10 February, 2010

Banker DS Anwar Ibrahim ditawar kontrak besar di UAE.

Di dalam suasana kekalutan, kecelaruan dan haru-biru Anwar Ibrahim berhempas pulas menegak benang basah di mahkamah kerana didakwa melakukan perbuatan terkutuk amalan kaum Lut terhadap Saiful Bukhari, penjaga kantung wangnya Datuk Ahmad Nazri Abdullah juga sibuk meraih projek jutaan ringgit di Timur Tengah.
Ahmad Nazri Abdullah merupakan jutawan hasil serakah projek-projek pengswastaan Kerajaan Malaysia semasa DS Anwar Ibrahim berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka inilah yang menjaga kantung wang Anwar Ibrahim di luar Negara. Malah mereka bukan setakat menjaga tetapi juga bertanggung jawab memberanakkan wang-wang ini di dalam pelaburan-pelaburan yang strategik dalam pasaran wang di luar negara. Hasil dari perolehan inilah yang dijana untuk membersih kekotoran politik Anwar Ibrahim.

Hari ini syraikat Radicare (M) Sdn Bhd yang pemegang saham terbesarnya Datuk Ahmad Nazri Abdullah telah ditawarkan kontrak jutaan ringgit di UAE.

DUBAI, 10 Feb (Bernama) -- Penyedia pengurusan kemudahan bersepadu Radicare (M) Sdn Bhd berharap dapat memperoleh kontrak perkhidmatan tiga tahun bernilai hampir 100 juta dirham (RM93.4 juta) melibatkan kemudahan kesihatan tentera di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Penerokaan Radicare di Timur Tengah diterajui oleh anak syarikatnya Modern Technology Ltd.
"Ia adalah sebuah kontrak yang besar bernilai kira-kira 33 juta dirham setahun bagi 24 kemudahan seumpama itu di seluruh UAE," kata Pengurus Besar Modern Technology Zuhairi Yusoff kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini di sini.
"Kami diberitahu oleh pihak berkuasa terbabit bahawa kami merupakan pembida terendah tetapi dengan keupayaan teknologi yang baik," katanya.


Modern Technology merupakan satu daripada syarikat yang dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyertai pameran Arab Health 2010 pada akhir bulan lepas.


Zuhairi berkata Radicare juga menyasar kontrak yang sama di negara-negara seperti Lebanon, Libya dan Arab Saudi.
Penerokaan pertama Radicare ke pasaran Timur Tengah bermula pada 2008 apabila Modern Technology dilantik untuk menyenggara beberapa kemudahan di bawah Ras Al Khaimah Medical Zone.
Setahun kemudiaannya, ia memperoleh satu lagi kontrak daripada Kementerian Kesihatan UAE merangkumi pusat penjagaan kesihatan yang terletak di Dubai Medical District.


Modern Technology yang menawarkan kebanyakannya perkhidmatan penyenggaraan kejuruteraan bioperubatan juga terlibat dalam sektor penjagaan kesihatan swasta di Dubai dan Sharjah.


Radicare, anggota kumpulan syarikat Realmild menawarkan perkhidmatan dalam pengurusan sisa klinikal, perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan linen dan dobi, penyenggaraan kejuruteraan kemudahan serta perkhidmatan penyenggaraan kejuruteraan bioperubatan. -- BERNAMA