02 February, 2010

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din ADA SEPERTI TIADA.

Ahli Parlimen Merbok, YB Datuk Rashid Din akan mendirikan lebih banyak papantanda besar dalam seluruh Kawasan Parlimen Merbok sebagai tanda gah kehadiran PKR dalam kawasan tersebut.

Ini adalah bukti yang nyata bahawa rakyat tidak tahu kewujudan beliau sebagai wakil rakyat malah langsung tidak membawa apa-apa hasil kepada pengundi-pengundi dalam kawasan Merbok.

Dalam lain perkataan “ADA SEPERTI TIADA DAN TIADA LEBIH BAIK DARI ADA, KERANA YANG ADA LANGSUNG TAK BERGUNA”.

Jasa dan impak penjenamaan yang telah dipahat oleh bekas-bekas Ahli Parlimen Merbok yang terdahulu seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Seri Zainudin Maidin terbukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari pengundi kawasan tersebut dan sukar dihakis serta ditandingi oleh Datuk Rashid Din.

Tambah kartun lagi Rashid Din pula terikut-ikut dengan gaya lapuk UMNO untuk hanya memasang papan-papan tanda besar sebagi “show” dan “window dressing” bagi menyatakan beliau wujud.

Hakikat yang sebenarnya apa yang pengundi mahu bukannya papan tanda tetapi sentuhan peribadi menangani isu-isu dalam kawasan serta membawa pembangunan yang bermakna kepada rakyat.

Sampah sarap dalam taman-taman, longkang busuk dan tersekat dalam taman-taman memerlukan perhatian dari wakil rakyat.

Kalau isu-isu tersebut pun gagal diatasi mana mungkin Rashid Din mampu membawa pembangunan yang besar sedangkan sebatang titi pun belum terbukti.