05 August, 2009

UMNO Merbok melantik AJK Kerja kerana AJK yang menang tidak boleh buat kerja

Melihat senarai AJK UMNO Bahagian Merbok ianya terdiri dari 20 ahli yang dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian, 7 orang AJK tambahan dan 3 AJK kerja.

Tidak pernah lagi dalam sejarah UMNO Bahagian ini ada AJK kerja. Mungkin AJK kerja dilantik kerana 20 AJK yang menang dan 7 AJK tambahan yang dilantik tidak boleh buat kerja.

UMNO Merbok seperti "TIME BOMB"

Mengimbas Kertas lapuran dan aktiviti yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok pada 1/8/2009 ternyata UMNO Bahagian Merbok langsung tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada sentuhan rakyat dalam Kawasan Merbok.

Malah yang mendukacitakan ahli-ahli sejak Dato’ Tajul Urus Mat Zain memegang teraju Ketua Bahagian dari tarikh 18/10/2008 hingga 1/8/2009 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian hanya diadakan sebanyak 3 kali sahaja iaitu pada 31/10/2008, 14/11/2008 dan 2/7/2009 manakala Mesyuarat Khas AJK Bahagian juga hanya diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 10/2/2009, 8/5/2009 dan 3/6/2009.

Ini bermakna sejauh mana AJK Bahagian betul-betul bersatu untuk membawa perpaduan kepada ahli-ahli UMNO di dalam kawasan Merbok khasnya dan pengundi di dalam Merbok amnya.

Begitu juga apabila dilihat senarai aktiviti-aktiviti bahagian sepanjang kepimpinan Dato’Tajul, yang tersenarai panjang hanyalah lawatan-lawatan dan menghaziri mesyuarat-mesyuarat atas undangan UMNO negeri dan perjumpaan-perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan yang hanya menyokong beliau semasa pemilihan UMNO yang lepas sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti tersebut UMNO Bahagian hanya menjadi penumpang bukannya penggerak.

UMNO Bahagian langsung tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti sendiri yang menjurus kepada sentuhan rakyat.

Jika beginilah kepimpinan yang ada maka impian untuk mengembalikan Merbok kepada BN dan UMNO akan hanya tinggal impian. Mereka lebih gila melobi menjadi wakil rakyat tetapi tidak bekerja keras menawan hati rakyat.

Hakikat yang sebenarnya aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana di kalangan AJK Merbok sendiri tidak ada perpaduan bukanya tidak ada peruntukan, sesama mereka tidak bersatu hati dan bukannya terdiri dari kalangan mereka yang boleh melaksanakan kerja. Perpaduan AJK Merbok seperti "Time Bomb" menunggu masa untuk meletup.