22 November, 2010

Awas jangan percaya kepada Feng shui master, nanti syirik

Di dalam akhbar The Star (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/22/nation/7476088&sec=nation) hari ini Feng shui master Prof David Koh meramalkan bahawa pilihanraya umum akan berlangsung sebelum Mei dan wanita-wanita muda dan berkuasa akan lebih kehadapan dalam politik.

Apa yang menarik menurut ramalan beliau akan terdapat ramai ahli politik yang berlakon baik atau hippokrate di hadapan pemimpin mereka disebaliknya mereka ada agenda peribadi.

Walauapapun jangan percaya sangat ramalan-ramalan Feng Shui Master ini kerana sebagai orang Islam kita hanya bersandarkan kepada kekuasaan Allah SWT sahaja.

Malah jika terdapat pemimpin yang hippokrate seperti kenyataan beliau itu ianya hanyalah kebetulan sahaja dan memang tanpa ramalan beliau pun pemimpin tersebut telah wujud dalam PRU12 yang lepas.

1 comment:

  1. Entahla...yang dok mai kot telinga pakteh ni terngiang-ngiang dok kata April 2010.
    Pusing kiri kata April, pusing kanan kata April. Master feng sui ni plak kata seblom Mei, maknanya April boleh diambil kira.
    Sebenarnya kita semua boleh membuat ramalan sahaja namun kuasa masih ditangan Najib dan ketentuan Allah SWT.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.