18 January, 2010

Apa kriteria anugerah Jaksa Pendamai atau JP?


Ketua UMNO Bahagian merbok, Dato' TajulUrus Mat Zain dianugerahkan satu lagi Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ia itu Jaksa Pendamai atau JP.

Secara mudahnya jika diterjemah secara orang bodoh Jaksa Pendamai ini dianugerahkan kepada individu yang berjaya membawa kedamaian kepada dua kumpulan yang bertelagah. Mungkin inilah kriteria dan kelayakan seseorang itu dianugerahkan dengan Jaksa Pendamai.

Bagi masyarakat di kampong mereka akan mencari JP untuk tandatangan borang biasiswa dan pengesahan sijil cucu-cucu mereka.

Setiapkali dicop JP atas sehelai sijil akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00, itu harga 10 tahun dahulu mungkin caj ini telah dinaikan memandangkan gula telah naik.

2 comments:

  1. Salam MT,

    Hairan juga macam mana seorang Ketua UMNO Bahagian boleh dapat JP dalam negeri yang diperintah oleh PAS.MB Kedah AL Ustaz Azizan memang cukup hebat,dia tak beza antara kawan atau musuh semuanya sama saja,jika layak akan diberi Bintang dan Pingat.

    Maka ahli ahli UMNO pun berkata kita kena kekal Pas perintah negeri Kedah kerana mereka tak ada sifat dendam serta hasrat dengki seperti mana Pemimpin UMNO lakukan kepada ahli ahli PAS dan juga ahli ahli UMNO yang tidak sebulu dengan mereka.

    Ada juga ahli umno yang hantar sms seperti berikut:
    "BN Menang, Kedah Senang,BN kalah Ketua Bahagian KENYANG"

    ReplyDelete
  2. AAh,
    Borang semua di tangan mereka. Sesetengah pihak membayar jutaan ringgit untuk dapat JP dan Datukship.
    Ada juga sesetengah pihak jadi broker kalau nak datukship bayar sumbangan pada UMNO Bahagian atau mana-mana NGO.
    PAHAM-PAHAM AJE LAAAA.......

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.