31 July, 2012

Dengar kata ada wakil rakyat BN di Kedah yang mendapat anugerah Phd palsu


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh university. 

Beliau menasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu.

Bukan itu sahaja terdapat juga di kalangan wakil rakyat yang bila nak bertanding tup-tup ada PHD dan memakai tittle Dr.  Mereka yang memakai Phd atau Dr palsu sebenarnya menipu rakyat dan berhak dihukum dalam PRU13n yang akan datang.

Dengar khabar ada juga wakil rakyat di kalangan BN Kedah yang pakai Dr palsu. Tolong habaq mai sapa dia?

30 July, 2012

Azizan enggan pecat Rektor Kuin

ALOR SETAR 4 Julai - Di sebalik pelbagai desakan agar Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) meletak jawatan atau dipecat ekoran kegagalannya mengendalikan pelbagai isu yang timbul, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap mempertahankannya.

Menurut Azizan, rektor terbabit, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman merupakan bekas dekan fakulti ekonomi dan pernah menjadi timbalan rektor sekali gus layak memimpin dan membangunkan Kuin. Lagipun, katanya, pelantikan Rektor Kuin tersebut juga telah disambung sehingga 2016 untuk memastikan agenda membangunkan Kuin terus berjalan.

"Saya bawa dia, panggil dia dari Kuala Lumpur untuk mengembang dan membawa pembaharuan kepada Kuin.

"Orang suruh dia letak jawatan buat apa, yang suruh itu pemandu sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi kira-kira 200 kakitangan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu semalam yang mendesak Jamil meletak jawatan atau dipecat oleh Azizan yang juga Pengerusi Kuin. Mereka menyertai demonstrasi yang dinamakan Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0 selepas kecewa dengan pentadbiran Jamil yang didakwa gagal menjaga kebajikan pekerja dan pelajar serta menutup pintu rundingan untuk mencari penyelesaian adil.

Dalam pada itu, Azizan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kemelut Kuin bersabar kerana kerajaan negeri memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula pengurusan kolej universiti tersebut.

"Kepada mereka yang berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati, bersabarlah. Ini bukan kolej universiti kerajaan, tetapi swasta," katanya.

Beliau turut mengakui Kuin berdepan masalah kewangan ekoran kos pengurusan mencecah RM50 juta setahun sedangkan kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan RM15 juta.

"Maka yuran budak-budak (penuntut) yang kita gunakan, namun berlaku sedikit masalah teknikal baru-baru ini sehingga menyebabkan peruntukan lambat disalurkan kepada Kuin.

"Pelajar pula tidak bayar yuran lagi kerana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak dapat lagi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menerusi syarikat milik kerajaan (GLC) akan bertindak sebagai penyumbang dana kepada Kuin.

"Sememangnya tugas GLC membantu kerajaan dalam perkara berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Misalnya Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) jika buat keuntungan lebih, kita arah mereka sumbang kepada kerajaan negeri," katanya.

Mengulas kemungkinan tindakan tatatertib dikenakan ke atas kakitangan yang terlibat dalam demonstrasi itu, Azizan memberitahu, beliau memberi kebebasan kepada mereka.

''Itu hak mereka, apa yang boleh kita beri hanyalah nasihat dan kita tidak kacau kebebasan mereka," katanya yang turut enggan mengadakan rundingan dengan pihak tersebut. Beliau pada masa sama menjelaskan, kemelut yang melanda Kuin tidak akan menjejas populariti kolej universiti tersebut.

"Setakat hari ini, seramai 1,056 daripada 1,300 pemohon sudah mendaftar dan kita menunggu sehingga 21 Julai ini kerana dijangka ramai lagi pelajar akan mendaftar," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang puas hati terhadap media yang disifatkan sebagai sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

''Sejak hari pertama saya sebagai Pengerusi Kuin sehingga hari ini, tidak habis-habis ada sahaja isu Kuin. Alhamdulillah oleh kerana banyak sangat tentang Kuin, Kuin menjadi popular," katanya.