06 April, 2013

AKU JANJI BN BUKAN MANIFESTO KHAYALAN DAN FANTASI

"AKU JANJI BN KEPADA RAKYAT BUKAN KHAYALAN DAN FANTASI"
SATU UNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT SAMA JUGA SATU UNDI KEPADA MASA DEPAN YANG TIDAK PASTI

TEN REASONS WHY I WON'T VOTE PR/DAP

E-mail from Lawrence Ding, voter in Ipoh, Perak: 

For the coming GE13, I am of the opinion that BN will win without any problems. It will be a clear victory and there will be no such thing as a hung Parliament. 

These are my reasons: 

1. All politics is local. Pakatan Rakyat (PR) and some DAP politicians forgot this rule by not focusing on the local constituency issues. That is why their candidates will lose. 

2. PR and especially DAP politicians have gotten very arrogant and over confident. Voters don’t like cocky politicians and they will likely teach these politicians a lesson. It happened to BN politicians in 2008 and it will happen to arrogant DAP politicians in 2013. 

3. DAP is beginning to show its racist character in dealing with other political parties from different races especially the Indians. 

4. The supporters of PR and PR have become big bullies (nobody likes to be bullied into voting); they try to intimidate and coerce people into voting their choice of candidate without seeking to explain why. 

5. PR and DAP made too many promises and have reneged on a lot of them. This has caused disappointment and even disillusionment amongst voters and they will react with pulling their support away from PR/DAP. 

6. PR and DAP infighting (so many instances as captured by DAP Insider so there is no need to expand). 

7. DAP is beginning to abuse its powers and engage in corruption. 

8. DAP leaders began to cultivate their own cronies and they have even been won over by previous cronies of the BN. 

9. Too much focus on national issues by DAP. This resonates with urban voters but it does not with rural. DAP needs to focus n local everyday issues which directly affect the voters.

10. DAP’s political strategies are essentially based on the politics of hatred instead of an uplifting, visionary and transformative agenda. Instead of the politics of hope and blessings, DAP indulges in a politics of hype and blame. This is not sustainable in the long run and does not add to building a better nation. 

I am voting BN this round (in the last GE in 2008, I voted the DAP), because the DAP MP was nowhere to be seen for the past 5 years. There is very little work done on his part.

3 TAHUN BUAT KAJIAN DR SIDEK BABA DAPATI ADA SESUATU YANG TIDAK KENA PADA ANWAR

Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba. Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak. 

 "Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini. 

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar. Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir hari ini selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar). 

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya. 

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk. 

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti. 

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya. 

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku. Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya. Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. - Sunber Bernama