21 February, 2011

Tahniah Ketua UMNO Bahagian Merbok di atas perlantikan jawatan strategik dalam barisan UMNO Negeri Kedah

Usaha mengembalikan empayar yang telah runtuh bukanlah satu perkara yang mudah. Sejarah telah mengajar kita secukup-cukupnya bagaimana Empayar Rom, Empayar Othmaniah, Empayar Yunani, Parsi dan Melaka sendiri bagaimana apabila telah jatuh bukan setakat keruntuhan empayar sahaja tetapi turut runtuh ialah tamadun, ekonomi dan sosio-budayanya sekali.

Pihak yang jatuh akan lemah bukan setakat fizikal malah mindanya juga, begitu juga pihak yang menang akan menjulang kemenangan dan mengubah segala sistem, pentadbiran dan corak memerintah.

Begitu juga di Kedah hari ini, tidak mudah YB Datuk Bashah untuk mentadbir UMNO untuk mengembaikan kegemilangan UMNO di Kedah. Jika beroleh kemenangan pun ianya tidaka akan serupa seperti zaman kegemilangan yang hebat dahulu.

Datuk Bashah telah mengumumkan barisan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kedah semalam. Meneliti barisan ini nampaknya agak mantap tetapi perlu ditunggu dahulu hasil mereka dalam masa yang tidak ada masa lagi ini.

Perlantikan YB(kalah) Datuk Tajul Urus Mat Zin sebagai pengerusi pengangkutan dikira tepat dengan masa dan ketika ini. JK Pengangkutan dikira satu JK yang strategik dan penting dalam mana-mana pilihanraya baik yang kecil atau pun pilihanraya umum.

Walaupun JK ini hanya berkerja di saat-saat akhir hari mengundi tetapi ia memerlukan perancangan yang rapi dan teliti serta minda yang cerdas. Jika di Sabah dan Serawak ia melibatkan pengangkutan bukan setakat di darat tetapi laut, sungai dan udara.

Pengagihan peruntukan juga bukannya sedikit, kadangkala ia melibatkan peruntukan jutaan ringgit kerana ianya banyak bergantung kepada kesulitan logistik sesuatu kawasan tersebut.

Malah yang maha utama ialah Jawatankuasa ini juga mudah terdedah kepada penyelewengan yang sukar dibuktikan oleh audit atau SPRM. Sebagai contoh permohonan jumlah kenderaan untuk sesuatu kawasan pilihanraya itu mungkin 300-400 buah kereta (yang kerapkali kereta-kereta ajk sendiri) tetapi yang betul-betul keluar mengangkut pengundi pada hari mengundi itu hanyalah 80-100 buah yang lain tersadai tidur di rumah AJK. Persoalannya kemana baki wang yang telah disalurkan itu?

Begitu juga masa bertugas untuk mengangkut pengundi yang selalunya dari pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang sebaliknya mereka hanya berkerja dari pukul 7.00 pagi sampai 12.30 tengahari, masa yang selebihnya mereka rehat di bawah pokok-pokok ketapang kerana kononnya letih.

Konklusinya jika dibuat kajian berdasarkan pengalaman yang lepas, Jawatankuasa inilah yang berbelanja hebat seperti lawatan ke Australia dan Medan sebaik sahaja habis pilihanraya.

Walaubagaimanapun Datuk Bashah dan barisan Jawatankuasanya haruslah bekerja kuat untuk membina semula Empayar BN/UMNO Kedah yang telah runtuh ini kerana jika BN masih kalah dalam PRU13 akan datang ini bermakna rakyat sudah tidak mahu kepada BN/UMNO, tinggallah sejarah.