16 November, 2010

Rakyat sedang menilai yang mana mereka mahu undi, Golf atau Cangkul

Menurut lapuran terkini Malis Keselamatan Negara cawangan Kedah, seramai 15,000 lebih terlibat sebagai mangsa banjir serius dan seramai 60,000 lebih pula terlibat dengan perpindahan secara langsung dan tidak langsung.

Angka ini merupakan satu angka yang besar sepanjang insiden banjir di Kedah dan merupakan bencana yang sirius sehingga mengakibatkan MB Ustaz Azizan pun hilang kawalan emosi dan nafsu amarah.

Mala petaka ini juga mencetuskan berbagai idea aktiviti untuk diusahakan bagi membantu mangsa banjir ini yang melibatkan berbagai peringkat badan politik, NGO dan orang perseorangan.

Initiatif menganjurkan Golf Amal Golf Parlimen Merbok dilihat satu initiatif yang baik tetapi peganjurannya harus dan mestilah ikhlas serta menepati kehendak rakyat yang rata-rata jahil tentang golf.

Golf bagi rakyat bawahan merupakan satu permainan orang-orang kaya, elit, berkuasa dan berdarjat. Bagi rakyat marhaen mereka melihat golf bersamaan dengan menebas rumput di sawah atau di kebun mereka sahaja.

Penganjuran ini juga harus boleh memisahkan dengan penganjuran untuk amal, untuk status, untuk populariti, untuk pilihanraya atau untuk suka-suka sendiri. Kerana jika golongan-golongan elitis "hantu" golf ini ingin membuat amal ikhlas, mereka,hanya terus mengumpul dana dan terus salur sahaja kepada mana-mana badan atau NGO atau terus turun randuk dalam kelebor bertemu mangsa banjir besar Kedah dan sumbang sahaja.

Pendekatan ini lebih kerakyatan dan menjurus kepada mendekati mangsa tidak payah tunggu mereka-mereka ini untuk menghayun kayu golf syiok sesama mereka baru nak salurkan bantuan.

Yang sebenarnya kebijaksanaan seseorang pemimpin dinilai dari kebolehan memberi keutamaan yang mana perlu didahulukan dan yang mana dikemudiankan. Di dalam situasi pasca banjir sekarang ini mangsa memerlukan tilam-tilam yang dah rosak, perabut-perabut rumah yang dah kembang, tanaman-tanaman padi yang dah hanyut bukannya menunggu anjuran Golf Amal baru bantuan mahu diturunkan.

Sesungguhnya memimpin UMNO Bahagian tidak sama dengan memimpin sekolah atau sekandang kerbau kerana yang ada didalam kawasan itu terdiri dari berbagai porla masyarakat. Cerdik dalam UMNO tak semesti cerdik dalam masyarakat.

Rakyat sedang menilai siapa yang cerdik untuk memimpin mereka yang cerdik.