Perkasa sebuah NGO yang berpengaruh dan bertaring memperjuangkan hak-hak Melayu seringkali disalah anggap sebagai sebuah NGO yang rasis. Perjuangan dan pendekatan yang mereka ambil sebenarnya diasaskan oleh UMNO di awal perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu dan pembentukan Negara Malaysia sehingga memartabatkan bangsa Melayu dan Islam Negara ini.
Walaubagaimanapun sejak PRU12 pada 2008 yang lepas senario politik Negara telah berubah apabila UMNO dilihat tidak bertaring lagi untuk memperjuangkan hak-hak Melayu.
UMNO seperti melukut ditepi gantang memohon simpati dari kaum lain untuk mengekalkan hak-hak Melayu dan Islam dalam negara ini.
Menyedari ruang dan rongga di mana UMNO gagal, beberapa individu Melayu yang pada mulanya dilihat hanya golongan terpinggir telah bersatu mengambil inisiatif menubuhkan Perkasa. Pertubuhan yang “low profile” ini telah membiak begitu cepat sehingga ternyata menggugat pengaruh UMNO.
Apabila menyedari kebangkitan Melayu yang drastik melalui Perkasa terdapat bibit-bibit dan usaha untuk menghakis pengaruh ini. Baru-baru ini Pengerusi Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor telah dipecat dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok.
Syed Osman, bekas Setiausaha Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin di bahagian Merbok dilihat lebih berpengaruh di akar umbi telah menjadi ancaman kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok yang sedang gigih berusaha melobi diri sendiri untuk dicalunkan kali kedua sebagai calun Parlimen Merbok di dalam PRU13 yang dijangka tidak beberapa hari lagi menurut ramalan nujum Pak Belalang.
Sebenarnya tindakan-tindakan sebegini dilihat sebagai tidak bijak dan waras di dalam usaha untuk menyatukan kaum Melayu khasnya untuk mengembalikan keyakinan kaum Melayu pepecahan dalaman harus dielak samasekali. Melayu akar umbi tidak harus menjadi mangsa pemimpin yang mementingkan diri sendiri.
Pemimpin yang bijak harus merapatkan jurang perpecahan, yang retak diperbaiki ,yang ada dikemaskini dan yang jauh dirapati, menepati hasrat Perdana Menteri seperti di dalam ucapan penggulungan beliau di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Memang tindakan yang tidak bijak. Perkasa secara tidak langsung mempunyai keahlian daripada Melayu UMNO, PAS dan Melayu PKR. Andai kata dipecat bermakna undi Melayu UMNO sudah tentu hilang. Jangan kira tentang undi Melayu PAS dan Melayu PKR.
ReplyDeleteMemang benar jika dikatakan bilangan ahli UMNO lebih banyak daripada ahli PERKASA di bahagian ini ; tetapi awas akan pengaruh pertubuhan ini. Jika sentimen kegagalan UMNO memperjuang hak orang Melayu secara serious dan jujur dibesar-besarkan, percayalah ramai Melayu atas pagar , mungkin juga ahli-ahli parti, akan ketepikan UMNO. Hormat dan percaya kepada PERKASA sebagai pejuang tulen akan lebih meningkat dan ini akan menghakis sokongan orang Melayu kepada UMNO secara drastik.
ReplyDeleteAmat tidak bijak menunjuk kemarahan kepada pemimpin PERKASA, baik kepada Yang Di Pertua Negeri atau Pengerusi-Pengerusi Daerah. Rasanya PERKASA seperti ditegas oleh Tun Dr Mahathir dalam artikelnya 'PERKASA dan Saya' tidak memusuhi UMNO. Malah dibayangkan sokongan tetap akan diberi kepada parti pemerintah ini. Akan tetapi sokongan kepada parti TIDAK SEMESTINYA mencermin sokongan kepada pemimpin tertentu. Perbezaan ini perlu difahami oleh semua pihak terutama oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. Benci kepada seseorang pemimpin tidak bererti meluat kepada parti !!!
Terpulang kepada pucuk pimpinan atasan untuk menilai dan memilih calon yang benar-benar boleh diterima oleh pengundi ; bukan hanya calon yang disokong dan ditatang serta diampu oleh ahli parti sahaja.
Yang kami diberitahu ialah beliau tidak dipecat tetapi telah menarik diri sebagai AJK Bahagian secara sukarela. Kerana tugas yang berat sebagai Yang Di Pertua Negeri dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Malaysia, beliau memilih untuk berundur dari bahagian. Tak mengapalah. Kami berharap Perkasa dapat bekerjasama dengan kami dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang. kerjasama ini penting. Soal individu kita letak tepi dulu. Kami setuju parti tak dapat keuntungan jika berbalah dengan ngo-ngo lebih-lebih lagi bila berdepan dengan pilihanraya. lebih bahaya lagi bila ada pihak yang mahu ambil kesempatan bila wujud perbalahan antara parti dan ngo ini. Bukan semua yang betul sangat. baik dari NGO maupun dari parti. Buang mereka ini dahulu sebelum mereka merosak kerjasama dan perpaduan. Wallahuwaalam !
ReplyDeleteKumpulan Bestari.
Waduh!! Kenapa masih dilemparkan fitnah sebegini!! Aku heran dengan author isu ini. Nggak takut dosa kah? Yg benarnya, aku berada di mesyuarat di Cinta Sayang baru2 ni. Di mana Ketua Bahagian telah adakan tele-conference bersama Syed Osman. Sambil disaksikan oleh AJK Bahagian yg lainnya, Syed umumkan pengunduran diri secara sukarela. Secara "Live" pulak tu. Pendekatan ini samalah ketika si suami bisa melafazkan talak, yg mestinya pasti ada saksi, ya. Aku memuji Ketua Bahagian yg mengambil pendekatan yg sama seperti Mahkamah Syariah dlm kes ini. Syabas Ketua Bahagian!! Teruskan berbakti kpd rakyat! Jgn dipedulikan mereka2 ini yg kepingin bangat menduduki kerusimu.. Mereka2 ini masih lagi bergelumang fitnah dan caci. Mereka bisa lupa Yg Maha Esa...
ReplyDeleteRECYCLE LEBIH BAIK DARI "PAKAI-BUANG"!!
ReplyDeleteSaya sendiri bertanya kepada Syed Osman. Tidak ada live pun dari Ketua Bahagian Merbok bersama AJK Bahagian. Beliau memaklumkan bahawa Ketua Bahagian Merbok telah menelefon beliau dan bertanya :
ReplyDeleteTajul : Betulkah Pak Tuan nak lewak Jawatan?
SO : siapa yg cakap?
Tajul : Hashim Penerangan
SO : Hashim...Saya dah lama tak jumpa atau bercakap dengan Hashim, macam mana pula dia boleh cakap macam tu
tanpa detail explaination dari SO terus Tajul kata Saya setuju SO berundur.
Kalau dia sukarela letak jawatan, mana surat perletakan jawatan beliau. Kalau ada tolong tunjuk bukti yang SO sukarela berundur.
Anom 11.28,
ReplyDeleteAku takmahu menyebelahi mana-mana pihak. Aku mengenali kedua-dua pemimpin ini.Semua dalam Bahagian amat tahu Datuk Tajul berperangai seperti kacang lupakan kulit.
Semasa dia mahu pertolongan kita apa pun sanggup dikorbankan. Bila dah dapat apa yang dimahu kita ditinggalkan. Lupa daratan.
Aku kenal juga Syed Osman yang gentleman tidak ada musuh dan berkhidmat lama dengan bahagian Merbok.
Kesimpulannya Datuk Tajul tidak boleh dipercayai bergaduh dengan semua orang.
Dari Datuk jadi Menteri Besar baik Ustaz Azizan pula.
AJK Merbok memang kaki fitnah dan kaki menipu. Hidup mereka di habiskan dengan menipu orang. Ketua Bahagian pulak memang buat kerja tetapi untuk diri sendiri. Bukan buat kerja untuk BN tapi untuk lekat sebagai calon. Kalaulah nama dia tak lekat, dia akan mengamuk seperti PRU yang lepas. Kita tengok sekarang ini, walaupun pernah bertanding semasa PRU 12, dan kalah tetapi sikap dia masih sombong, suka bangsa diri dan cakap besar. Bah kata orang-orang di Merbok ini kalah pun sombong, kalau menang lagilah sombong. Lebih baik pilih calon lain. Biar ketua bahagian jaga UMNO sahaja. Calon Adun dan Parlimen bagi kat orang lain yang layak dan tidak sombong.
ReplyDeletesemua dah tau yang Syed adalah dari golongan yg frust dlm UMNO. beliau dpt peluang ke2 utk buktikan keikhlasan dlm perjuangan. tapi, tetap hancur apabila dia menghalakan perjuangan Perkasa ke arah menghancurkan UMNO Bhgn sendiri. masa dia & kroninya "berkuasa" dulu, depa x mau buat. TAPI, bila Dato' Tajul dah buat terutama dlm usaha mendekati rakyat, dia pulak bangkang!! peluang mcm mana lagi nak bagi kat Syed ni. sampai skandal dia ngan Puteri pun masih org bercakap sampai hari ni. BERSIH SANGAT KAH SYED NI?? rambut pun dah dikalerkan agak sama merah ngan puteri. come on, syed. let's back on track. stop the nonsense!!
ReplyDeleteMaaf Pak Tuan. Kami bukan bersekongkol dgn 'hero purba'. Komen kami lebih berasas dan tidak hentam keromo. jauh sekali nak buat cerita dan fitnah mcm 'hero purba'. Ya, memang kami penyokong Datuk Tajul. Kami juga tau Pak Tuan Syed juga tidak akan khianati UMNO. Tanya org UMNO di Merbok, semua mengaku sdr banyak berjasa kpd Bahagian terutama semasa menjadi Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan. Tak kiralah dlm UMNO ke, dlm Perkasa ke; asalkan dok berjuang utk org Melayu sudah memadai. Teruskan perjuangan Perkasa bersama dgn UMNO. Habis cerita.
ReplyDeleteTentang fitnah skandal tu, rasanya depa silap orang kot. Kita tau siapa yg sebenarnya. Kami pun malu dok tengok geng kami sendiri berskandal dgn rambut perang. Mujurlah dah stop ; tapi jgn mula dgn orang lain pula. Patut juga lihat gelagat seorang Ketua Pemuda Cawangan. Sorang ni pun hebat juga.Sorang Ketua Cawanagan pun baru dok belajar nak main gatal. Dato Ketua Bahagian kena sekat gejala ni sebelum dia menjadi wabak.
Kumpulan Bestari