04 December, 2010

Melayu dilanyak oleh Anwar Ibrahim

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Syed Mansor berkata, perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu bukan saja mendesak tindakan dikenakan ke atas Wan Azizah, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua rakyat agar tidak mempertikaikan konsep 'ketuanan Melayu'.
Beliau berkata, sudah sampai masanya bagi kerajaan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan dan ISA kepada mereka yang terus menimbulkan kegusaran terhadap orang Melayu. (Utusan Malaysia)


Perkasa tidak seharusnya terperangkap dalam kenyataan provokasi kumpulan yang muflis politik dan sedang menghadapi ambang maut.

Adalah kebiasaan mereka yang sedang terkapai-kapai kelemasan dan berada diambang maut akan berpaut pada apa juga dahan rapuh waima di atas belakang kawan mereka sendiri.

Melayu bukan pertama kali mengahadapi penghinaan sebegitu rupa malah sejarah telah tercatat penghinaan terhadap Melayu yang amat dasyat ialah oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan tidak satu kaum pun dalam Negara ini yang boleh mendabik dada mengatakan mereka kaum peribumi kerana mereka juga bangsat.

Kerana atas nama TUAN lah UMNO berkuasa dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO berjalan mendabik dada konon menjadi Ketua kepada United MALAY National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Menjadi Ketua hasil dari rasuah politik. Tetapi Melayu hari ini sudah tidak bersatu.

Melayu menjadi TUAN kepada gejala dadah, buang anak, zina dan rasuah. Melayu menjadi HAMBA kepada pengusaan ekonomi dan Cina menjadi TUAN. Melayu menjadi HAMBA apabila ketinggalan dalam pendidikan. Melayu menjadi tuan dan juara Mat Rempit.
Melayu lebih banyak menjadi askar dan tentera untuk mempertahankan keamanan, kedaulatan dan harta benda negara ini yang majority harta-harta tersebut adalah kepunyaan kaum Cina.

Melayu lebih kepada menang sorak kampong tergadai.