28 January, 2010

Cukupkah berkhidmat untuk rakyat melalui "tele-conferencing?"

MT menghormati pengalaman blogger AAH sebagai soldadu professional yang menyokong Tun M bahawa serangan September 11 adalah perancangan yang rapi dan katanya “Rempuhan oleh pesawat hanya sebagai decoy atau deception saja”.

Apabila diselami lebih daripada itu, ia adalah kerja-kerja penjajahan minda dan saraf yang strategik oleh pakar-pakar minda CIA @ Yahudi keatas umat-umat Islam yang pro Palestin atau anti Israel.
Apabila berlaku serangan Israel ke atas Gaza, NGO-NGO kita bertungkus lumus mengutip derma, bersabung nyawa membawa misi bantuan kepada mangsa di Gaza. Kita cuba boikot barangan-barangan AS yang pro Israel.

Tetapi tanpa disedari jarum-jarum halus CIA sedikit demi sedikit sedang menusuk masuk dalam urat nadi pentadbiran kita seterusnya mencorak dasar-dasar kita yang lebih pro kepada mereka.

Petanda-petanda ini dapat dilihat dari beberapa insiden yang berlaku seperti duta kita dipanggil balik kerana tidak mengundi pro AS. Lee Kuan Yew yang kita tahu penasihat pertahan mereka adalah Israel telah dengan bebas berlegar-legar dalam Negara ini bukan sahaja dari Pulau Pinang ke Kelantan tetapi sehingga ke rumah PM. Ini semua berani dilakukannya kerana Tun M tidak lagi menjadi PM.

Contoh yang terbaru apabila ada Ahli Parlimen kita yang dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri di AS mengambil pendekatan mengunakan teknologi “tele- conferencing” sahaja berinteraksi dengan pengundi di kawasan. Apakah Ini bermakna pengundi-pengundi tidak lagi perlu bertemu secara fizikal tetapi cukup dengan “remote control” sahaja?

Apakah kita jamin CIA tidak “track” pergerakan maklumat kita melalui tekanologi mereka sebelum maklumat tersebut sampai ke kawasan? Ini bermakna CIA juga telah dapat menghidu sehingga ke akar umbi rakyat dalam kawasan Parlimen kita.

Menyedari ancaman inilah Negara China yang jumlah penduduknya 1.3 billion menghalau keluar online media AS seperti Google, Facebook keluar dari negara mereka. Mereka tidak mahu minda rakyat mereka dijajah oleh Googles, Facebook, Twitter, Youtube dan sumber-sumber teknologi internet AS.

"How China's Internet develops and how it is managed are Chinese people's own affairs, China doesn't need any lessons from the United States on what to do or how" Beijing Association of Online Media Chairman Min Dahong said in an interview with state-run Xinhuanet.com.

Konklusinya janganlah sampai mereka ini memasuki bilik beradu pemimpin kita seperti apa yang terjadi kepada Adam kerana Hawa.