05 April, 2013

APAKAH STRATEGI KIT SIANG SEKELUARGA SETERUSNYA?

Keturunan Lim Kit Siang di Fujian, China
Lim Kit Siang, Penasihat DAP bukanlah politikus sembarangan. Beliau bukan setakat politikus lama tetapi cukup liat dan tahan. Beliau bermula menjadi ahli Parlimen mewakili Bandar Melaka pada tahun berdarah 1969 sehingga 1974.
 
Ahli Parlimen Kota Melaka pada 1974 - 1978, Petaling Jaya pada 1978 -1982 Kota Melaka dari tahun 1982 - 1986, Tanjong dari tahun 1986 - 1999, Ipoh Timur dari tahun 2004-2013. 

Beliau juga pernah mewakili Dewan Undangan negeri di antaranya mewakili kawasan Kubu, Melaka dari tahun1974 - 1982, Kampong Kolam, Penang dari tahun1986 - 1990 dan Padang Kota, Penang dari tahun 1990 -1995. 

Beliau yang berasal dari Batu Pahat Johor tidak pernah setia kepada satu-satu kawasan. Beliau merupakan raja pusing atau raja ronda ‘putting his money where his mouth Is. Not to be blame this is how Lim Kit Siang ‘cari makan’. 

Lim Kit Siang pun bukan lah muda lagi menyedari ini beliau telah menyediakan anaknya Lim Guan Eng yang dididik beracuankan sikapnya untuk mewaris dinasti DAP. Kerjaya politik Lim Guan Eng dikira lebih berjaya dari beliau sendiri apabila terbukti kejayaan menakluk Pulau Pinang. 
Lawatan nostalgia keluarga Kit Siang di Fujian

Pada November 2008 mereka sekeluarga telah menterjemahkan manifestasi kejayaan ini dengan mengunjungi kampung nenek moyang mereka di Zhangzhou, Wilayah Fujian. Beliau telah menemui abang iparnya Pang Kaiguo yang kini sedah berusia 80 tahun. Pertemuan yang berlaku di dalam suasana sungguh pilu itu telah mempertemukan semula keluarga yang telah lama terpisah kerana mencari makan di tanah subur Malaysia.
Lim Guan Eng sebak memeluk nenek saudaranya
Kini DAP bukan sebuah parti kerdil lagi. Mereka bukan setakat berjaya menguasai Pulau Pinang tetapi kejayaan yang lebih besar daripada itu ialah kejayaan menyucuk hidung rakan-rakan Melayu Islam dalam pakatan mereka PAS dan PKR. Persoalannya apakah strategi Kit Siang seterusnya?

Strategi Kit Siang sekeluarga seterusnya jika mengikut Strategi 5 dalam kitab peperangan Sun Tzu ialah: “Gunakan kesempatan saat terjadi kebakaran untuk merampok yang lain. (Merampok sebuah rumah yang terbakar.) Saat sebuah negara mengalami konflik internal, ketika berjangkit penyakit dan kelaparan, ketika korupsi dan kejahatan bermaharajalela, maka ia tidak akan bisa menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untuk menyerang”.