22 August, 2011

Umur 16 tahun sudah pandai berkhalwat

LANGKAWI: Dua pasangan di bawah umur telah ditahan di sebuah hotel di sini baru-baru ini kerana didakwa berkhalwat.

Pasangan yang berusia 16 tahun di tangkap di dalam bilik sebuah hotel pada jam 03:45 pagi hari Jumaat berdekatan pejabat Jabatan Agama Islam Langkawi.

Pegawai penyiasat Muhammad Hidayat Halim berkata kedua kanak-kanak lelaki masih bersekolah di tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di sini manakala dua kanak-kanak perempuan tersebut adalah pelajar tercicir.

"Mereka pada mulanya mendakwa menunggu untuk bersahur tetapi kemudian mengakui bahawa mereka telah mengadakan hubungan seks," katanya.
(sumber NST)

1 comment:

  1. Tahniah pada pegawai Pejabat Agama Langkawi.Lipat gandakan lagi pencegahan maksiat di Pulau Langlawi.Umat Islam berhadapan dengan macam-macam gejala yg menjadi ancama besar:

    1.akhlak
    2.murtad
    3.dadah
    4.maksiat
    5.tak amanah
    6.rasuah
    7.salah guna kuasa.

    Diharap semua NGO Islam dan Melayu terus memberi kerjasama pada pencegahan ini.
    Kemana perginya kedua emak bapa remaja berkenaan.Adakah emak bapa tak ,ambil perduli pergerakan anak-anak mereka.Kalau boleh cuba siasat tengok bagaimana latar belakang keluarga mereka.Di sini kita dapat sedikit sebanyak petunjuk awal.

    Hamba Allah

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.