29 December, 2011

Hassan Ali mesti kekal di dalam PAS

Hasan Ali adalah pemimpin yang hebat sehingga sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan tanda kesyukuran penyelesaian kes Hassan Ali memohon maaf serta menarik balik segala kenyataan negatif terhadap parti itu sebelum ini.

Pertemuan yang dikatakan berlangsung di JKR 10, Kota Bharu Kelantan di mana turut hadir ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di mana berlaku pertemuan dengan pemimpin tertinggi iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Beliau juga menyeru Pas Pusat untuk menganjurkan kenduri besar-besaran sebagai meraikannya dan ahli-ahli Pas diseur supaya menyumbang untuk menjayakan kenduri kesyukuran tersebut.

Tindakan Hasan Ali tidak keluar dari PAS itu dikira bijak untuk memperbaiki organ-organ dalaman PAS yang akan merobok busuk jika tidak dirawat dengan segera.

Hanya Hasan Ali boleh merawatnya dari dalam sebagai mengimbangi seruan Mahfuz Omar yang celupar menghalau Hasan Ali keluar supaya masuk UMNO.

Lagi pun jika Hassan Ali berada di luar ia akan mudah di makan serigala seperti kenyataan Hadi Awang di dalam blog beliau.

1 comment:

  1. perlu diingat hasan ali merajuk dan menghentam PAS sebab namanya tidak dicalunkan oleh PAS Selangor utk PRU13 nanti............
    hasan ali sepatutnya menghentam PAS atas alasan kenapa PAS menyokong dan mahukan peliwat yg nabi tak mengaku umat di jadikan PM PAS dan KEADILAN dan DAP,ini yg sepatutnya hasan ali perlu lakukan, sesungguhnya hasan ali juga haprak setelah konon nya dijamin calon pru.....

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.