13 November, 2010

Najib tidak harus tunduk atas desakan, 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara

Najib tidak seharusnya tunduk dengan desakan sesetengah pihak untuk mewartakan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara seperti 12 July Hari Keharmonian Kaum yang diraikan di Singapura.

Hakikatnya kekuatan dan keberanian Lee Kuan Yew tidak sama dengan kekuatan dan keberanian Najib. Jika 13 Mei hendak diwartakan sebagai Hari Muhibbah Tun M sudah lama lakukannya.

The start of the July riot on the Muslim prophet Muhammad's birthday that would later injure hundreds and kill 23 people.
12 July yang diraikan di Singapura adalah usaha-usaha memesongkan sejarah pembentukan Negara itu sendiri. Rusuhan Melayu-Cina yang berlaku di Singapura pada 12 July 1964 secara kebetulan Hari Maulud Nabi sebaik sahaja Lee Kuan Yew habis bermain golf di Royal Singapore Golf Club.

Lee Kuan Yew telah menyalahkan Utusan kerana menghasut seperti tajuk berita pada 26 Julai yang disiarkan dari laporan akhbar Indonesia “Lee bertanggung jawab terhadap rusuhan Singapura”.

LKY naik angin apabila Syed Jaafar Albar berkata bahawa kejadian itu berlaku kerana ada iblis di Singapura yang melagakan orang Melayu dan Cina. Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar dituduh mengapi-apikan perasaan orang Melayu.

UMNO dipersalahkan kerana meniupkan api perkauman dan kononnya ingin mendapatkan pengaruh politik serta mempergunakan Melayu Singapura untuk menguatkan sokongan UMNO di Malaya.( Lihat Memoir LKY, Kisah Singapura)

Rentetan dari peristiwa ini maka 12 July harus diraikan sebagai Hari Keharmonian Kaum supaya rakyat Singapura sentiasa diingat-ingatkan atau ditakut-takut agar menjauhkan diri dari UMNO dan Melayu Malaysia kerana mereka rasis dan suka kekacauan.

Matlamat utama ialah rakyat Singapura khasnya Melayu juga harus dipisahkan “kiblat” mereka kepada Malaya atau Malaysia. Itulah sebenarnya Hari Perpaduan Kaum tujuan LKY.

Cadangan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara yang sebenarnya sudah terlambat kerana suasana politik hari ini berbeza samasekali. 13 Mei amat menakutkan kaum Cina kerana mereka melihat hari itu “banyak suey looooo…” angka 13 “tatak ong…” “unlucky number maaaaa…”.

2 comments:

  1. Tuan Blogger,
    Very interesting articles. Mohon keizinan to post to my blog.
    MR

    ReplyDelete
  2. Kenapa Najib perlu takut untuk mengisytiharkan 13 mei sebagai Hari Perpaduan atau Hari Muhibbah kerana ia akan mengingatkan genarasi masa depan negara bahawa pada hari tersebut berlakunya satu malapetaka rusuhan kaum yang diakibatkan fahaman ekstrim sesuatu kaum. Jadi rakyat perlu mengambil dan mengingati tarikh tersebut sebagai pengajaran agar jangan cuba mengulangi pekara yang sama. Sejarah perlu diingati dan dijadikan panduan. Kenapa DAP takut sangat dengan cadangan tersebut ???

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.