15 February, 2011

DS Najib 'endorsed' supaya Jamil Khir kekal Ketua Penerangan UMNO Kedah

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Kedah akan dirombak bagi mengukuh dan memantapkan lagi badan itu berikutan pelantikan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi yang baru.

Ketika mengesahkan rombakan kecil itu, Ahmad Bashah berkata Mukhriz akan melepaskan jawatan bendahari Umno Kedah pada mesyuarat kali kedua badan itu disini Sabtu ini.

Jawatan Ketua Penerangan yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jawatan Datuk Othman Aziz sebagai setiausaha kerja dijangka tidak berubah.

Bagaimanapun setiausaha Datuk Ir Nawawi Ahmad dijangka dilantik sebagai bendahari yang baru menggantikan tempat Mukhriz dan tempatnya dijangka diisi oleh muka baru.

Ahmad Bashah dilantik menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala Mukhriz mengambil tempat Ahmad Bashah berkuatkuasa 1 Januari lepas.

"Saya telah membincangkan perubahan itu dengan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa perjumpaan dengan ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

"Kita mengambil pandangan Presiden. Saya fikir semua ketua-ketua bahagian telah faham kehendak beliau...tunggulah Saya akan umum perubahan tersebut Sabtu ini," kata Ahmad Bashah.

Katanya mesyuarat Sabtu ini juga akan membincangkan secara mendalam pesanan Presiden Umno yang antaranya membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengemaskan jentera parti.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih majoriti lebih besar berdasarkan sikap pengundi sejak Najib menerajui kerajaan.

"Kepercayaan rakyat terhadap Najib juga boleh dilihat dengan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN secara umum dan khususnya di Kedah. Kepercayaan rakyat inidapat dilihat melalui ucapan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum selain mereka lebihrapat dengan BN masa kini," katanya. - BERNAMA

7 comments:

  1. Dato Bashah.UMNO Kedah kerja susun semula je la.Pilihanraya dah dekat.Bila komen negeri Melaka menag besar di Merlimau.Apa kata kalau pilihanraya kecil di Kedah.Menang besar juga ke.

    ReplyDelete
  2. sibuk komen pasal kerja orang lain..
    inilah dia pemimpin pengampu...
    cakap sikit ampu najib...
    rakyat percaya pada najib...
    yang rakyat kedah ni betul2 ke percaya pada belukang arus yang ada dalam bahagian2 kedah sekarang.
    tak payah nak sibuk pasal negeri2 lain..tumpu saja pada kedah...
    tungging dan lihat bawah kangkang sendiri dulu la...
    jangan sebuk pasal telor orang..
    apa yang mahadir khalid buat sekarang?
    apa rancangan beliau?..
    syeb sobri oii....lena lagi ka..
    takat mai makan kenuri dan salam sana sini...jangan mimpi nak menang.
    rakyat tak pandang kain batik dan kain pelikat la ni.

    din pdg nyior,kola nerang

    ReplyDelete
  3. Di Padang Serai isu panas Ketua Bahgaian kena liwat.Manakala Naib Ketua kena cekup khalwat.Riuh rendah sana sini.Aku pun malu dengan umno hari ini.Macam mana nak menang pilihanraya.Kalau dah pemimpin jadi kotor.

    ReplyDelete
  4. Dato Bashah kena tingkatkan keyakinan orang terhadap kepimpinan nya.Dato Bashah dilihat terlalu moyok dimata rakyat Kedah.Ini tambah pemimpin UMNO bahagian sebagai pemimpin yang tak ada kelas seperti pemimpin terdahulu.Ketua bahagian umpamanya tak matamg dalam politik .Mereka lebih kepada projek drp menguatkan umno.Program politik amat kurang berada diparas bahaya.Kenapa UMNO banyak sanagat majlis beri bantuan.Apakah makna kata dikedah ramai orang miskin walau pun merdeka 53 tahun.Paling menarik yg terima bantuan tu orang umno yang terbanyak. drp orang lain.Ertnya pemimpin umno jadi kaya.Ahli umno masih susah menderita hingga terpaksa terima bantuan macam di Afrika Tengah.Sudah lah UMNO kena buat perubahan yg smart kini.Bukan cara 50an atau 60 an.Isu dia ialah soal rasuah,penyelewengan,salah guna kuasa,keselamatam,kenaikan harga barang,sdbnya.UMNO jawablah isu ini yg dimain oleh pembangkang.Yang jelas semua Ketua Bahagian lemah dan tak mampu berdepan dengan pembangkanag.Dimana kehebatan mereka kita pun tak tahu.Sayap-saya umno dah lumpoh.Pemuda dah jadi pondan.Wanita dah jadi nenak kebayan.Puteri dah jadi dayang-dayang dirimba.Dato Bashah kena ketuk kepala atau luku semua ketua bahagian yg dungu dan banyak prblem termasuk ketua sayap-sayap yang terbang rendah kerana sayap nya patah.Pemimipin perlu ada kelas dari segi pendidikan,kerjaya,perwatakan.Harap kereta sahaja berhaya.Kerja pada umno tak macam mana pun.Itulah nasib yang sedang menimpa umno di kedah.

    ReplyDelete
  5. Mat Perlis
    Aduhai UMNO! Sebenarnya ahli sahaja yng ada risau. Pemimpin steady ja, mana ada susah.
    Baru2 ni sewaktu raya cina, pemimpin kanan dari salah satu bahagian di Kedah juga pernah berbahas dlm perhimpunan yang lalu CUTI-CUTI Malaysia dengan kekasih/gelpren. Guna kereta lain mungkin orang tak kenal, tapi nampak juga...PERDANA plat R.......
    Kesian kat UMNO.

    Mat Perlis

    ReplyDelete
  6. titi panjang,

    betui ka si Bakri Naib ketua bahagian Padang Serai kena cekup kes khalwat??? kesian dia...tapi Bakri ni memang hero bunga...dia kerap bawa pompuan dgn wira biru dia masuk Danok..aku nampak banyk kali dah...

    karim jais

    ReplyDelete
  7. Karim Jais , Titi Panjang & Mat Perlis,
    Jika betul kenyataan and semua, mereka2 ini adalah bakal penyumbang kekalahan pru nanti. Hebat mereka menundukan kaum hawa. Adakah mendapat undi nnti mereka hebat juga?
    Jika tak betui? Harap yg berasa nk buat hentikan cita2 itu. Hanya Umno mampu tolong Melayu.
    Lee JT@Jerung Tapai

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.