29 August, 2009

PBTM Cadang Bekas Tentera Diberi Sumbangan Raya

KOTA BAHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) hari ini mencadangkan supaya pesara tentera yang berusia lebih 70 tahun diberi sumbangan hari raya sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Presidennya, Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata walaupun kerajaan telah menyalurkan pelbagai sumbangan kepada golongan terbabit tetapi hanya melibatkan kumpulan cacat dan kurang upaya tetapi tidak kepada golongan yang sihat.

"Kita minta semua diberi, tanpa mengira mereka itu cacat anggota, kurang berada atau yang berada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan balu pesara tentera di sini, Sabtu.

Mohamad berkata kerajaan mempunyai peruntukan untuk menyalurkan bantuan seumpama itu kepada golongan terbabit yang bilangan mereka tidak ramai iaitu tidak sampai 2,000 pesara di seluruh negara.
-- BERNAMA

Dari Atas Meja berakhir atas Meja

Blog “Dari Meja Ketua UMNO Bahagian Merbok” baru dikemaskini dengan gambar mereka sedang bermesyuarat BN.

Amat sesuai dengan title blog mereka "Dari Meja....." maka mereka pun asyik bermesyuarat dan bermesyuarat keputusan tinggal keputusan hanya di atas MEJA.

Memang tepat apabila bermula di atas MEJA maka berakhir pun di atas MEJA juga, tindakan dan hasil tidak ada. Habuk menjadi hama, hama menjadi penyakit.

Dengar kata Timbalan Ketua Bahagian Doktor Falsafah Ismail Daut dah bertokak pula dengan Ketua Bahagian? Diharap mereka cepat-cepat berdamai demi ahli-ahli UMNO Merbok yang dahagakan kedamaian dan kegemilangan.

Merbok dalam Sejarah Bahagian 6- Pengunduran Tun Daim, dalam "Kilat ada Kilau"




Tindakan Daim untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Merbok walaupun mendapat pencalunan yang banyak dari cawangan-cawangan dan mendapat desakan dari akar umbi untuk beliau terus kekal di Merbok telah menimbulkan berbagai spekulasi.

Yang tersurat ialah Daim tidak mahu ada perpecahan kesan dari pertandingan itu kelak. Ini dapat dilihat sehingga sekarang apabila berlaku sahaja pertandingan merebut jawatan khasnya di dalam UMNO yang pasti maka berlakulah puak-puak, kumpulan-kumpulan dan perpecahan yang tidak berkesudahan.

Pemimpin yang mengambil alih jawatan tidak mendapat sokongan yang ”solid” dari ahli-ahli kerana ada sahaja duri-duri yang akan mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin untuk kepentingan peribadi mereka.

Malah yang lebih mendukacitakan lagi akibat dari berpuak-puak ini akan berlaku kumpulan-kumpulan yang keciwa yang melampau serta tidak berpuas hati akan membocorkan semua rahsia parti dan memburukan pribadi rakan kepada parti lawan dan isu ini akan menjadi modal pembangkang sehingga UMNO kalah dalam pilihanraya.

Peribahasa Melayu yang indah yang sering dilaungkan sebelum bertanding ”Biduk Berlalu Kiambang Bertaut” tidak berlaku di dalam UMNO malah dalam masyarakat Melayu sendiri.

Malah yang sedihnya Kiambang dibawa arus deras jauh sehingga terus mati berkaparan. Apa yang sering menjadi amalan mereka ialah "Tidak Dapat Kepala Telinga dipulas". Inilah yang berlaku dalam politik UMNO Merbok khasnya dan UMNO amnya.

Walaubagaimanapun ada juga cerita-cerita disebalik isu ini dan cakap-cakap yang mengatakan ada tangan-tangan tersumbunyi yang tidak suka kepada Daim kerana isu projek Jerai International Park yang ditentang oleh Daim ketika itu kerana akan menjejaskan lestari gunung yang tertinggi di Kedah itu.

Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Daim dan berkepentingan telah ”planted” Tok Non untuk menjatuhkan Daim di peringkat UMNO Bahagian sebagai strategi awal sebelum dijatuhkan diperingkat nasional.

Walaubagaimanapun Daim tetap meneruskan khidmatnya di Merbok sebagai Ahli Parlimen yang berkesan dan terus menyalurkan peruntukan-peruntukan dan sumbangan pribadi beliau seperti biasa melalui pejabat Tuan Syed Amin Al Jeffri di Sungai Petani dan diuruskan oleh Pak Hassan Shafie bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian.

Pada awalnya ada juga isu berbangkit mempersoalkan mengapa Daim tidak menyalurkan peruntukan beliau untuk diuruskan dan diagihkan melalui UMNO Bahagian Merbok?

Sebagai pemimpin yang berpengalaman dan pengurus keewangan yang bijak sebab utama Daim tidak menyalurkan peruntukan beliau melalui UMNO Bahagian kerana khuatir peruntukan ini akan digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik UMNO sahaja.

Manakala hakikat yang sebenarnya ialah peruntukan ini harus disalurkan untuk keseluruhan rakyat dan pengundi di dalam Parlimen Merbok kerana yang mengundi beliau terdiri dari rakyat atas pagar, NGO yang rata-rata bukan ahli UMNO tetapi penyokong Kerajaan @ "the silent voters".

Walaubagaimana berjasanya sesorang itu kepada UMNO pun seperti Tun Daim Zainudin masih ada dendam-dendam kesumat yang penuh keiblisan di dalam diri mereka. Pelakon-pelakon dan hippokrate ini boleh menyerupai bebagai-bagai wajah seperti Ketua UMNO Merbok dan kuncu-kuncunya yang ada sekarang.

Next entry : Bahagian ke 7-Sinonim Daim di Merbok -Tun Daim Merbok, Merbok Tun Daim