Kenyataan terkini Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahwa Najib akan buat beberapa kejutan dan perubahan di dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada 28 November ini.
Kejutan ini selaras dengan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Apa juga kejutan dan “surprise” Najib harus pastikan dalaman UMNO dipulihkan dahulu sebelum mengumumkan tarikh PRU13.
Ramai ketua UMNO Bahagian di Kedah dah geli-gelaman macam dikerumit cacing kerawit, ragas-meragas untuk menonjolkan diri masing-masing agar dipilih sebagai calun.
Menurut maklumat bukan setakat DS Najib sahaja mereka melobi tetapi sampai kepada wanita pertaman negara DS Rosmah Mansor pun dipergunakan juga untuk mencapai matlamat mereka.
Pendek kata apa juga cara menjadi halal asalkan matlamat mereka tercapai waima Tok Bomo, Tok Dukun atau dengan mengamalkan amalan syirik dengan memasang tangkal.
Jika DS Najib betul-betul menterjemahkan konsepnya “RAKYAT DIUTAMAKAN” maka seharusnya beliau meletakkan calun yang diterima oleh rakyat bukannnya calun yang diterima oleh UMNO.
Ketua Bahagian UMNO bukannya tiket express atau jalan pintas menjadi calun. Tambahan lagi mereka yang pernah kecundang dalam PRU12 yang lepas. Rakyat masih tidak lupa, selut dan lumpur masih belutin di badan dan mereka seharusnya disamak dahulu dan dimandi bunga.
Tunggul-tunggul gerigis yang ditinggalkan mereka bukan sahaja menyiksakan rakyat, UMNO malah parti lawan juga.
Kuncu-kuncu bangkrap Tajul ni pantang ditegur, depa nak main isu pribadi. Depa tak tau Tajul tu lebih teruk.
ReplyDeleteAJK Bahagian merbok sekarang samada pemuda ,wanita atau puteri merupakan satu species yang cukup istimewa,mereka cukup suka bergaduh sesama sendiri ,maki hamun ,pukul memukul ,tendang menendang merupakan perkara biasa bagi mereka.Tahun ini sahaja telah ada 3 kes pergaduhan diantara mereka dan satu daripadanya telah membuat laporan polis di IPD Sungai Petani.
ReplyDeleteYang maha berkuasa Ketua Bahagian tidak ambil sebarang tindakan keatas kaki kaki pukul didalam Bahagian dan mungkin beliau merestuinya.