rancangan TV Gerak Khas Datuk Yusof Haslam untuk berbuka puasa bersama masyarakat kampong Merbok di salah sebuah Masjid di Merbok.

Hari ini UMNO Merbok sepi, sunyi, tandus dan mati. Percakaran dalaman ajk dan tokak-menokak sesama ajk tidak habis-habis dan selesai.Mana mungkin mereka mengatur perancangan yang rapi seperti Tun Daim, Tok Mi dan Tok Zam.