04 July, 2014

PEMINTA SEDEKAH DAN PEMBERI SEDEKAH DI KOTARAYA KUALA LUMPUR DILIHAT KOTOR, BAGAIMANA PULA DENGAN KEGIATAN MAKSIAT?

Di bawah adalah kenyataan Dr Maza yang dipetik dari FB beliau berhubung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor yang akan membersihkan Kota Raya Kuala Lumpur dari kegiatan peminta sedekah. 

Tegas beliau mereka yang memberi dan meminta kedua-duanya akan dihukum.Pihak berkuasa sedang merangka tindakan di mana pemberi sedekah akan ‘disaman’ manakala peminta sedekah akan ‘diangkut’.

Sebaliknya bagaimana pula dengan kegiatan yang lebih kotor maksiat seperti pub, judi haram, pusat pelacuran yang seperti cendawan tumbuh di sekitar bandaraya Kuala Lumpur?

"Kepada pihak yang ingin membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta untuk menjaga nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, Mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur dari pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. 

Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung. Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya. Buktikanlah dakwaan bahawa ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan. Sekian, terima kasih. rakyat marhaen, Dr MAZA".