Tindakan Zaid Ibrahim menghalau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali keluar dari PKR adalah tindakan yang tidak mengenang budi. Zaid yang diberi tempat oleh Anwar Ibrahim selepas merajuk dari UMNO dan diletakkan sebagai calun harapan PKR dalam PRK Hulu Selangor ternyata begitu angkuh dan bersungguh-sungguh mahu membangsatkan Anwar Ibrahim.
Rakyat dapat melihat suasana pelakon-pelakon politik negara ini hebat-hebat belaka. Hari ini berkawan berganding tangan, bertepuk sorak tiba-tiba besoknya menjadi lawan dan maki-memaki sesama ahli.
Bila suka semuanya indah, lambung-melambung sehingga naik asap. Kentut pun wangi dan ketiak masam pun harum baunya.
Bila sudah bermusuh dan meletak jawatan dalam parti mula lah hentam-menghentam dan segala yang di dalm kain dan seluar dalam pun dipunggah sehingga mengaibkan pemimpin agung mereka.
Di dalam politik hari ini tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang kekal, semuanya berkepentingan mengejar kuasa, mabuk dan tamak haloba.
Rakyat dibohongi melalui ceramah dan pidato bersemangat dengan fitnah durjana. Anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan masyarakat terpengaruh dan emosi mereka dibakar seperti api matahari yang bergelegak.
Zaid Ibrahim seharusnya sedar bahawa beliau sekarng berada di dalam rumah orang, mana mungkin menghalau tuan rumahnya keluar sehelai sepinggang. Beliau memasuki PKR parti yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim seharusnya menghormati pengasas parti tersebut.
Apakah Zaid Ibrahim sedang bermain sandiwara politik dimana di belakang beliau masih ada taikor yang besar?
No comments:
Post a Comment
(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.