Bakal MB Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah meletak sasaran BN dan UMNO Kedah akan menang majoriti sebanyak dua pertiga daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kononnya sasaran itu realistik atas dua sebab :
a) Sokongan rakyat negara ini telah kembali dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
b) Rakyat sedang merungut terhadap pelbagai kelemahan yang ketara oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini.
Inilah analisa mudah bakal MB Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang ternyata singkat, cetek dan tidak telus. Mengapa beliau tidak nyatakan secara terus terang bahawa dalaman UMNO Kedah masih merobok dan berulat. Apa usaha beliau memperbaiki krisis dalaman UMNO supaya keyakinan rakyat kembali kepada UMNO Kedah?
Rakyat mungkin sokong DS Najib tetapi rakyat juga loya dengan juak-juak UMNO yang tidak berubah berbalah sesama mereka sejak dari PRU12 yang lepas sehingga hari ini tidak kebah-kebah lagi.
Inilah pemimpin yang serabut apabila kita sering melihat kelemahan lawan sehingga kita tidak sedar kelemahan dalaman kita lebih parah.