22 September, 2010

Wayang gambar wayang ketar,DAP, Hindraf dan PR

Pendedahan oleh para pengamal blog dan sebuah akhbar utama negara berhubung suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati adalah ahli Dap seumur hidup dan juga penyumbang utama kewangan serta peguam bagi pertubuhan haram Hindraf perlu dihayati oleh rakyat. Apabila pendedahan ini dibuat oleh blog dan media utama maka para pemimpin-pemimpin dari Dap mula melompat dan menafikan suspek utama tersebut adalah ahli Dap seumur hidup. Sebaliknya pemimpin Dap untuk menutup kenyataan sedemikian, akan mengambil tindakan seperti menyaman media berkenaan berdasarkan tuduhan yang dilemparkan.

Sehingga hari ini, para pemimpin Dap dan PR tidak bersuara dan berdiam diri berhubung isu kematian usahawan kosmetik ini. Sebaliknya ketika isu Kugan dan Tan Beng Hock merekalah perancang utama menghasut rakyat dan memfitnah pihak berkuasa di atas kematian tersebut. Sebaliknya dalam kes kematian Datuk Sosilawati, mereka membisu dan cuba menyalahkan Kerajaan dengan mengaitkan sentimen perkauman apabila kes melibatkan kaum Melayu tumpuan diberikan sepenuhnya berbanding jika melibatkan kaum lain. Inilah agenda yang sedang di spin oleh Dap dan PR terhadap BN bagi menutup dakwaan suspek utama adalah ahli Dap seumur hidup dan penyumbang wang utama kepada pertubuhan haram Hindraf yang ditaja oleh Dap dan PR.

Paling menyedihkan untuk menghalalkan dan menafikan pembabitan Dap dalam kes ini, ada juak-juak dalam geng pak janggut dan pak serban menyatakan kematian arwah Sosilawati mungkin balasan dari yang maha Esa dari apa yang dilakukan semasa hayatnya di dunia. Begitu dangkal dan biadab mereka yang mengaku perjuangkan Islam tetapi apabila umat Islam sendiri disembelih sedemikian rupa masih lagi mengangkat dan memuja syaitan yang sahih neraka adalah tempatnya.

Sehingga kini pemimpin tertinggi Pas dan PKR yang beragama Islam diam seribu bahasa dan tidak mengulas isu suspek utama kes pembunuhan ini yang dikatakan ahli Dap seumur hidup dan juga dermawan serta peguam bagi pertubuhan haram Hindraf. Mahu tidak mahu PR terutamanya Dap sedang menyusun strategi mengarahkan Nik Aziz atau mereka yang seangkatannya dari PKR menafikan kenyataan sedemikian sebaliknya memainkan sentimen perkauman bagi mengheret dan menyalahkan BN. Kemungkinan satu hari Nik Aziz dan para pengikutnya akan menyatakan, ini adalah permainan politik kotor BN untuk menarik perhatian dan meraih simpati orang Melayu dan cuba meruntuhkan Dap. Kemungkinan kenyataan ini keluar dari pemimpin Pas terutama Nik Aziz adalah tidak mustahil kerana sebelum ini pun Nik Aziz sanggup membela Dap walaupun mereka menghina Islam dan juga isu penggunaan khalimah Allah.

Dalam politik, Pas dilihat sanggup lakukan apa saja asalkan hajat mereka untuk berkuasa dapat dipenuhi walaupun mereka sedar bahawa mereka hanyalah ‘monyet’ umpanan bagi Dap untuk melebarkan kuasa mereka. Dalam kes suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati ini pihak berkuasa hendaklah menyiasat parti Dap dan PR serta Hindraf sebelum bukti-bukti penting dihapuskan oleh mereka. Adakah kematian rakan karib Sosilawati di P.Pinang hari ini (berita harian 19 September 2010) ada kaitan dengan pembunuhan Sosilawati serta pendedahan suspek utama adalah ahli Dap seumur hidup? Begitu pelik seorang rakan baik mati gantung diri dengan alasan tertekan atau sebenarnya wujud perkara lain kerana si mati mungkin banyak mengetahui maklumat berhubung kes kematian Sosilawati.

Apa yang ingin diulas disini ialah apabila kematian sebegini melibatkan orang Melayu, para pemimpin Pas, PKR dan juga Dap serta media-media ekstrim mereka diam seribu bahasa. Walaupun ada berita yang disiarkan oleh media mereka, ia hanyalah berita sisipan sekadar mengisi ruangan yang ada. Sebaliknya jika kematian itu melibatkan kaum bukan Melayu, heboh satu dunia digoncang dan war-warkan kononnya bagi menuntut pembelaan di atas kelemahan pihak berkuasa Kerajaan dan menuduh wujudnya konspirasi BN dalam sesuatu kejadian. Maka berhimpunanlah mereka, beraraklah mereka disegenap jalan utama bersama dengan lilin bagi memperingati si mangsa, tapi bila melibatkan orang Melayu mereka mengambil sikap diam seribu bahasa kononnya tidak mahu menggangu siasatan pihak berkuasa.

Inilah wadah perjuangan pemimpin ‘bangsat’ yang sanggup menjual maruah agama, bangsa dan negara biarpun tahu ianya boleh menyebabkan kita merempat dibumi sendiri di suatu masa. Kerana yang merempat dan terseksa nanti bukanlah mereka sebaliknya rakyat yang mereka tipu dan telah terperdaya dengan janji manis mereka.
(Oleh Hj Ibrahim Abdul Rahman)