30 December, 2010

Ustaz Azizan akan bangunkan Pulau Tuba

Visual dari Perpustakaan Awam Pualu Tuba
LANGKAWI - Kerajaan Kedah bercadang membangunkan Pulau Tuba di sini, sebagai pulau ilmu yang dapat memberi manfaat kepada golongan muda.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sehubungan itu sebuah sekolah tahfiz dan sains akan dibina di pulau tersebut.

Jabatan Agama Islam negeri dan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Kedah akan menyediakan kertas kerja yang akan dibentang kepada kerajaan negeri, katanya pada sidang media selepas lawatanya di sini semalam.

Azizan berkata, sebuah pertubuhan telah bersetuju untuk mewakafkan sebidang tanah seluas 1.6 hektar bagi pembinaan sekolah itu.

Pembinaan sekolah ini juga adalah bagi memenuhi permintaan penduduk setempat, katanya.

Selain itu, Azizan berkata, kerajaan negeri juga bercadang menaik taraf jeti di pulau tersebut selain menyediakan kemudahan chalet apabila sekolah berkenaan siap. - Bernama

1 comment:

  1. cuba perhati elok2, selain kenyataan beliau "tak tau tak tau tak tau", dya selalu guna perkataan "bercadang". Selepas piliharanya 2008, dya "bercadang" nak buat litar lumba untuk golongan mat rempit kononnya untuk mengurangkan gejala mat rempit, tapi satu habuk pun tarak!!!!!!! Ostat!

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.