21 November, 2010
Berlaku adil kepada Tuanku Aishah
"Mama dan Dato Seri, telah berusaha sepenuhnya dengan pelbagai jenis rawatan namun tiada rezeki, maka mereka menemui saya untuk mendapatkan rawatan pilihan (alternative). Saya memaklumkan Mama dan Dato Seri selepas beberapa pertemuan bahawa komplikasi Aishah bukanlah atas dasar Kerohanian (Spiritual based) tetapi lebih kepada hal-hal psikiatrik (mental/jiwa).
Saya bukan menyatakan bahawa beliau gila atau tidak waras....sebaliknya beliau memerlukan banyak bantuan, sokongan dan panduan untuk membuka hati dan mindanya untuk melupakan perkara-perkara yang lepas. Kemungkinan kerana itulah rawatan kerohanian (spiritual treatment) tidak banyak dapat membantunya.
Selepas banyak maklumbalas dan pemerhatian dari pihak beliau, saya dapati salah satu sebab beliau berada dalam keadaannya sekarang adalah kerana beliau terkurung di rumahnya. Mungkin di dalam zon selamatnya sendiri. Menangani perkara-perkara yang lepas, atau mungkin cuba melegakan keadaan atau cuba menafikan kewujudan realiti semasa atau masa hadapan. Membantutkan pertumbuhan mindanya." Dari blog uncleseeker
Uncleseeker mengakhiri bahagian 7 pendedahan "Cinta syhhhh.." beliau bersama Tuanku Aishah dengan kesimpulannya bekas permaisuri Agung itu mengalami sindrom kemurungan yang amat sangat.
Sesungguhnya Tuanku Siti Aisyah tidak harus dibebani lagi dengan pendedahan yang sebegini.
Subscribe to:
Posts (Atom)