29 December, 2011

Hassan Ali mesti kekal di dalam PAS

Hasan Ali adalah pemimpin yang hebat sehingga sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan tanda kesyukuran penyelesaian kes Hassan Ali memohon maaf serta menarik balik segala kenyataan negatif terhadap parti itu sebelum ini.

Pertemuan yang dikatakan berlangsung di JKR 10, Kota Bharu Kelantan di mana turut hadir ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di mana berlaku pertemuan dengan pemimpin tertinggi iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Beliau juga menyeru Pas Pusat untuk menganjurkan kenduri besar-besaran sebagai meraikannya dan ahli-ahli Pas diseur supaya menyumbang untuk menjayakan kenduri kesyukuran tersebut.

Tindakan Hasan Ali tidak keluar dari PAS itu dikira bijak untuk memperbaiki organ-organ dalaman PAS yang akan merobok busuk jika tidak dirawat dengan segera.

Hanya Hasan Ali boleh merawatnya dari dalam sebagai mengimbangi seruan Mahfuz Omar yang celupar menghalau Hasan Ali keluar supaya masuk UMNO.

Lagi pun jika Hassan Ali berada di luar ia akan mudah di makan serigala seperti kenyataan Hadi Awang di dalam blog beliau.

27 December, 2011

Datuk Azmi lebih sinonim di Tanjung Dawai

TANJUNG DAWAI – Penduduk Dun Tanjung Dawai masih memberi sokongan padu terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN), selain parti itu diyakini akan terus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Penaung Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai dan Belia Berwawasan Bukit Selambau, Datuk Arzmi Abd Hamid berkata, sokongan itu masih kuat berdasarkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti dianjurkan.

Arzmi yang juga bekas Adun Tanjung Dawai berkata, beliau yakin terhadap sokongan rakyat di Dun berkenaan dan yakin boleh menang dalam PRU akan datang.

“Berpandukan suasana politik yang mahu BN kembali memerintah selain sokongan terhadap setiap program dianjurkan, kita yakin dapat meraih sokongan penuh,” katanya ketika ditemui dalam Program Bersama Jalinan Mesra, di sini, semalam.

Beliau berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang politik yakin dengan sokongan setia rakyat terhadap BN di Tanjung Dawai dan BN boleh merampas kembali kawasan berkenaan dalam PRU ke-13 nanti.

Menurutnya, Tanjung Dawai merupakan tempat cukup istimewa baginya di mana kawasan tersebut pernah menerima kunjungan 70,000 pengunjung ketika ditadbir BN.

“Kita pernah meningkatkan pelancongan di Tanjung Dawai apabila menerima sambutan baik pengunjung sewaktu menganjurkan Pesta Tanjung Dawai 2007 di mana jualan sehari bagi seluruh kawasan Tanjung Dawai mencecah RM100,000 pada masa itu.

“Namun apabila ditadbir oleh Kerajaan Pas, kita tidak nampak bentuk pembangunan dan kemajuan yang dibawakan bagi meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.

Arzmi berkata, kekalahan BN di Tanjung Dawai pada 2008 meninggalkan kesan dan kesedihan buat penduduk yang mahukan kemajuan.

Menurutnya, banyak projek yang telah diatur bagi menjalankan pembangunan khususnya di Tanjung Dawai tertangguh dan setiap perancangan tersebut akan diteruskan sekiranya BN diberi mandat selepas PRU13.

“Kita telah merancang Projek Jambatan Tanjung Dawai–Pantai Merdeka, pemasangan lampu di sepanjang pesisiran pantai dan penganjuran Sukan Laut menggabungkan negara Malaysia, Indonesia dan Thailand yang tertangguh,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, katanya, program anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai, Pertubuhan Belia Berwawasan Bukit Selambau dan Belia Samudera Biru itu dirancakkan dengan acara mengacau enam kawah bubur Asyura yang diagihkan kepada 700 pengunjung adalah salah satu cara mengerat silaturahim juga bersempena Pesta Tanjung Dawai.

Hadir sama, pimpinan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah dan pemimpin Umno Merbok. (Sinar Harian)

24 December, 2011

Mufti Perlis menyinga apabila anaknya bukan warganegara Malaysia

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti kes Perlis Mufti Dr Juanda Jaya yang membangkit masaalah anak perempuannya yang dilahirkan di Sarawak menghadapi banyak halangan untuk memohon MyKad.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching telah memaklumkan kepada beliau bahawa, menurut rekod mereka, anak perempuannya berusia 12 tahun bukan warganegara Malaysia.

"Mereka tidak memberitahu saya masaalah ini semasa saya memohon MyKad minggu dahulu," kata Dr Juanda,yang merupakan dari kaum Melanau.

Beliau menambah bahawa pegawai-pegawai tersebut juga telah meminta beliau untuk menunjukkan sijil nikahnya.

Dr Juanda, yang isteri adalah warganegara Indonesia, berkata, anaknya mempunyai pasport Malaysia.

"Anak perempuan saya bersama kami ke Jakarta awal bulan ini untuk melawat saudara-mara kami di sana menggunakan pasport Malaysia," katanya, sambil menambah kaum Melanau dengan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bumiputera.

Dr Juanda berkata rekod JPN telah menunjukkan bahawa anak perempuannya itu dengan jelas didaftarkan sebagai Melanau, namun dia tidak disenaraikan sebagai warganegara.

"Saya tidak faham bagaimana anak perempuan bumiputra Malaysia bukan warganegara Malaysia malah terdapat warga asing sedang diberikan kewarganegaraan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata kementeriannya akan meneliti kes itu.
(Sumber : The Star)

23 December, 2011

"You know I'm Datuk now?"

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan anugerah Datukship kepada tiga artis iaitu AC Mizal, Eizlan Yusof dan Ahmad Fadzli Yaakob.

Dalam perkembangan yang sama akhbar rakyat Sinar Harian 22/12/2011 mendedahkan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan reman selepas cuba menyogok beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan siasatan kes jenayah komersial dipercayai ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Hakikatnya dalam negara ini terlalu ramai sangat Datuk dan terdapat seorang korporat GLC wanita yang baru bergelar Datuk menjadi gila meroyan telah menghamput kakitangan syarikatnya kerana tersasul tidak ‘address’ beliau Datuk dalam satu majlis.

Katanya “U know I am Datuk now…so why don’t you address me Datuk?”.

Apa pun sesiapa juga yang bergelar Datuk itu hendaklah sedar bahawa semua gelaran dan darjah kebesaran itu hanyalah pakaian dunia semata-mata. Malaikat dalam kubur tidak mengenali pangkat dan darjah kebesaran awak.

Kepada AC Mizal apabila sudah mendapat gelaran Datuk kurangkan lah sikit terpekik terlolong semasa menjadi Juruacara program TV kerana anugerah itu datangnya dari institusi tertinggi negara ini Raja-Raja Melayu yang penuh dengan adat istiadatnya.

22 December, 2011

Budak Ariff Alfian Rosli yang sungguh celaru

Kenyataan dalam Irish Times
“I have not converted to any religion, contrary to what has been reported. I was born a Muslim, I am still a Muslim and will remain a Muslim ’til the day I die. Nothing will shake me from my faith.”

Ini lah budak yang celaru dan mencelarukan Islam. Sama ada kita tahu atau tidak tahu golongan ini semakin berkembang dalam generasi terkini.

Ubatnya ialah sejauh mana kita mengenali anak kita?

09 December, 2011

Pembangunan Langkawi, penghormatan Najib kepada bekas dua Perdana Menteri

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh komited melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi yang melibatkan anggaran pelaburan sebanyak RM5 bilion dalam tempoh lima tahun, mereka yang paling gembira selain dari penduduk Langkawi dan rakyat Kedah ialah Tun Mahathir Mohamad.

Initiatif ini akan meletakkan nama Pulau Langkawi sebaris dengan pulau terkemuka dunia seperti Seychellees, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives menjelang 2015.

Tun Mahathir seperti juga PM yang Pertama Tunku Abdul Rahman cukup sentimental dengan Langkawi dan hakikatnya Mahathir menyambung pembangunan Langkawi dari apa yang ditinggalkan oleh Tunku.

Dan hari ini DS Najib yang sungguhpun bukan berasal dari Kedah meneruskan kesinambungan pembangunan Pulau Langkawi secara tidak langsung beliau bijak menghormati bekas-bekas pemimpin yang terdahulu.

Kerencatan seketika pembangunan Langkawi adalah semasa Pak Lah menjadi PM. Langkawi hampir-hampir menjadi padang jarak padang tersungkur dengan dasar-dasar Pak Lah yang tidak banyak membantu pembangunan Langkawi.

Apa pun Langkawi bakal menjadi salah satu pulau yang terkemuka di dunia dan Tun M sudah boleh tidur nyenyak.

04 December, 2011

Negara ini akan tergadai kerana Orang UMNO

Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam ditutup dengan penuh keazaman menuntut kesetiaan orang UMNO kepada parti mereka.

Kesetiaan terhakis kerana ketamakkan kuasa oleh orang UMNO apabila diri sendiri tidak terpilih sebagai calun dalam pilihanraya.

Mereka membelot, boikot, sabotaj dan makan duit pilihanraya sehingga UMNO hampir kehilangan kuasa untuk mempertahankan Putrajaya.

Hakikatnya mereka yang belot ini adalah pengkhianat yang memberi laluan kepada pembangkang yang merupakan alat kuasa-kuasa asing yang sedang berusaha untuk menjajah Negara ini melalui pluralism dan liberalism agama.

Jika orang-orang UMNO betul-betul menghayati dan mendalami bai’ah atau ikrar semalam (seperti di bawah) seharusnya mereka menangis dan sedar betapa parahnya kedudukan ketaatan di dalam parti mereka.

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Sebaliknya yang lebih mendukacitakan hari ini sebaik keluar dewan Ketua Pemudanya, KJ akan menghantar senarai calun di kalangan Pemuda dalam masa dua bulan kepada Presiden UMNO. UMNO Youth to present candidates list within 2 months: Khairy

KJ dan Pemuda seharusnya menyerahkan kepada Presiden parti untuk membuat keputusan bukannya dengan menghantar senarai calun hari ini seolah-olah menyumbat keputusannya di dalam mulut Presiden.

Apa akan berlaku kelak jika senarai calun-calun yang dihantar oleh KJ tidak dipilih oleh Presiden? Tidak kah ini akan membengkak sehingga kredibiliti KJ sebagai Ketua Pemuda akan punah malah tidak mustahil mereka akan merajuk dan membelot kepada parti.

Inilah petanda-petanda awal di mana kehendak dan seruan Presiden diingkari seperti kata Najib “disuruh geleng mereka geleng, disuruh angguk mereka angguk” pusing ke belakang lain jadinya.

Yang sebenarnya negara ini akan tergadai kerana Orang UMNO tidak bersatu sehingga memberi laluan mudah kepada alat penjajah.

01 December, 2011

Shahrizat tenang dari mula hingga hari ini.

"SAYA tenang dari mula hingga hari ini. Saya ke Makkah untuk memohon hidayah Allah, berdoa di depan Kaabah dan Raudhah. Apa yang saya boleh katakan kepada pemimpin PKR yang mengaib dan menfitnah saya… kita jumpa di Padang Masyar (hari pembalasan)." 
Pic - NST "WAJAH TENANG SHAHRIZAT JALIL"
Ucapan pedas dan tegas ketika membuka tirai Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO pagi semalam, tidak dapat melenyapkan kesedihan dan aib yang ditanggung keluarganya.

Dengan muka sedikit cengkung dan matanya cuba menyembunyikan kesedihan, tapi Ketua Wanita UMNO amat lega kerana ramai ahli, teman dan sahabat terus mempamerkan semangat setia kawan yang tinggi.

“Saya masih dilanda perasaan teramat sedih, tapi selepas ucapan tadi, saya memang lega kerana (perwakilan) Wanita amat memahami apa yang saya alami,” kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi ahli politik yang tidak pernah ‘diserang’ pembangkang secara peribadi, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat ini hampir terduduk apabila keluarganya didakwa melakukan penyelewengan apabila diberi tanggungjawab melaksanakan projek ternakan lembu daging melalui Perbadanan Fidlot Nasional.

“Bila saya rasa sendiri (penangan pembangkang), itu membuatkan saya rasa sedih. Dia orang ini tak takut mati. Bagi saya, siapa saja buat fitnah ini, kita jumpa di padang Mahsyar,” ulangnya sekali lagi.

Tapi ketika berada di hadapan Kaabah dan sujud di Raudhah, Shahrizat tidak tergamak mendoakan keburukan pada penfitnahnya, sebaliknya berdoa supaya Allah tidak mengaibkan mana-mana keluarga pemimpin pembangkang, seperti mereka mengaibkan dia.

“Saya berdoa janganlah saya atau mana-mana pihak mengaibkan keluarga (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, keluarga Rafizi, keluarga Zuraida (Kamaruddin) dan keluarga Saifuddin (Nasution), sebagaimana mereka mengaibkan saya.

“Saya juga berdoa kepada Allah jangan menimpa musibah dan aib seperti ini ke atas ketiga-tiga keluarga ini. Walaupun diaibkan, saya masih tidak tergamak dan tidak mahu mentohmah mereka,” katanya.
(Jamhariah Jaafar, Berita Harian)

25 November, 2011

Anugerah Industri Muzik yang hancing

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.
(mStar online)

08 November, 2011

Ahli Parlimen Merbok takut turun kawasan kerana pokai

Sebanyak 35 ekor lembu disumbangkan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain kepada penduduk di kawasan itu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Jika seekor lembu bernilai RM2,800 ini bermakna sejumlah RM98,000 telah disumbangkan oleh beliau untuk memikat pengundi-pengundi dalam Parlimen Merbok.

Itu lah keperihatinan pemimpin yang walaupun tidak dipilih rakyat tetapi bekerja keras untuk rakyat. Tidak kiralah samada wang sumbangan itu datang dari komission projek, duit tochi atau projek-projek anugerah menteri.

Janji mereka tidak tamak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri seperti rumah besar, kereta besar dan bini besar.

Persoalannya di sini bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din yang menang dalam PRU12 tempoh hari? Langsung bayang pun tak nampak.

Katanya Anwar pun dah tak mampu untuk menolong wakil-wakil rakyat  di bawah naungannya kerana wang Anwar banyak dilabur kepada lowyer-lowyer dan pakar-pakar DNA antarabangsa.

Tidak ada apa lagi untuk dikesali oleh rakyat Merbok kerana mengundi Rashid Din, apabila nasi telah menjadi bubur. 

07 November, 2011

Marina Mahathir melenting

Dengan nada emosi Datuk Paduka Marina Mahathir membidas laporan media yang menggambarkan "Seksualiti Merdeka" sebagai "pesta seks bebas", dan mengugut untuk menyaman jika perkara itu tidak dijelaskan.

Beliau memberitahu sidang media bahawa "tiada kata yang dapat menggambarkan" kemarahan beliau apabila mendengar acara itu digambarkan sedemikian oleh stesen televisyen TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada wartawan dari stesen tersebut akan akibat jika salah lapur kenyataan tersebut.

"Saya telah melihat wajah anda dan kita tahu siapa anda," kata anak perempuan sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar di anjung depan ibu pejabat di sini Tenaganita,yang jelas kelihatan bersalaman dengan kemarahan.

Marina telah hadir di pejabat NGO satu tingkat itu di Jalan Gasing petang ini untuk memberi sokongan kepada empat-empat NGO hak asasi manusia serta rakan aktivis yang telah disoal siasat oleh polis berhubung penglibatan mereka dalam perayaan hak seksualiti yang diharamkan baru-baru ini.

Keempat-empat pengasas Seksualiti Merdeka ialah Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2,Datuk Ambiga Sreenavasan, pengarah Tenaganita Irene Fernandez, dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

"Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun yang lalu, saya merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa apa-apa kejadian," katanya.

Marina menjelaskan acara itu tidak menggalakkan hubungan seks bebas, tetapi untuk membantu mereka yang terpinggir seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) untuk masyarakat memahami hak-hak mereka di sisi undang-undang.

"Ia adalah satu acara untuk menerangkan dan mendidik mereka tentang hak-hak mereka dalam undang-undang, dan bukannya luar dari itu.

“So I am very angry, very angry, there are no words to describe, at certain parties calling this a free sex festival. You have nothing better to do? Nowhere here is free sex allowed... are you crazy to imagine this?” she charged. (BERNAMA)

Korban Mukhriz terbesar di Kedah bukan untuk menunjuk-nunjuk

Mukhriz Ahli Parlimen Jerlun berkata sebanyak 175 ekor lembu disumbangkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Jerlun untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

"Kita buat korban perdana ini yang terbesar di Kedah (setahu saya) bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan selalu kita boleh buat tetapi inilah makna pengorbanan.

"Sebagai umat Islam, pengorbanan pada Aidiladha harus difahami selain daging korban diagihkan kepada golongan yang berhak dan orang ramai juga mendapat manfaatnya," kata beliau.

Semua 170 buah kampung dalam Parlimen Jerlun mendapat seekor lembu korban bagi setiap kampung manakala tiga ekor disumbangkan kepada sekolah-sekolah agama dan dua ekor dibuat kenduri kampung sempena majis itu bermula 7 pagi hingga 3 petang yang dihadiri kira-kira 3,000 orang. -BERNAMA

30 October, 2011

Siapakah calun MP Merbok?

Minggu lepas ketika bershopping bersama keluarga di Alamanda Putrajaya, MT terserempak dengan bekas Ahli Parlimen Merbok, Zainudin Maidin dan sempat bertanya khabar termasuklah pandangan beliau siapakah bakal ’winnable candidate’ di Merbok bekas kerusi beliau.

Dalam suasana politik semasa sekarang ini sesiapa juga sukar membuat ramalan kerana kehendak dan selera rakyat di bawah sudah tidak seperti dahulu lagi.

‘Winnable candidate’ dari kacamata kelompok UMNO sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana mereka hanya melihat calun-calun yang disekeling pinggang dan rakan karib mereka sahaja.

Nampaknya tidak mustahil Merbok akan diwakili sekali lagi calun payung terjun dengan sayap yang gagah.

Yang pasti calun ini akan menghadapi tentangan dan pemboikotan yang hebat dari UMNO Bahagian.

Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah lembab dan tidak kreatif sehingga kedatangan pelancung menjunam.

Sun, Jan 29, 2011
New Straits Times


ALOR STAR, Malaysia - bilangan pelancong yang melawat negeri itu menjunam. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Yen Yen Ng berkata penurunannya bermula sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta pelancong melawat Kedah antara Januari dan September pada tahun 2009 tetapi angkanya menjunam sebanyak hampir 600,000 pelancong dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Terdapat juga penurunan kira-kira 11 peratus dalam jumlah ketibaan pelancong asing di Kedah tahun lepas, bilangannya hanya 800,000 berbanding dengan kira-kira 900,000 tahun sebelumnya," katanya di sini semalam.

Beliau di sini untuk menghadiri mesyuarat negeri kepimpinan MCA.

Dr Ng berkata walaupun Langkawi terus pelancongan destinasi yang paling popular, bilangan pengunjung ke tanah besar Kedah, terutamanya ke Alor Star dan Sungai Petani, telah menurun secara drastik.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah meluluskan RM115 juta (S $ 48,27 juta) untuk 129 projek-projek berkaitan dengan pelancongan.

"Kedah adalah antara beberapa negeri dengan bilangan projek yang banyak diluluskan tetapi ia telah gagal untuk menarik pelawat."

Dr Ng menyalahkan lembabnya kerajaan negeri pimpinan Pas dengan idea yang kreatif dan inovatif untuk mempromosikan negeri ini.

"Kerajaan Pas negeri pimpinan perlu belajar dari kerajaan Melaka atas kejayaan dalam mempromosi dan menarik pelancong."

20 October, 2011

Pak Morad dan Bangsawan, Bangsawan dan Pak Morad

DALAM usia 72 tahun, Morad Ibrahim atau Pak Morad berusaha gigih untuk menghidupkan pementasan bangsawan untuk tontonan generasi muda hari ini yang lebih cenderung memilih teater moden.

Tekad untuk mementaskan bangsawan Puteri Selindungan Bulan (PSB) di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur selama tiga hari mulai 14 Oktober, telah mendapat respon daripada para peminat bangsawan.

Puteri Selindungan Bulan yang dibawakan oleh kumpulan Bangsawan Seri Kedah pimpinan beliau dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sempena bulan Bahasa Kebangsaan.

Menurut Pak Morad, bukan mudah untuk terus menghidupkan bangsawan kerana era kegemilangannya telah lama berakhir.

"Pada zaman dahulu bangsawan menjadi hiburan untuk orang Melayu dan bukan Melayu.

"Tetapi kini, bangsawan hanya menjadi tontontan orang Melayu dengan jumlah penontonnya yang amat terhad.

"Bagi saya, kalau kita mahu pementasan bangsawan terus hidup, kita perlukan sokongan pelbagai pihak," katanya ketika ditemui selepas malam akhir pementasan PSB, di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Pak Morad, walaupun bangsawan kini dipinggirkan namun tidak terlintas di hatinya untuk menandingi teater urban kerana apa yang penting baginya bangsawan akan terus hidup.

"Sejak umur saya 10 tahun, saya sudah didedahkan dengan pementasan bangsawan termasuk menjadi budak pentas (stage boy), penarik tirai, tukang sapu pentas dan pegang tombak sebelum belajar berlakon dan menulis skrip.

"Kalau diimbas kembali, tidak boleh tidak, dunia bangsawan mesti dikaitkan dengan Allahyarham Mak Enon yang diberi jolokan sebagai Seri Panggung Bangsawan pada zaman dahulu.

"Kegilaan penonton dan peminat bangsawan terhadap Mak Enon pada ketika itu adalah kerana dia cantik, boleh berlakon, menyanyi, bersilat dan menari.

"Itu adalah kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang pelakon bangsawan yang mana, agak sukar untuk dicari hari ini.

"Selain Mak Enon, pelakon bangsawan lain yang turut diminati ketika zaman kegemilangannya ialah Allahyarham Mak Minah Yem, Mak Minah Elias serta Zaharah Agos.

"Mereka ini adalah antara insan yang pernah menggegarkan pentas bangsawan, namun kini semuanya hanya tinggal kenangan," kata Pak Morad yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip PSB.
(Utusan Malaysia)

14 October, 2011

Sultan Kedah Diistytihar sebagai Agong

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan
Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. – BERNAMA

01 October, 2011

Kuota Bumiputera tidak akan dihapus

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan MUHAMAD ZAID ADNAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan portal berita dan blog pro pembangkang bahawa beliau pernah menyebut untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan.

Sambil menyifatkan portal dan blog itu tidak jelas dengan kenyataan beliau, Perdana Menteri menegaskan, apa yang disebut adalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati.

''Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mepengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan portal pembangkang Malaysia Insider yang menyebut beliau membuat kenyataan akan menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan satu hari nanti dalam satu sesi soal jawab pada majlis Forum Khazanah Megatrends 2011, Selasa lalu.

Berhubung isu hudud pula, Najib berkata, Pas sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain terutamanya UMNO sebaliknya meneruskan hasrat perlaksanaan undang-undang hudud itu kerana ia telah lama diperjuangkan.

"Kita nak (mahu) tengok serius atau tidak serius (Pas) dalam isu ini kerana ia bukan perkara baru tapi lama dahulu Pas sudah menyebut untuk melaksanakan undang-undang hudud," tegas beliau.

26 September, 2011

Noman dan Memey sudah kering tidak basah lagi

Maka hari ini Norman dan Memey yang dulu ditangkap basah sudah tidak basah lagi. Setelah diijab kabul sebagai sepasang suami isteri maka sahlah mereka sudah kering.

Keayuan Memey nampaknya menandingi Abbey bekas isteri Norman. Semoga pelayaran bahtera perkahwinan mereka sampai ke akhir hayat.

25 September, 2011

Konvensyen BN Kedah 2011 ceroi macam laksa Telok Kecai

Konvensyen BN Kedah 2011 pada 24 September 2011, tidak ada apa-apa impak kepada usaha menawan Kedah dari Pakatan Rakyat. Ucapan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah dilihat hanyalah ucapan ritorik kosong dengan bahan ucapan asyik diulang-ulang tanpa fakta atau realiti akar umbi yang sebenar.

Pengurusan pimpinan Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mandom dan lemah tidak di ‘address’ oleh Ahmad Bashah secara bijaksana untuk menjadi bahan kempen kepada pimpinan akar umbi di kalangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Ucapan yang hanya deras di atas pentas sebenarnya sudah lapuk dan primitif. Rakyat ingin melihat kewibawaan pimpinan dari BN sebagai alternatif kepada mereka untuk memilih dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Ini yang gagal dipersembahkan oleh Ahmad Bashah sebagai ‘MB’ bayangan BN Kedah. Komponen BN yang duduk di belakang dewan ada yang ternga-nga mengantuk dan bertepuk hany kerana rakan-rakan yang lain bertepuk.

Ketidak hadiran pemimpin BN tertinggi diperingkat pusat menambahkan lagi “ceroi” nya konvensyen BN Kedah pada hari itu.

Kelembapan penganjur Konvensyen tersebut yang sebenarnya bermula dari peringkat awal lagi apabila perserta terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftar diri yang rupa-rupanya tidak ada pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh berjalan lenggang kangkong boleh masuk ke dewan konvensyen tersebut.

Itulah cerminan BN Kedah apabila menjadi pembangkang. Ceroi macam kuah Laksa Teluk Kecai.

08 September, 2011

Mak Cik Rohea di Baling tunggu Azeez balik dari Somalia

BALING - Seorang penduduk Kampung Tanjung Pari, Rohea Mat Saman teringin untuk memiliki kediaman sendiri berikutan keadaan rumah tinggalan arwah ayahnya semakin usang dan mereput.

Rohea yang hanya bekerja kampung itu berkata, terdapat beberapa bahagian di rumah itu tidak dapat digunakan berikutan keadaan lantai yang reput dan membahayakan.

“Kalau saya nak naik ke rumah, saya perlu naik secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Anak saya sendiri pun tidak berani untuk naik ke bahagian atas rumah ini berikutan keadaan lantai yang tidak kukuh.

“Disebabkan itu, bahagian atas rumah ini terpaksa ditopang dengan buluh untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Namun begitu, buluh ini tidak akan bertahan lama. Jadi, saya perlu berhati-hati setiap kali ingin melalui kawasan atas ini,” katanya.

Rohea berkata, dia telah membuat permohonan rumah kepada pihak sewajarnya namun tiada maklum balas diberikan sehingga kini.

“Dah banyak permohonan yang saya buat, namun, tiada hasil yang positif. Kini, saya dan malas untuk minta apa-apa lagi,” katanya yang juga merupakan seorang ibu tunggal.

Menurutnya. ramai yang bersimpati melihat keadaannya, namun dia dia terpaksa meneruskan kehidupannya di rumah pusaka itu.

“Sebelum anak saya saya balik ke rumah ini, saya hanya tinggal seorang diri di sini. Macam-macam dugaan yang saya terima. Saya hampir pernah menjadi mangsa apabila seekor ular tedung selar masuk ke rumah ini.

“Nasib baik ada jiran-jiran, merekalah yang membantu mengeluarkan ular itu. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Rohea berkata, keadaan rumahnya yang agak jauh dari jalan besar juga memberikan kesan kepada kepadanya.

“Saya harap, jalan yang menghala ke rumah saya ini diturap ataupun dibesarkan. Ini dapat memastikan kenderaan dapat masuk ke rumah saya. Namun, sekarang hanya sebuah motosikal yang mampu menggunakan jalan ini.

“Saya telah bertanya mengenai status jalan di sini, namun, gagal, kerana ada yang mengatakan jalan di sini mempunyai pemiliknya dan ada yang berkata milik Jabatan Pengaliran dan Saliran. saya jadi buntu dan tidak tahu nak buat apa,” katanya.

Katanya, dia amat berterima kasih sekiranya ada pemimpin setempat yang sudi membantunya untuk mendapatkan kediaman baru ini. (Sumber Sinar Harian)

02 September, 2011

Tau punnn..

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini kerana Somalia yang mengecapi kemerdekaan sejak 1960 masih jauh ketinggalan berbanding Malaysia yang mencapai kemerdekaan tiga tahun sebelumnya.

Jelasnya, ketamakan mengejar kuasa dan jawatan di Somalia juga menyebabkan rakyatnya menderita.

''Dahulu Somalia cukup maju, tetapi kerana tamakkan kuasa, negara ini hancur. Harap ini tidak akan berlaku di Malaysia. Ambil contoh apa yang berlaku di sini," katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 di sini semalam.

26 August, 2011

Apa cerita dengan UMNO Bahagian Padang Serai, Kedah?

PADANG SERAI: Ketua Umno Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

"Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya kepada Bernama selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di sini malam Khamis. (sumber mStar)

22 August, 2011

Umur 16 tahun sudah pandai berkhalwat

LANGKAWI: Dua pasangan di bawah umur telah ditahan di sebuah hotel di sini baru-baru ini kerana didakwa berkhalwat.

Pasangan yang berusia 16 tahun di tangkap di dalam bilik sebuah hotel pada jam 03:45 pagi hari Jumaat berdekatan pejabat Jabatan Agama Islam Langkawi.

Pegawai penyiasat Muhammad Hidayat Halim berkata kedua kanak-kanak lelaki masih bersekolah di tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di sini manakala dua kanak-kanak perempuan tersebut adalah pelajar tercicir.

"Mereka pada mulanya mendakwa menunggu untuk bersahur tetapi kemudian mengakui bahawa mereka telah mengadakan hubungan seks," katanya.
(sumber NST)

21 August, 2011

Kisah rutin menjelang Syawal.

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
2011/08/21

KAJANG: “Mak cik terkilan hasrat nak menumpang untuk sepinggan nasi bersama anak seorang pun tidak kesampaian, lebih baik mak cik bawa diri ke sini daripada terus makan hati dengan sikap dia dan menantu,” luah Masitah (bukan nama sebenar) sambil menitiskan air mata yang tidak mampu ditahan.

Warga tua berusia 65 tahun dan berasal dari Taiping, Perak itu berkata sebelum menjadi penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK), dia mengambil upah bekerja di estet getah dan kelapa sawit selama lebih 30 tahun.

Berkat hasil titik peluhnya, dia mampu memiliki seutas rantai emas berharga RM4,000 untuk dijadikan satu-satunya harta miliknya.

“Selama 30 tahun mak cik kumpul sikit demi sikit duit nak membeli rantai itu, tapi anak perempuan mak cik dengan senang mengambilnya daripada mak cik. Bila mak cik tanya dia dan menantu, semua acuh tak acuh dengan menjawab ‘tak tahu’, mak cik tak bodoh, nak.

“Kenapa mereka buat perkara seperti itu, sembilan bulan makcik kandung dia, sebelum ini pun dia ada buat perkara menyinggung hati tapi mak cik maafkan, apa salah makcik,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Sambil mengesat air matanya, Masitah dengan nada sebak berkata sanggup memaafkan kesalahan anak perempuan tunggalnya itu jika dia datang menjenguknya di RSK, namun anaknya yang tinggal di ibu negara itu tidak pernah menyusun tangan memohon maaf apatah lagi mempelawanya pulang ke rumah.

Ditanya apakah dia mengharapkan anaknya akan datang menjenguk pada Aidilfitri ini, Masitah sambil air matanya bergenang, menjawab ‘mak cik tidak kisah kerana di sini, saya senang dan gembira bersama rakan lain.’

“Kalau dia nak datang, datanglah. Kalau tidak datang pun makcik dah tidak kisah, mak cik hanya fikirkan satu benda saja, iaitu nak mati. Selain itu, mak cik sudah tidak ambil peduli,” katanya.

Masitah yang menjadi penghuni RSK sejak 2008 berkata, anak dan menantunya tidak pernah menghantarnya ke rumah perlindungan terbabit, tetapi dia sendiri meminta untuk menjadi salah seorang penghuni di sini kerana terkilan atas sikap serta layanan anak dan menantunya.

Dia juga menasihatkan masyarakat agar sentiasa menjaga hati ibu dan ayah kerana kasih sayang yang dilimpahkan kepada mereka tiada tolak bandingnya dan tetap kekal sampai ke akhir hayat.

17 August, 2011

Ahli Parlimen Merbok turun padang

MERBOK – “Ia satu kelainan yang tak pernah dibuat oleh orang lain. Saya rasa seronok apabila melihat respons penduduk dan terasa seperti nak anjur lagi masa akan datang,” kata Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din.

Beliau berkata demikian ketika turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima terpilih di kawasan Parlimen Merbok diiringi Angkatan Muda Keadilan Cabang Merbok dan Majlis Ketua Kampung/Komuniti yang dijalankan dalam waktu sahur dengan kerjasama Sinar Harian Utara.

Melihatkan reaksi penerima sumbangan yang jelas gembira dengan kehadiran kami walaupun jam menunjukkan 2 atau 3 pagi, membuatkan skuad Jom Sahur lebih bersemangat walaupun terpaksa mengetuk pintu dalam keadaan gelap dan sunyi.

Destinasi pertama setelah berkumpul di Petronas Bandar Laguna Merbok jam 12.30 tengah malam, kami terus ke Kampung Bukit Acheh, Merbok untuk melawat dua keluarga termasuk dua beranak yang berstatus ibu tunggal iaitu keluarga Aishah Nur, 93, dan anaknya Chahina Ibrahim, 52, serta keluarga Mohd Zahir Abdullah, 41, bersama isteri dan empat anak.

Mohd Zahir berkata, ini merupakan sejarah pertama yang pernah dialami iaitu wakil rakyat turun padang menyampaikan sumbangan dalam waktu sahur.

Kemudian, konvoi meneruskan perjalanan ke rumah pasangan Sariah Senapi, 55, dan Kamaradin Abd Rahman, 57, di Kampung Merbok.

Kamaradin yang bertugas memandikan jenazah mempunyai lapan orang anak bersyukur dengan kehadiran pemimpin dan :Sinar Harian: yang diketuai Pengurus Kanan Operasi Sinar Harian Utara, Rusmin Fadzil selain berhasrat akan mencuba keenakan kurma rangup tajaan Kurma Abdul Ghaffar yang disumbangkan kepada mereka.

Seterusnya konvoi bertemu Zawati Ismail, 47, dan Nazir Abu Bakar, 47, bekerja sebagai penjual ikan di samping melakukan kerja sampingan sebagai mekanik motosikal klasik.

Nazir berkata, kunjungan yang dilakukan jam 2.09 pagi itu adalah sesuatu yang luar biasa namun gembira kerana terpilih dalam program berkenaan.

“Elok juga datang waktu malam dalam bulan puasa sebab waktu siang semua orang sibuk dengan hal masing-masing keluar bekerja dan ke sekolah.

“Kami juga ucapkan terima kasih dengan kehadiran konvoi membawa buah tangan yang cukup bermakna,” katanya.

Konvoi Jom Sahur dan Penyampaian Sumbangan yang mendapat kerjasama daripada Petronas Tok Kangar, AZ-one Marketing dan Kurma Abdul Ghaffar itu seterusnya terus ke destinasi terakhir iaitu melawat seorang tukang urut warga emas yang juga berstatus ibu tunggal menetap seorang diri di Kampung Merbok.

Penerima, Robiah Husin, 81, berkata, kunjungan itu amat bermakna kerana di samping dapat mengenali antara satu sama lain, ia juga boleh dijadikan medan meluahkan masalah penduduk secara langsung.

“Saya kematian suami sejak 25 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki yang juga telah meninggal dunia.

:“Kini hanya berkongsi suka-duka bersama menantu, tujuh cucu dan 13 cicit yang datang sesekali menjenguk,” katanya.

Dalam pertemuan sama, Robiah juga memohon kepada Rashid untuk membaik pulih bumbung yang sudah lama bocor.

Konvoi yang ditaja oleh Ahli Parlimen dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Merbok itu turut menikmati sahur di rumah Robiah berlaukkan telur masin, kerang bakar, gulai ikan, papadum, udang masak kunyit dan pekasam goreng yang cukup menyelerakan.

Sebelum bersurai, peserta program sempat merakamkan gambar kenangan di rumah Robiah sebelum beredar jam 4 pagi. (SH)

11 August, 2011

Hari ini perompak dan penyamun sudah tidak kira siapa.

SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md. Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights di sini pagi ini.

Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan iPad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu.

Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.

Katanya, beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.

"Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.

"Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu,” katanya.

- Bernama

10 August, 2011

Bukan semua Professor itu cerdik berpolitik

Seorang Professor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Dr Ariffin Omar telah mengambil keputusan untuk menyertai DAP.

Katanya DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk semua kaum. "Saya telah mengkaji sejarah parti itu selama beberapa dekad. Saya percaya masa depan Malaysia adalah selamat dengan pihak seperti DAP" katanya lagi.

Dalam sidang yang sama Setiausaha agung parti, Lim Guan Eng berkata kemasukan Prof Ariffin adalah salah satu kejayaan usaha DAP untuk merekrut lebih ramai Melayu menyertai DAP. Apakah Guan Eng ingin memelayukan DAP?

Nampaknya bukan semua Professor itu cerdik. Ada juga yang bertitlekan Professor gagal dalam berpolitik kerana melihat terlalu ramai orang kampung yang bodoh dan mereka sahaja yang bijak.

02 August, 2011

Tokak menokak dalam UMNO Kedah tidak ada noktah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

BARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.

Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.

31 July, 2011

"Rakyat Kedah minta BN ambil alih semula Kedah" Datuk Bashah

Keputusan yang sentiasa menghantui mereka yang kalah.
GUAR CHEMPEDAK - UMNO Kedah bertekad untuk memenangi kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah demi membantu Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO dan BN Kedah turut berjanji memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi bagi membolehkan mereka mengubah nasib rakyat Kedah.

Bagaimanapun, beliau mengakui sasaran parti itu hanya dapat dicapai sekiranya semua pimpinan parti komponen bersatu-padu dan menjadikan keperluan rakyat sebagai salah satu agenda perjuangan utama parti.

“Saya terima banyak maklum balas rakyat yang meminta BN mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Justeru, pemimpin BN perlu mengetepikan persengketaan dalam parti dan mula menitikberatkan kepentingan rakyat sekiranya kita mahu memenuhi hasrat rakyat yang mahukan BN ambil alih semula Kedah,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pemimpin BN juga perlu mengikis sikap ‘hanya turun padang bila PRU menjelang tiba’ dan wajib mendekati rakyat sepanjang masa bagi membolehkan mereka merasai ‘sentuhan peribadi’ yang ditunjukkan pemimpin parti itu.

“Sekiranya sikap sebegini diambil remeh, bagaimana rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada kita untuk menjaga kepentingan mereka?

“Selain itu, pemimpin yang tidak terpilih menjadi wakil rakyat nanti perlu sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih. Utamakan kepentingan parti dan saya yakin rakyat akan semakin yakin dengan keupayaan kita,” katanya.

Ahmad Bashah turut meminta rakyat Kedah menilai kembali dan membuat keputusan yang tepat pada pilihan raya akan datang.

“Perubahan yang dibuat perlu bermakna dan saya minta rakyat Kedah buat pilihan yang terbaik demi pembangunan negeri ini,” katanya.

20 July, 2011

Merbok telah kenal pasti 8 calun "winnable candidate" untuk PRU13

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan proses simulasi pilihan raya atau pilihanraya olok-olok telah berjalan lancar di semua bahagian Umno berjalan.

Pilihanraya olok-olok ini melalui proses di mana bahagian-bahagian telah memilih, mengenal pasti nama-nama pengundi, nama-nama calon dan jawatankuasa pilihan raya.

Hasil dari pilhanraya olok-olok itu Merbok telah mengenal pasti 8 budak hitam yang berkalibar menjadi “winnable candidate”.

Kelapan-lapan budak hitam ini telah mula berjalan berkempen di kalangan ahli UMNO bahawa mereka memang layak dan berkelulusan peringkat tinggi dan mempunyai banyak wang untuk menjadi calun.

Sama-sama lah kita tunggu budak-budak hitam ini sampai ke rumah kita untuk masuk bakul angkat sendiri.

17 July, 2011

PAS kena 'bully' dengan DAP. Apa sudah jadi?

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pas yang diserang DAP berhubung keputusan kerajaan negeri Kedah melarang operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti, menegur sikap sekutunya itu terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepatutnya selaku pemimpin tertinggi DAP, Karpal tidak boleh mudah melatah dan menggunakan saluran media bagi mencari penyelesaian dalam isu-isu sensitif terutama, jika ia melibatkan agama.

"Karpal tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak kepimpinan bawahan DAP yang gemar menggunakan media secara terbuka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai isu sensitif, membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

"Tindakan sebegini hanya mengeruhkan suasana. Sepatutnya Karpal mendapatkan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas terlebih dahulu, sebagaimana kami lakukan jika ia membabitkan isu di bawah kepimpinan DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kata dua dibuat Karpal semalam supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Dalam pada itu, Mustafa menyangkal tuduhan pelbagai pihak kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, membelakangkan kepimpinan Pas Pusat ketika memutuskan larangan tersebut.

Katanya, kepimpinan Pas pusat tidak semestinya sepanjang masa mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi jika keputusan larangan tersebut dibuat berdasarkan kuasa prerogatif (hak istimewa) kerajaan negeri Kedah itu sendiri.(sumber UM)

15 July, 2011

Ingat! Bulan Ramadan bukan bulan bergencok, beronggeng atau beryakyeh di Kedah

ALOR SETAR - Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan di Kedah adalah tertakluk pada enakmen 1997, dan bukannya polisi baru yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia juga di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, kerana arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam dan dikuatkuasakan melalui Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

“Arahan itu kemudian dikuatkuasakan ke pejabat-pejabat daerah seluruh negeri. Kerajaan Negeri sebagai pentadbir hanya melaksana undang-undang sedia ada, dan mahu ia dikuatkuasakan semula tahun ini, kerana sebelum ini ia seolah terlepas pandang oleh pihak tertentu,” katanya, ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Azizan berkata, enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya. Saya mahupun Kerajaan Negeri tidak boleh campur tangan dalam hal itu sebab ia bawah bidang kuasa Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya, bandar Alor Setar sebelum ini dianggap sebagai Bandar Diraja, dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti hiburan berlangsung pada Ramadan sebagai menghormati kemuliaan bulan itu.

“Majlis Agama Islam Negeri Kedah sudah membuat teguran dan pegawai-pegawai daerah bermesyuarat dan memutuskan untuk melaksanakan semula apa yang termaktub dalam enakmen 1997,” katanya.

Azizan tidak menolak kemungkinan peraturan itu menimbulkan kekeliruan banyak pihak, dan pihaknya telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat kajian semula berhubung skop hiburan.

“Mesyuarat Exco Mei lalu, telah bersetuju meluluskan cadangan daripada pegawai daerah mengenai penutupan pusat hiburan di Kedah sepanjang Ramadan. Semua pegawai pelesenan daerah diarahkan menguatkuasakan peraturan itu dengan kerjasama PBT dan polis,” katanya.

Namun, katanya, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Perayaan Bulan Hantu, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya.

Azizan berkata, kategori hiburan yang tidak boleh beroperasi sepanjang Ramadan ialah lesen untuk pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

“Pusat snuker dan kafe siber pula kita mungkin semak semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan bawah kategori hiburan. Minta PBT perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan,” katanya.

Kelmarin, beberapa pengusaha pusat hiburan Cina tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri tidak membenarkan lesen hiburan diperbaharui sepanjang Ramadan, dan mahukan penjelasan kerana mendakwa menanggung kerugian jika premis terpaksa ditutup selama sebulan. (sumber -SH)

Awas! Lendir putih dalam minuman berjenama

SEDIM – Penduduk, Jaafar Sidik yang tinggal di Kampung Sedim kecewa dengan sebuah syarikat pengeluaran minuman kerana didakwa tidak bertanggungjawab terhadap barangan dijual di pasaran.

Menurutnya, bulan lalu ketika berada di Perlis, dia berkunjung ke sebuah kedai runcit dan kemudiannya menegur pemilik kedai bahawa terdapat lendir dan selaput putih dalam minuman itu.

Dari pemeriksaan dibuat, minuman itu masih belum dibuka manakala sebotol minuman jenama sama diisi dengan kuantiti air yang kurang.

:Dia dan pemilik kedai kemudiannya meminta penjelasan dari pembekal, tetapi pihak itu hanya mahu menggantikan minuman itu dengan botol yang lain tanpa memikirkan implikasi akan dihadapi pengguna.

“Pengusaha kedai runcit itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Padang Besar pada 9 Jun lalu.

“Dari label yang terlekat pada minuman itu, tarikh luputnya adalah September 2011. Kelemahan syarikat minuman ini memasarkan produk minumannya ke pasaran seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Parlimen Kulim Bandar Baharu, Mohd Zailan Hashim berkata, masalah itu seharusnya dimaklumkan kepada Tribunal Pengguna supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Katanya, banyak kecuaian berpunca dari pengusaha mendatang masalah kepada pengguna.

“Pengguna perlu tahu hak dan undang-undang yang boleh melindungi mereka. Kita harus bersikap positif untuk memastikan kecuaian seumpama ini tidak berulang.

“Pengguna harus berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan terhadap masalah yang boleh mendatangkan kerugian kepada pengguna,” katanya.(sumber SH)

08 July, 2011

Jangan pakai sensual whitening cream kalau tak mau anak dalam kandungan cacat

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan “Sensual Whitening Cream” berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Eisah berkata, pengguna produk itu boleh menyebabkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang.

Beliau juga berkata, wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan raksa (merkuri), tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. – Bernama

03 July, 2011

Salleh Yaakob, sama rata - sama rasa.

Pelawak Salih Yaccob akan muncul dengan program terbarunya, Salih Yaccob Show, I Follow. tag line 'I Follow' yang diambil daripada slot Sinar Pagi dalam Sinar FM.

Salih Yaccob Show, I Follow dijangka dapat menarik rating yang tinggi kerana peminat-peminat Sinar Pagi juga akan follow Salleh Yaakob sehingga ke program TVnya.

Apapun ramai juga lelaki yang akan follow Salleh Yaakob mengikuti petua-petua pengurusan empat isteri.

Sedap mata memandang sedap lagi bahu yang memikul. Bukan senang untuk berlaku adil supaya sama rata sama rasa.

24 June, 2011

Siapa YB yang turun melawat kawasan?

KAMPUNG BUJANG – Tindakan seorang lelaki yang sedang mengait buah manggis di rumahnya tidak berkesudahan apabila tersilap langkah ketika terpijak dahan reput menyebabkan dia terjatuh sehingga menemui ajal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 pagi semalam apabila Khalid Shaari, 58, dari Kampung Bujang memanjat pokok manggis dan tidak menyedari terdapat dahan reput menyebabkan dia jatuh bersama dahan terbabit.

Anak kedua mangsa, Nor Nadirah Khalid, 19, berkata, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan setelah dimaklumkan keluarga semasa sedang bekerja di Sungai Petani.

“Sebelum kejadian, ayah ada mengajak emak untuk keluar beli ayam, tetapi ditolak menyebabkannya dia keluar sendirian.

“Tiada sebarang kejadian pelik berlaku sehingga dia balik, tetapi sebelum memanjat pokok berkenaan, arwah ada menjelaskan dia mahu minum air dan terus pergi,” katanya.

Menurutnya, maksud arwah mahu terus pergi menjelaskan dia mahu terus panjat pokok manggis selepas minum air, namun kata-kata itu adalah petanda bahawa ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, galah dan bakul milik mangsa yang digunakan untuk mengait manggis masih terdapat di atas pokok berkenaan.

Difahamkan, hasil perkongsian hidup arwah dengan isteri, Siti Zainab Bakar, 43, dikurniakan lima anak berusia antara lapan hingga 22 tahun. (sinar)

08 June, 2011

Kerana isteri dingin di ranjang suami ke seberang

Dr Rohaya Mohamed
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. -Berita Harian

07 June, 2011

Hayatilah dengan penuh mendalam Kata-Kata Aluan Ketua UMNO Bahagian Merbok

“Saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahliUMNO Bahagian Merbok agar merapatkan barisan dan menghapuskan sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas sesama kita. Di antara kita ibarat carik-carik bulu ayam, bertaut jua akhirnya”.

Itu lah kata-kata aluan Ketua UMNO Bahagian Merbok yang tercatat dalam buku Persidangan UMNO Bahagian Merbok 2011 yang diedarkan kepada setiap perwakilan cawangan pada 28hb Mei 2011 di MRSM Merbok.

Kelazimannnya peratus yang membaca Kata-Kata Aluan di dalam buku tersebut amat sedikit sekali malah ada perwakilan yang langsung tidak buka beg yang diberi hanya digantung di tiang seri rumah sehingga tiba mesyuarat tahun hadapan atau menjadi sarang lelabah beranak-pinak.

Jika majoriti perwakilan tidak membacanya kerana sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas tidak berlaku di kalangan mereka sebaliknya berleluasa di peringkat kepimpinan atasan bahagian.

Maka ini bermakna mesej yang dibawa oleh Ketua Bahagian Merbok ini  yang sebenarnya ditujukan pada diri beliau sendiri.

Ada pada siapakah sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas ini?

“Ibarat carik-carik bulu ayam, bertaut jua akhirnya” apa kah bulu ayam sudah bertaut sejak berakhirnya pertandingan bahagian tempohari sehingga hari ini? Atau bulu ayam itu sudah koyak rabak, hancur bochai? apabila usaha-usaha untuk masyarakat oleh Datuk Arzmi Hamid sentiasa dipandang serong dengan penuh dendam dan curiga?

Inilah retorik politik yang cakap tidak serupa bikin. Depan lain belakang lain. Telunjuk lurus kelingking berkait.

UMNO hanya menang bersorak tetapi kampung tergadai

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyeru, semua Badan Perhubungan UMNO Negeri agar dapat mengesan 661,000 ahli yang belum mendaftar sebagai pemilih walaupun mereka layak mengundi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli baru-baru ini.

Setengah juta lebih ahli yang tidak mendaftar pemilih ini bukanlah satu angka yang sedikit dan jika dipermantapkan ia bakal menjadi satu gelombang yang kuat untuk menawan semula negeri-negeri yang UMNO kecundang.

Seringkali mereka yang mendaftar ahli UMNO keliru dengan pendaftaran mereka sebagai pemilih. Mereka berangkapan apabila telah mendaftar sebagai ahli UMNO ianya otomatik mendaftar sebagai pemilih.

Apabila terlalu sibuk bertanding di dalam UMNO mereka langsung terlupa bahawa yang sebenarnya mengundi di dalam pilihanraya itu lebih penting dari mengundi dalam pertandingan UMNO.

Akibatnya berkuasa di dalam UMNO tetapi kalah di dalam pilihanraya. Menang bersorak kampung tergadai.

06 June, 2011

Berkahwin lebih baik dari Bergundik

SALIH (tengah) bersama empat isterinya dari kiri, Samihah, Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida, menunjukkan pasport di KLIA, semalam.
SEPANG: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, yang berkahwin kali keempat minggu lalu, berlepas ke Beijing, China, semalam, bersama semua isterinya untuk bercuti.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi selepas bernikah kali keempat. Ia juga peluang kepada kami bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Salih berkata, percutian enam hari itu peluang dinantinya kerana jarang dapat berkumpul bersama berikutan beliau sekeluarga mempunyai masa lapang terhad.

“Sukar untuk merancang percutian beramai-ramai dengan semua isteri saya kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama,” katanya.

Percutian bersama keluarga itu turut disertai empat isterinya iaitu, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan isteri keempat yang baru dinikahi, Samihah Sheikh Ali, 25. Hanya tujuh daripada 11 anaknya menyertai percutian berkenaan berikutan urusan kerja dan belajar.(Sumber Berita Harian online)

04 June, 2011

Pelancong lebih kenal Langkawi dari Negeri Kedah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan didapati terdapat penurunan kedatangan pelancong ke negeri Kedah sebanyak 700,000 daripada 1.7 juta pada tahun 2009 manakala hanya 1juta pada tahun lalu.

Pelancong yang melawat Pulau Langkawi tidak langsung datang ke tanah besar Negeri Kedah Darul Aman kerana Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif untuk mempromosikan tanah besar.

Pelancong luar yang datang ke Langkawi tidak tahu pun wujudnya Alor Setar dan mereka lebih banyak berbelanja di Langkawi daripada tanah besar.

Inilah kelemahan Kerajaan Kedah yang tidak bijak mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah.

Tidak hairanlah jika Alor Setar digelar sebagai "dead city".

03 June, 2011

Merbok markas dadah

TUMPAS... Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim (tiga, kiri) menunjukkan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson yang dirampas dalam serbuan di Merbok, Sungai Petani sambil diperhatikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Baharom Othman (dua, kiri), Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah DSP Zainuddin Saad (kiri) dan pegawai-pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar, Khamis. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Polis Kedah mencapai kejayaan besar tahun ini apabila merampas 119.26 kilogram ganja bernilai RM411,000 dan menahan dua lelaki di Merbok, Sungai Petani, Isnin lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kes pertama, seorang buruh berusia 47 tahun ditahan pada kira-kira 5.30 petang dan menemui tiga ketulan ganja mampat seberat 3.15 kg bernilai RM11,000 pada motosikal suspek.

"Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh angota Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik Negeri," katanya pada sidang media, di sini, Khamis.

Katanya siasatan awal mendapati suspek pernah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952 pada tahun 2008 dan ujian air kencing juga mendapati suspek positif ganja.

Ekoran tangkapan lelaki tersebut, katanya polis menyerbu sebuah rumah di Ladang Sunga Batu, Merbok, pada kira-kira pukul 6.15 petang pada hari yang sama dan merampas 114 ketulan mampat ganja seberat 116.11kg bernilai hampir RM400,000.

Katanya dalam serbuan itu, polis menahan seorang pekebun berusia 45 tahun serta merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 84 butir peluru hidup 9mm dan sepasang gari dalam bilik tidur suspek kedua tersebut.

Susulan tangkapan itu, Ahmad berkata polis turut merampas dan menyita harta suspek yang dipercayai dibeli hasil penjualan dadah termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, empat motosikal serta barangan elektrik.

Katanya semua barang yang disita itu bernilai RM172,800 dan polis masih mengesan harta lain milik suspek.

Kedua-dua suspek yang merupakan sahabat itu direman sehingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar dadah dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Suspek kedua juga turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan peluru yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan," katanya.

Katanya suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi hasil ujian air kencing didapati positif dadah jenis ganja. - BERNAMA

Berita di atas seharusnya adalah satu yang mengemparkan  wakil rakyat Tanjung Dawai dan Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din malah Penyelaras Parlimen Merbok kerana ia berlaku di dalam kawasan mereka.

Jangan mereka asyik mengejar kuasa sehingga anak muda hisap ganja pun mereka tidak ambil peduli.

01 June, 2011

UMNO Merbok berikrar tidak akan menuntut DUN Bukit Selambau

Di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok yang diadakan pada 28 Mei 2011 di Dewan MRSM Merbok, Ketua UMNO Bahagian Datuk Tajul Urus Mat Zain di dalam ucapannya, beliau telah berikrar bahawa UMNO Bahagian Merbok tidak akan menuntut kerusi Dewan Negeri Bukit Selambau kerana itu adalah hak MIC.

Itulah pengorbanan UMNO terhadap rakan dalam komponen BN yang seharusnya MIC sedar bahawa suara-suara kaum India tidak pernah dipinggir.

Apa yang mendukacitakan wakil penyelaras DUN Bukit Selambau S.Krisnan langusung tidak hadir walaupun dijemput pada mesyuarat perwakilan tersebut.

30 May, 2011

Ahli Majlis MPSPK akan mogok

Nampaknya isu perobohan 16 buah gerai di jalan Kelab Cinta Sayang oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) masih tidak sejuk lagi.

Ini berikutan ugutan 17 orang ahli majlis MPSPK akan melancarkan boikot dan mogok dari menghadiri sebarang majlis MPSPK sehinggalah YDP bersama Setiausaha MPSPK digugurkan.

Mereka nampaknya akan menjadi juara rakyat kerana sanggup mengorbankan eluan mesyuarat demi penjaja Melayu ditepi jalan.

29 May, 2011

Proses pemutihan Ketua UMNO Bahagian Merbok

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok yang diadakan pada 28 Mei cuba mempertontonkan perpaduan sudah berlaku dalam UMNO Bahagian untuk menawan kembali Merbok dalam PRU13 yang akan datang.

Kehadiran mantan-mantan wakil rakyat seperti bekas YB Tanjung Dawai, Rosnah Majid, Arzmi Hamid, Badri Yunus dalam mesyuarat tersebut adalah usaha-usaha pemutihan Ketua Bahagian,Tajul Urus Mat Zain yang selama ini mentadbir Bahagian Merbok dengan penuh kehitaman dan dendam kesumat.

Malah seminggu sebelum mesyuarat ini bekas Ahli Parlimen Merbok, Daim Zainudin telah dijemput oleh Ketua Bahagian untuk berjumpa ahli-ahli jawatankuasa Bahagian Merbok dan Datuk Ketua Bahagian telah mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada Daim dari hujung rambut sehingga hujung kaki kerana keceluparan beliau mengherdik dan menghamun Daim belasan tahun dahulu semasa beliau menjadi Ketua Pemuda.

Satu lagi Inisiatif perpaduan yang konon Merbok sudah berpadu ialah apabila tidak ada pertandingan wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia atau lebih dikenali dengan G7.

Apapun perpaduan mestilah dibuktikan zahir dan batin bukan satu cakap-cakap atau retorik politik kosong dan lakunan.

Apabila memohon maaf lafazlah “maaf zahir dan batin” banyak kita yang memohon maaf zahir sahaja tetapi batin tidak diterjemahkan malah mengaum pekungnya, di hadapan bersalaman dan berdakapan sampai terpercik air liur tetapi di belakang menghimpun kelompok-kelompok kecil mencerca sesama rakan dalam parti.

Sejauh mana perpaduan akan terbukti, tunggulah semasa pemilihan calun pilihanraya kelak, apakah kita jamin tidak akan sabotaj kawan jikalau nama kita tidak terpilih sebagai calun kelak?

Tunggu dan lihat. "Wait and see, I tak jadi calun You mati....".

27 May, 2011

Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok tak peduli rakyat penjaja tepi jalan walaupun berlaku di hadapan rumahnya

Gerai-gerai sedang diroboh Pic : Panggongopera.blogspot
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

25 May, 2011

Ustaz Khazim : Jangan kaduk naik junjung

Secret Recipe nafi guna gelatin babi

MT siarkan di bawah kenyataan Secret Recipe menafikan produk mereka mengandungi DNA Babi sebagai mengimbangi berita sebelum ini.

Apapun mana-mana juga bakery harus mengelakkan terus dari mengguna produk 'whole egg powder' dan 'whole milk powder' keluaran Puratos. Bahan ini banyak digunakan dalam cream caramel.

SHAH ALAM – Secret Recipe menafikan khabar angin mengatakan produk keluaran syarikatnya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam dua bahan yang digunakan untuk ramuan kek keluaran mereka.

Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal berlaku hebahan dalam beberapa blog yang memberitahu kedua-dua bahan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.

“Kami amat kesal kejadian begini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula turut mendakwa bahan itu kini digunakan rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Sementara itu, laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Zawani berkata, syarikatnya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.


“Kesemua bahan diambil di Belgium terlebih dahulu mendapat perakuan halal daripada Jakim. Malah, kita tidak ada kena mengena atau mengambil bahan ramuan dengan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd,” katanya.

Rumah tangga porak peranda kerana hutang kahwin

Harian Metro 2 Mac 2010

KUALA LUMPUR: Kegagalan pasangan melangsaikan hutang pernah dibuat untuk menghadapi kenduri besar sewaktu mula memasuki alam rumah tangga dikesan menjadi antara faktor penyumbang keretakan institusi perkahwinan.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pihaknya mendapati memang ada kes cerai yang terbawa-bawa dengan masalah untuk membayar hutang terbabit.

Menurutnya, disebabkan hutang itu, ada pasangan mengungkit di kemudian hari dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

“Kegagalan membayar hutang terbabit bukanlah faktor besar, cuma sampingan saja. Berdasarkan kes, kami dapati faktor utama perceraian di pihak suami ialah tidak bertanggungjawab, suami curang, berfoya-foya, mendera isteri dan panas baran.

“Di pihak isteri pula faktor ialah isteri ingkar perintah suami, kemudian isteri lari keluar rumah, tak bertanggungjawab iaitu tidak menjalankan tugas sebagai isteri dengan sempurna, termasuklah tidak patuh,” katanya.

Statistik nikah, cerai dan rujuk direkodkan Jais bagi tempoh sehingga Julai tahun lalu, menunjukkan 2,247 kes perceraian di Selangor, tidak termasuk kawasan Hulu Langat, manakala rujuk dengan 356 kes dan perkahwinan sebanyak 7,280 pasangan.

Bagi 2008, sebanyak 16,021 pasangan direkodkan melangsungkan perkahwinan manakala perceraian 4,069 kes, dengan rujuk 628 kes, meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan 14,747 perkahwinan, 3,685 kes cerai dan 521 kes rujuk.

Mohd Hidayat berkata, pihaknya menyedari dengan angka kes perceraian yang masih kurang memuaskan dan untuk itu pelbagai usaha dilakukan, termasuk memperkenalkan program keluarga sakinah.

Katanya, program keluarga sakinah membabitkan lima modul dilancarkan Februari lalu dijangka dapat mengurangkan kadar perceraian sekali gus memperkasakan institusi perkahwinan pasangan Islam. “Modul program terbabit digarap dengan sempurna, menyentuh pelbagai aspek seperti akidah, kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat, kesan gejala sosial seperti akibat daripada perzinaan dan maqasid (kepentingan) syariah,” katanya.

“Pelaksanaannya bukan saja tertumpu di ibu pejabat Jais, tetapi turut diperluaskan ke semua pejabat agama daerah dan tidak hanya terbatas di masjid, malah boleh disampaikan di pelbagai institusi,” katanya.

Beliau berkata, Jais juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan pasangan Islam yang menghadapi kemusykilan dan masalah di alam rumah tangga.

“Kami di seluruh negeri mempunyai unit khidmat nasihat bersedia menerima kehadiran mana-mana pasangan untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat, supaya dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga,” katanya.

Siapa yang menetapkan kos kahwin?

KUALA LUMPUR 24 Mei - Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara.

Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap.

"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.

"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.

"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut.

Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.

"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.

"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa. (Utusan)

Ramai anak dara tua

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA