05 September, 2009

Merbok dalam sejarah Bahagian 7 : Daim Merbok, Merbok Daim

Masjid Tanjung Dawai

Daim pada tahun 1999 semasa penamaan calun dan tahun terakhir beliau bertanding

Jambatan Semeling

Hospital Sultan Abdul Halim

Yayasan Pok Rafeah sempena nama ibu Daim

Daim menjejak kaki ke kawasan Merbok hanya sebagai Senator pada tahun 1982. Walaupun Daim anak Kedah yang berasal dari Seberang Perak, Alor Setar, seperti yang dinyatakan sebelum ini kemasukan Daim tidak diterima sepenuhnya oleh kepimpinan bahagian pada ketika itu iaitu Datuk Zanol Abidin Johari.

Daim diperejek-ejek dan diperkatunkan oleh sesetengah ajk-ajk bahagian pada ketika itu kerana sifat Daim yang simple, santai, diam, hanya bercapar dan fizikal tubuh yang kecil molek.

Banyak usaha-usaha dan aktiviti Daim untuk mendekati dan bermesra dengan rakyat di dalam kawasan Merbok diboikot dan disabotaj.

Walaubagaimanapun selepas Daim menang dalam pilihanraya pada tahun 1982 sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984 mereka yang dahulunya memperkatunkan Daim adalah orang yang pertama sekali merapati Daim dan mencium tangan Daim.

Itulah sifat Melayu UMNO Merbok apabila ada kuasa ada kawan. "No money no talk. Got money we talk".

Sepanjang perkhidmatan Daim di kawasan Merbok banyak pembangunan telah di bawa ke kawasan Merbok.

Ianya seperti lebuhraya Eastern Bypass, Hospital Sultan Abdul Halim, UiTM Merbok, Jambatan Semeling, MRSM, Masjid Tanjung Dawai, PERWAJA, Petronas Fertilizer Gurun dan beberapa projek-projek kecil kampung , dewan-dewan, surau-surau dan jalan-jalan kampung.

Memandangkan Daim sebagai Menteri Kewangan yang ”high profile” dan yang sangat dhormati pada ketika itu secara tidak langsung rakyat-rakyat yang di dalam kawasan Merbok juga berbangga menjadi pengundi dalam kawasan Daim.

Mereka tidak segan-segan malah berbangga apabila memperkenalkan diri mereka dari kawasan Daim semasa Perhimpunan Agung UMNO dan di mana-mana acara resmi Kebangsaan.

Sebut sahaja Daim yang pasti ada susulan Merbok. Sebut sahaja Merbok yang pasti ada susulan Daim. Begitulah hebat sekali aura pemimpin pada ketika itu.

Hari ini semuanya tinggal sejarah. Integriti pemimpin yang ada di Merbok hari ini langsung tidak dapat mewarisi Daim walaupun satu persen, malah dicebik mulut dan hampir-hampir diludah.

Ketua Bahagian dicadangkan turun bersahur dan berbuka di rumah rakyat miskin

(sumber - aduntgdawai.blogspot.com)

Tindakan dan aktiviti rakyat yang telah dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan membuat kejutan bersahur dan beramah mesra dengan penduduk di Kampung Penarik, dikira sangat menyentuh perasaan rakyat.

Selepas bersahur pukul 4.30 pagi dengan keluarga angkat, Esah Mohd, 78, beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengerjakan solat bersama barisan kepimpinan UMNO dan penduduk setempat di Masjid Kampung Penarik.

Tindakan yang sama juga dilakukan oleh Adun Tanjung Dawai, Dr Hamdan Khalib dalam program ”Berbuka Puasa Bersamamu” di mana beliau juga turun berbuka puasa di rumah rakyat miskin, Din Bakar.

MT ingin cadangkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain bersama SUB Bahagian dan beberapa kerat penyokong tegar beliau untuk mengambil pendekatan yang sama, turun bersama berbuka dan bersahur bersama rakyat. Kemungkinan ini dapat dilakukan seminggu sekali kalaupun tidak mampu dilakukan hari-hari jika ia menyusahkan.

Tetapi tuan rumah harus dimaklumkan terlebih dahulu takut-takut mereka tidak bersedia. Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum untuk tuan rumah sediakan menu tamban tegeliat, telur asin, toyu atau kicap dan sayur pucuk.

Jika ini dapat dilakukan pengundi akan sayang kepada UMNO. Ketua bahagian tidak akan dicapkan hanya berbuka dan bersahur di hotel lima bintang bersama pemimpin atasan untuk melobi projek atau melobi jawatan Senator.

Jika program ini telah ada dalam perancangan, sila emailkan pada MT untuk disiarkan dalam blog ini.