02 September, 2009

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, tokoh yang berprofil tinggi

(sumber : UNIMEP)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok merupakan seorang tokoh yang berprofil tinggi dalam bidang akedmik dan professional.

Professor Dr Ismail Daut anak jati kawasan Merbok yang dibesarkan di Abu Bakar Estate, Sungai Petani merupakan tokoh yang dilihat boleh menjiwai rakyat dan masyarakat akar umbi.

Beliau yang dibesarkan di kalangan masyarakat India dan memahami benar asam garam budaya India serta boleh berbahasa Tamil dengan lancar merupakan tokoh yang sesuai di Merbok kerana rata-rata pengundi dalam kawasan Parlimen Merbok merupakan pengundi India.

Professor Dr Ismail Daut sekarang menjawat jawatan sebagai Dekan Sekolah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Industri Electronik di Universiti Malaysia Perlis.

Jawatan tersebut merupakan di antara yang tertinggi di mana ia memerlukan pengalaman dan kelayakan professional yang bukan tandingan.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara yang sekarang ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Bhd merupakan bekas graduan USM dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cardiff, United Kingdom.

Di antara kejayaan beliau dan kumpulannya ialah memenangi pingat gangsa di dalam "Anugerah Innovasi dan Rekacipta" melalui hasil kajian yang bertajuk “Power Factor Correction Converter Circuit” anjuran Malaysian Association of Research Scientist (MARS).

Email dari "Orang Lama,Rumah Baru"

(Hishamudin semasa mula memegang Ketua Pemuda UMNO turun menemui masyarakat Merbok dibawa Mokhzani. Gamabar bersama Tuan Guru Ustaz Yassin. Photo sumbangan OL,RB)

MT ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar email kepada MT dan beberapa gambar-gambar yang dikira menarik dan sentimental untuk dipostkan ke blog ini.

Email-email dan visual-visual ini akan MT terbitkan berperingkat-peringkat pada masa dan ketika yang sesuai kerana ia memerlukan banyak kerja-kerja editing gaya bahasa dan ”photo touchup” keatas gambar-gambar yang agak lusuh kerana lama dalam simpanan.

Walaubagaimanapun bukan bermakna MT tidak menerima lagi sumbangan-sumbangan bahan-bahan ini, sila teruskan sumbangan tuan-tuan untuk kita kongsi bersama kerana ia amat berharga untuk dikongsi dan sebagai rujukan generasi akan datang.

Berikut adalah satu email menarik dari seorang yang bergelar ”Orang Lama, Rumah Baru” :-

Saya kerap mengikuti blog tuan melalui anak saya dan saya ingin cadangkan tuan supaya blog Merbok Times ini tidak hanya mengangkat peranan pemimpin atas sahaja. Lihat sama pemimpin-pemimpin kecil di bawah seperti Ketua-Ketua Cawangan dan JKK.

Ingin saya nyatakan beberapa pimpimpin yang saya kira ada juga peranan mereka dalam Kawasan Merbok ini kerana setiap kali Mesyuarat UMNO Bahagian mereka rajin bangkit bercakap dan memberi idea semasa Daim Ketua Bahagian seperti :

a) Pak Ya Sireh – Seorang Ketua Cawangan Bendang Dalam yang terkenal dengan pendapat yang bernas setiap kali Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok. Berbahasa loghat Kedah pekat dengan pantun dan gurandam yang selalu mengeletek Tun Daim. Allahyarham merupakan Ketua UMNO Cawangan semasa arwah Abang Hashim Osman lagi.

b) Pak Ya Titi Bom, Gurun – Ketua UMNO Cawangan Titi Bom, Gurun. Seorang yang bersahaja dan santai. Anakanya Yusof juga Setiausaha Cawangan. Banyak buah-buah perkataan percakapan beliau keluar ikut hidung. Cukup berpengaruh di kampung beliau.

c) Pak Mid Cucur Badak – Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Jerai, Gurun. Sangat gemar mengambil gambar-gambar semasa mesyuarat perwakilan bahagian. Yang lawak juga semasa lagu Negara Ku pun Pak Mid sibuk berjalan, mundar mandir mencari sudut yang terbaik untuk gambar beliau. Beliau bekrja sebagai tessyenwritter di kaki lima mahkamah Gurun.

Ini beberapa orang yang saya terlintas. Mungkin ramai lagi kalau kita lihat balik minit mesyuarat yang sudah-sudah.

Terima kasih.

Daripada,
”Orang Lama Rumah Baru” (OL,RB)
Gurun.