12 September, 2010

KJ dan PERKASA siapa lebih bahaya kepada UMNO?

Sejak lepas PRU12 yang lepas apabila BN mengalami tsunami politik yang amat parah KJ dan Pak Lah atau Pak Lah dan KJ tak habis-habis kena titik.

Kelmarin apabila KJ mencadangkan dipanggil pulang duta Malaysia di Jakarta sebagai jalan penyelesaian isu demonstrasi anti Malaysia di Jakarta. KJ telah dititik rapat oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Beliau dilabelkan cerdik tapi tidak bijak oleh Menteri Luar tersebut.

Maka tidak hairanlah jika Ketua Pemuda UMNO tidak dilantik oleh Presiden UMNO menjadi Menteri atau Timbalan Menteri kerana kurang cerdik. Ternyata Universiti Oxford tidak mendidik KJ dengan secukupnya untuk menjadi cerdik dan layak menjadi pemimpin generasi yang akan datang.

Persoalannya, apakah UMNO tidak risau bahawa mereka sebenarnya mandul dan tidak ada pemimpin pelapis yang berkualiti. Tunas-tunas yang ada hanyalah seperti batang pisang atau pokok pisang yang hanya berbuah sekali selepas itu mesti ditebang.

Kesan dari tsunami PRU12 itu maka lahirlah PERKASA. Hari ini UMNO menjadi takut pula dengan PERKASA demi menjaga rakan dalam komponen BN, UMNO harus istihar mereka bermusuh dengan PERKASA. Walhal KJ lebih merbahaya dari PERKASA.

Begitulah UMNO hari ini seperti melukut ditepi gantang.