14 January, 2011

DS Najib tidak perlu layan, biar anjing menyalak bukit

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih bertegas ingin berdebat dengan DS Najib dan menolak pelawaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana beliau sedikit demi sedikit sudah mulai sedar bahawa diri beliau sekarang berada diambang kebangkrapan dan bakal menjunam bersama pelan 100 hari rekaan beliau.

Warna-warna kehidupan beliau semakin hari semakin pudar. “Shinning and glory” dalam hidup beliau juga seperti api yang sedang meredap di dalam sekam sedang merayap sedikit demi sedikit menunggu masa untuk menjadi abu yang akan berterbangan mencemar alam.

Menyedari semua ini kerana itulah beliau sedang meratap kepada DS Najib agar bersetuju berdebat dengan beliau. Karisma dan aura kepimpinan DS Najib yang sedang meningkat dari hari ke hari ingin dirompak beliau melalui perdebatan. Jika DS Najib bersetuju maka gelombang“shinning and glory” beliau akan menjulang kembali.

Samalah seperti anjing sedang mencari gajah untuk menyalak. Jika anjing mati ketika sedang menyalak gajah sekurang-kurangnya masyarakat akan kagum “ waa.. hebat sungguh anjing ini, dia mati kerana menyalak gajah”.

Begitu jugalah sebaliknya jika anjing itu mati menyalak tikus, masyarakat akan memandang hina dan lekeh kepada anjing itu kerana mati hanya menyalak tikus.

Terimalah hakikat bahawa Anwar Ibrahim semakin hari semakin dimamah usia. Muka tidak sejernih dahulu lagi. Kudrat tidak secergas dahulu lagi. Suara tidak semerdu dahulu lagi. Rambut tidak sehitam dahulu lagi. Ingatan sedang dipanggil nyanyuk. Penyokong dan pengikut tidak lagi setia. Keluarga dan saudara mara sudah hilang kepercayaan. Kes-kes liwat sedang membunting. Dunia sedang menghalau pergi dan kubur sedang memanggil mari.

Walaubagaimanapun kita masyarakat jika dipanjangkan umor sama-sama melihat dimana kesudahan episod Anwar Ibrahim di dalam lipatan sejarah.

Singapura akan menyekat portal berita yang boleh menggugat PAP

Singapura merancang menyekat portal berita www.theonlinecitizen.com kerana terlalu liberal dan dibimbangi mempengaruhi pembaca sehingga akan membawa kesan politik negara itu. Lihat http://www.reuters.com

Nampaknya Singapura tidak akan langsung berkompromi dengan apa juga media yang boleh membawa mesej mengubah kotak minda rakyat mereka dari beralih menyokong PAP.

Sebaliknya negara kita mengamalkan dasar langit terbuka dengan seluas-luasnya sehingga parti pemerintah boleh dikritik dan difitnah tanpa tapisan.

Keterbukaan ini sehinggakan pebincangan-perbincangan di dalam kain semasa mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO ketika Pak Lah menjadi Presiden disiarkan secara langsung dan terus menerus.

Konklusinya Singapura tidak akan mengambil risiko tinggi untuk membuka langitnya wewenangan.