29 August, 2009

PBTM Cadang Bekas Tentera Diberi Sumbangan Raya

KOTA BAHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) hari ini mencadangkan supaya pesara tentera yang berusia lebih 70 tahun diberi sumbangan hari raya sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Presidennya, Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata walaupun kerajaan telah menyalurkan pelbagai sumbangan kepada golongan terbabit tetapi hanya melibatkan kumpulan cacat dan kurang upaya tetapi tidak kepada golongan yang sihat.

"Kita minta semua diberi, tanpa mengira mereka itu cacat anggota, kurang berada atau yang berada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan balu pesara tentera di sini, Sabtu.

Mohamad berkata kerajaan mempunyai peruntukan untuk menyalurkan bantuan seumpama itu kepada golongan terbabit yang bilangan mereka tidak ramai iaitu tidak sampai 2,000 pesara di seluruh negara.
-- BERNAMA

1 comment:

  1. Kalau orang macam mej anuar tak payah bagi la.Buat habiskan beras saja. Bagi kat cot KK ada jugaa faedah.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.