19 May, 2013

NO! TIDAK! KATA MUKHRIZ

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini, Sabtu.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar pada SAbtu merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.-BERNAMA

PANDANGAN:
Tindakan tegas Mukhriz sangat dialu-alukan. Mengapa harus memberi gelanggang untuk puak-puak ini menghentam  BN?

Kedah mesti bersatu untuk kemajuan seterusnya bukan melayan kerenah puak miang-miang politik yang penuh hasutan dendam dan kesumat.

Hari ini bagi betis besok nak paha.
 

PPIM Denies Issuing Statement On 'Aminah Hassan' Products

KUALA LUMPUR, May 18 (Bernama) -- The Malaysian Muslim Consumers Association Saturday denied that they had ever issued a statement that the company producing 'Aminah Hassan' products supported a certain political party.

The association's chief activist Datuk Nadzim Johan in a statement in Kuala Lumpur Saturday confirmed that the products were Islamic products which still remained under the ownership of the family of the late Aminah Hassan. --BERNAMA