05 December, 2010

4penyakit yang dibangkit DS Najib ada di Merbok

Di dalam Konvensyen Barisan Nasional 2010 hari ini DS Najib telah membangkitkan 4 penyakit yang ada di dalam sesebuah parti yang apabila telah lama memerintah. Empat penyakit tersebut ialah :

1) Delusion atau khayal dengan kekuasaan dimana mereka merasakan kuasa yang berada dalam tangan akan kekal selama-lamanya.

2) Amnesia atau lupa segala jasa dan janji-janji yang telah dibuat. Lupa kepada rakyat. Rakyat ditipu.

3) Inertia atau tidak terbukadengan teguran. Meraka yang menegur akan dilabel sebagai penentang dan dihukum. Segala peruntukan disekat dan suara teguran tidak diseimbangkan sebagai suara membina untuk “correctional effort” tetapi lebih diperibadikan.

4) Arrogant atau angkuh dimana apabila berkuasa hidung semakin tinggi dan apabila di dalam sesuatu majlis namanya terlupa disebut atau ucapannya diletak pada aturcara yang terakhir pemimpin ini akan menyinga, berang dan marah.

Inilah sikap-sikap yang ada di dalam pemimpin UMNO Merbok hari ini. Lanjutan dari itu beliau tidak layak untuk dicalunkan semula sebagai baik calun ADUN atau Parlimen.

Pengundi-pengundi Merbok seharusnya berterima kasih pada DS Najib kerana telah sedar akan hal ini.

“SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE”

7 comments:

  1. Awak suka ??? Aku lagi sukaaaaa la !

    ReplyDelete
  2. Saya rasa di Merbok tu bukan sahaja ada 4 perkara tetapi 10 perkara kalau dikaji secara mendalam.
    Pengundi bukan tidak mahu pada UMNO tetapi mereka tidak mahu pada Ketua UMNO itu.
    Semoga dibuat perubahan secara baik, tarik rambut dalam tepung supaya tepung tidak berselerak.

    Ikhlas,
    Anak Jati.

    ReplyDelete
  3. MT,
    Ambo ingat biarlah Merbok ni dikekal kepada PAS sepenggal lagi kerana kita beri peluang untuk UMNO berubah dulu. Bla dah berubah baru kita kasi balik pada UMNO.

    ReplyDelete
  4. Dr,
    PAS pun bukan sempurna sangat, rakyat cinta kepada UMNNO yang sebenarnya tetapi benci kepada pemimpinnya yang korup.

    ReplyDelete
  5. Si Tajul ini perosak ,perompak, penting diri dan sombong ....

    Anak jati wakil pengundi baru

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.