07 May, 2010

Mana dia slogan “BN MENANG , KEDAH SENANG?”

Slogan BN Menang Kedah Senang yang dilancar oleh BN Kedah satu ketika dahulu nampaknya sunyi dan senyap. Adalah lumrah di dalam BN dan UMNO sudah biasa sangat dengan kerja-kerja hangat-hangat tahi ayam ini. Telor sebiji berkokok sekampung.Menang bersorak kampung tergadai. Bila ditanya apa sudah jadi? Jawapan lazim mereka “alaaaa…biasa laaaaa….”.

Semalam sebuah akhbar menyiarkan bahawa Intel telah menutup kilangnya di Kulim Hi Tech Park. Unit R & D Intel akan ditutup dan 500 pekerja akan terjejas. Unit ini akan dipindahkan ke Arizona,AS.
Apa sudah jadi kita tak tau.

MB Ustaz Azizan dan Exco Pelaburan, Sains dan Inovasi Ir Amirudin Hamzah harus menyiasat pekara ini, adakah ianya berpunca dari peneraju Kulim Hi Tech yang dilantik oleh Kerajaan Kedah yang tidak tidak “competent” atau berpunca dari dasar-dasar Kerajaan PAS Kedah yang tidak mesra pelabur.

“Sudahlah pelabur baru tak masuk, yang ada pun dah dok lari” kata seorang pekerja KHTP yang ditemui.

Tindakkan INTEL menutup kilang ini ternyata menampakkan bunga-bunga yang tidak sihat suasana pelaburan di Kedah terutamanya di dalam kawasan KHTP.

Jika ini berterusan dan tindakan pro aktif tidak diambil oleh Kerajaan Kedah maka tidak mustahil akan banyak lagi kilang di KHTP akan ditutup dan KHTP akan menjadi padang jarak padang terkukur.

Maka rakyat akan melihat sesungguhnya terbuktilah "BN Menang Kedah Senang".