29 December, 2010

Blogger 1Melayu menyinga tak tentu pasal

Gandingan mantap untuk penerusan Kerajaan Islam Ustaz Azizan di Kedah
Implikasi dari pengumumam dari SU Agung UMNO wakil Presiden DS Najib tentang pelantikan baru Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah terdapat beberapa reaksi yang kurang menyenangkan dan salah seorang blogger yang menggelarkan dirinya 1Melayu didapati menyinga tak tentu pasal berikut ialah reaksinya :

YAB Dato Sri Najib Tun Razak,

Rakyat Kedah,Pengundi, dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Sri yang telah membuat satu keputusan yang amat TEPAT lagi BIJAKSANA dengan Melantik Dato Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah mulai 1.1.2011.

Perlantikan ini akan membawa Negeri Kedah kembali ke ZAMAN PURBA, dengan cara pemikiran yang kuno, jumud dan dikelilinggi dengan pelakon-pelakon hipokrit yang tidak boleh ditegur serta dikawal, mereka ini akan menghancurkan Negeri Kedah.

Dato Sri Najib adakah Dato Bashah 'A WINNABLE CANDIDATE ' seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato Sri. Dato Bashah hanya mendapat 358 majoriti didalam PRU 12, BELIAU JUGA DIDAPATI GAGAL MENERAJUI BAHAGIAN ALOR STAR, macam mana beliau hendak teraju Negeri Kedah?

Dato Sri Najib, dimana slogan RAKYAT DIDAHULUKAN? Pencapaian diutamakan? dan DENYUTAN NADI RAKYAT MESTI DIRASAI?

Sir, you have let Kedahan down, you belittle their intelligent and worst you are destroying Kedah slowly but surely. Ustaz Azizan and his gang are laughing and they will be having a big kenduri in Mentalon this friday night.

JANGAN MARAH KEPADA RAKYAT KEDAH JIKA MEREKA TIDAK LAGI MENYOKONG DATO SRI.

1Melayu

2 comments:

  1. Jadilah gentleman. Jangan menyinga tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya agak terlewat sedikit untuk membuat komen disini. Walaubagaimana pun saya nak tanya bloger 1Melayu.

    1- Apa jadi tok det di K.Nerang, berapa majori yang dia dapat, sama juga di Pendang, di Kuala Kedah, Sik, Baling dan lain-lain ADUN dan Parlemen.?????

    Datok Ahamd Bashah berjaya jugak dapar 358 majoriti dalam sunami PRU 12, yang telah menelanjangkan 3/4 daripada wakil UMNO.

    Yang lain-lain tu hampeh pun tarak.. jadi apa maksud 1Malaysia?? nak bela orang2 ini. . ?? Poh rah.....

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.