14 January, 2011

DS Najib tidak perlu layan, biar anjing menyalak bukit

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih bertegas ingin berdebat dengan DS Najib dan menolak pelawaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana beliau sedikit demi sedikit sudah mulai sedar bahawa diri beliau sekarang berada diambang kebangkrapan dan bakal menjunam bersama pelan 100 hari rekaan beliau.

Warna-warna kehidupan beliau semakin hari semakin pudar. “Shinning and glory” dalam hidup beliau juga seperti api yang sedang meredap di dalam sekam sedang merayap sedikit demi sedikit menunggu masa untuk menjadi abu yang akan berterbangan mencemar alam.

Menyedari semua ini kerana itulah beliau sedang meratap kepada DS Najib agar bersetuju berdebat dengan beliau. Karisma dan aura kepimpinan DS Najib yang sedang meningkat dari hari ke hari ingin dirompak beliau melalui perdebatan. Jika DS Najib bersetuju maka gelombang“shinning and glory” beliau akan menjulang kembali.

Samalah seperti anjing sedang mencari gajah untuk menyalak. Jika anjing mati ketika sedang menyalak gajah sekurang-kurangnya masyarakat akan kagum “ waa.. hebat sungguh anjing ini, dia mati kerana menyalak gajah”.

Begitu jugalah sebaliknya jika anjing itu mati menyalak tikus, masyarakat akan memandang hina dan lekeh kepada anjing itu kerana mati hanya menyalak tikus.

Terimalah hakikat bahawa Anwar Ibrahim semakin hari semakin dimamah usia. Muka tidak sejernih dahulu lagi. Kudrat tidak secergas dahulu lagi. Suara tidak semerdu dahulu lagi. Rambut tidak sehitam dahulu lagi. Ingatan sedang dipanggil nyanyuk. Penyokong dan pengikut tidak lagi setia. Keluarga dan saudara mara sudah hilang kepercayaan. Kes-kes liwat sedang membunting. Dunia sedang menghalau pergi dan kubur sedang memanggil mari.

Walaubagaimanapun kita masyarakat jika dipanjangkan umor sama-sama melihat dimana kesudahan episod Anwar Ibrahim di dalam lipatan sejarah.

1 comment:

  1. Aku ingatkan semakin tua semakin terbuka pemikirannya.Rupanya pemikiran masih sama dengan apa yang Pak Su Chin di Kampung Hujung Bandar Sik berfikir.
    Orang bernama Anwar ini sudah tak laku,tapi belum buka mulut,berpuloh FRU dah dikerahkan untuk membatalkan majlis ceramahnya.
    RM57 billion hanya untuk 35ribu pekerjaan?,maknanya RM2juta dibelanjakan baru bolih hapuskan seorang penganggur.
    Bodoh kita hendaklah disimpan,kalau nak terus bodek pun simpan diam diam,jangan melilau bawa idea kelaman orang.Laman DAKJ hanyalah untuk mereka yang terbuka minda,bukan macam minda hampa.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.