29 October, 2012

POLITIK BERUK, KELI DAN MOKTAN DI KEDAH

Ustaz Azizan dengan nada perli mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang seperti beruk yang sedang ‘acan main’ di atas pokok jermai apabila beliau gagal menjawab beberapa desakan Tan supaya rakyat Kedah mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang kegagalan pentadbiran Kerajaan PAS di Kedah.

Pentadbiran PAS gagal dalam serba serbi projek berorientasikan rakyat di Kedah. Projek usahasama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya tinggal sangkar.

Projek ikan keli, Keli-K di Sungai Pau, Sik dan projek mengetin buah rambutan (moktan) juga gagal lebih indah khabar dari rupa. Semua projek-projek mereka hanya sekadar menggelikan rakyat yang akhirnya masuk angin keluar asap.

Mereka tidak mempunyai rantaian kepakaran atau ‘know how’ kerana selama ini pun mereka hanya pandai bersyarah atau ‘only know talk but no action’.

Nampaknya jika PAS terus memerintah Kedah, rakyat Kedah akan berkesudahan seperti ikan Keli dalam kolam mengelupur dalam kelebur tanpa air dan makanan. Beruk di atas pokok jermai pun boleh cirit asyik makan buah jermai dan rambutan akan lebam lasu luruh di bawah pokok. 

Hari ini Pakatan Rakyat di Kedah ibarat ‘kata periuk belanga hitam’.