13 August, 2009

BONGKAR!!! Ada talibarut Anwar dalam AJK UMNO Bahagian Merbok

Pendedahan di bawah telah dibuat oleh Pengintip UMNO. Jika benar seperti kenyataan pengintip UMNO bermakna UMNO Bahagian Merbok telah tercemar dengan anasir PENGKHIANAT MELAYU.

Seharusnya ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok menentang anasir ini.

Pengintip umno said...

Berita semasa buat analisa keputusan G7 Merbok !
Dato Zubir Saad Ketua Penarangan yang dilantik,TOWKAY ZUFA FARMASI menang no 1 ! WOW !siapa Zubir ? dan macam mana dia boleh menang dengan begitu banyak ?

Zubir merupakan seorang ahli PAS yang cukup fanatik satu ketika dulu terutama sekali semasa pilihanraya tahun 1999 dan 2004. Dia juga merupakan penyumbang terbesar kepada Tabung PAS dan Parti Keadilan.

Zubir juga merupakan proksi dan rakan karib AL JUB ANWAR IBRAHIM.Banyak projek bekalan ubat ubatan kepada hospital Kerajaan diberi oleh AL JUB ANWAR kepada dia.

Sejak bila Zubir menjadi ahli UMNO ? cawangan mana ? apa hubungannya dengan Mahadzir Khalid dan Tajul ? Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?

Merbok Times tolong bongkar ! adakah semua ini benar, jika benar UMNO telah diselinap masuk oleh agen agen Pakatan .
August 13, 2009 1:00 PM

12 August, 2009

Ustaz Hassan Ali telah taubat nasuha

Ustaz Hassan Ali, tokoh motivasi terkemuka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor rela dilucut jawatan dari Exco Kerajaan Arak @ Selangor kerana mempertahankan prinsip perjuangan bahawa arak itu adalah haram.

Beliau tidak gentar dengan gesaan supaya beliau dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu penjualan arak di negeri itu.

Baguslah kalau Ustaz Hassan Ali telah sedar dan tidak mahu lagi bergelumang dengan najis babi, arak dan kumpulan kongsi gelap.

09 August, 2009

"Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada cuma keberanian saya tidak ada" Tan Sri Zam

Artikel di bawah dipetik dari Mingguan Malaysia 9/8/2009 untuk renungan, pandangan dan jika mampu diamalkan.

Merbok Times pernah seketika dahulu keluar makan beramai-ramai bersama Datuk Zam, beliau pernah secara berseloroh digeletek soalan tentang poligami dan katanya dengan spontan "Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada tetapi yang saya tidak ada ialah keberanian".

Kata-katanya disambut dengan gelak-ketawa rakan-rakan UMNO Merbok yang menyokong beliau ketika itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Membantu keluarga poligami

Oleh Hafizahril Hamid
mingguan@utusan.com.my

APABILA akhbar ini menyiarkan berita tentang penubuhan Kelab Poligami Ikhwan di Sungai Petani pada Ahad lepas pelbagai pandangan serta minat telah diutarakan oleh orang ramai. Kelab berkenaan yang menghimpunkan lelaki dan para isteri yang rela dimadu termasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand turut memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang ingin memahami tentang amalan itu.

Setakat ini keahlian adalah terdiri dari pekerja di syarikat Global Ikhwan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Al-Arqam dan jika ramai ahli masyarakat yang berminat untuk menyertai kelab ini maka ia akan didaftar mengikut akta pertubuhan. Ahli kelab setakat ini terdiri daripada 300 suami, 300 isteri pertama dan 300 isteri kedua. Maka keahlian kini dianggarkan melebihi 1,200 orang

Mungkin ramai wanita di luar sana yang bimbang dan kurang senang dengan berita penubuhan kelab ini. Maka untuk memberi ruang dan berlaku adil kepada semua pihak penulis cuba mendapatkan pandangan dari pengasas kelab tersebut Hatijah Aam untuk mengulas mengenai penubuhan kelab poligami ini.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikat Global Ikhwan, di Bandar Country Homes, wanita berusia 54 tahun itu dengan tenang dan konsisten menerangkan apa sebenarnya matlamat penubuhan kelab berkenaan.

Bagi beliau kewujudan kelab ini bukan berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga kehadiran mereka untuk mencari populariti.

''Tetapi kami berharap semua pihak faham terutama wanita bahawa poligami ini adalah satu jalan keluar yang yang dibenarkan dalam Islam,'' katanya.

Bagi mereka yang berminat, mereka akan diberikan kursus dan pemahaman tentang apa ertinya poligami. Kita perlu faham bahawa poligami bukan dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia turut berkait dalam soal mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu belum lagi mengambil kira soal kemampuan kewangan, mental, fizikal dan sebagainya.

''Pada awalnya tidak ada rancangan pun untuk buat kelab sehinggalah kami melihat adalah perlu satu alternatif diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

''Ini kerana terlalu banyak kes-kes yang mengaibkan berlaku sekarang seperti rogol, sumbang mahram serta tumbuhnya rumah urut pusat pelacuran secara berleluasa. Maka kelab ini ditubuhkan sebagai satu alternatif dan jalan keluar," katanya.

Menurut Hatijah, jika dilihat masalah yang berlaku sekarang ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi maka Tuhan telah memberikan jalan bagaimana masalah ini dapat dihentikan. Maka apabila Rasulullah dan sahabat mempraktikkan poligami maka ia memberi pilihan kepada sesiapa yang mahu mengikutnya dan tidak ada paksaan dalam perkara ini.

''Maka adalah jelas kenapa orang jahiliah itu tenggelam dengan kejahilan mereka maka Islam sebagai sebuah agama yang lengkap membenarkan poligami. Jika kita melihat keadaan sekarang harus diakui dengan mengamalkan poligami mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial yang semakin menakutkan sekarang.

''Kegiatan pelacuran dapat dihentikan, masalah seperti sumbang mahram tidak berlaku dan orang ramai terutama lelaki tidak lagi perlu ke rumah urut kerana para isteri- isteri mereka memenuhi tuntutan yang mereka mahukan. Oleh itu, bagi orang Islam mereka mendapat satu jalan keluar kepada masalah sosial ini dan terpulang kepada mereka untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Katanya lagi, kita sering sahaja mendengar tentang masalah antara seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita lain tetapi pada masa yang sama tetap sayang kepada isterinya. Maka kedengaranlah masalah isteri tidak setuju tetapi lelaki dan wanita berkenaan tidak ada sebarang masalah untuk berkahwin. Maka timbul keadaan di mana semua pihak ini berada dalam dilema.

"Sebenarnya apakah tidak ada penyelesaian kepada masalah sebegini. Sebenarnya ada penyelesaian kepada masalah ini. Kenapa Rasulullah dan sahabat boleh melakukannya dan kita seolah-olah tidak faham dan melihat perkara ini dengan mendalam mesti ada sebab kenapa ia dibenarkan," katanya.

Ujar Hatijah lagi, terlalu banyak faedah yang diperolehi oleh mereka yang berminat menyertai kelab ini kerana kami melakukannya kerana Allah.

"Atas nama Islam, poligami ini ialah perkara yang halal dan indah. Untuk menghalang pihak lelaki daripada melakukan poligami adalah sukar, maka kelab ini adalah jalan terbaik untuk mereka yang memerlukannya.

"Bukanlah niat kami untuk mengajak semua orang menyertainya tetapi ada di antara mereka di luar sana yang memerlukannya dan pihak kami hanya mahu memberi panduan dan jalan untuk mereka,'' kata Hatijah.

Dari sudut kekeluargaan pula seorang ayah mempunyai ketokohan kepimpinan dalam keluarga dan jika ahli keluarga ramai maka ia akan membantu meningkatkan ekonomi. Dan itulah yang berlaku di Global Ikhwan di mana anak-anak hasil daripada perkahwinan poligami bertanggungjawab menggerak dan mengurus perniagaan.

Bagi Hatijah kelab itu mahu memperjuangkan poligami sebagai satu jalan keluar kepada masalah yang sering berkait dengan poligami serta masalah- masalah sosial yang berlaku sekarang.

''Selain itu kami bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada isteri dan wanita bagaimana untuk menerimanya.

"Saya sendiri dan madu saya pun mula-mula dahulu bukannya boleh duduk dekat, tetapi kerana apa yang dilakukan ini untuk Allah maka kami diberikan hidayah untuk berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.

"Namun saya faham bukan semua setuju tentang poligami namun bagi kami yang telah merasai kemanisannya, semua ini adalah hasil dari pendidikan, ilmu dan pengalaman yang akhirnya membuat kami mengubah tanggapan tentang poligami,'' katanya.

Namun beliau berasa hairan kenapa poligami ini yang dibenarkan dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang hina.

''Kenapa pusat maksiat seperti pelacuran, kelab malam rumah urut boleh dibenarkan beroperasi tetapi kami yang mahu memperjuangkan perkara yang dibenarkan dalam Islam dipandang serong dan tidak diberi laluan.

"Kami hanya mengajak mereka yang mahu mengamalkan poligami dan kami tidak memaksa sesiapa dan kami tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa. Insya-Allah kami mengharapkan sokongan dari semua pihak masyarakat dari yang di peringkat atasan hinggalah masyarakat seluruhnya," ujarnya.

Menurut Hatijah, selepas majlis pelancaran kelab ini di Sungai Petani pada 2 Ogos, pelancaran kelab poligami peringkat Asia dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Ogos depan.

''Kepada golongan masyarakat yang merasakan mereka memerlukan poligami, mereka boleh menyertai kelab ini bukan sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tetapi mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana bahagianya poligami,'' katanya.

Bagi Hatijah, beliau percaya Tuhan bukan berniat jahat dalam membenarkan poligami diamalkan di kalangan umat Islam.

"Kita umpamakan ia seperti sembahyang, ada peraturan, teknik dan cara yang betul untuk mendapat keberkatan. Begitu juga dalam poligami ada caranya dan bukan semua mampu memenuhi tuntutan dan cara betul supaya diberkati,'' kata beliau.

Komen

Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.

''Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.

''Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,'' kata Hatijah.

Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.

"Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan," kata Hatijah mengakhiri bicara.

08 August, 2009

Pemuda bakal calun Ahli Parlimen Merbok

Ini ialah Ketua Pemuda UMNO Merbok. Adakah beliau sebagai pemimpin harapan kita di Merbok? Seorang muda yang berpelajaran tingggi dan sedang menjawat kedudukan tertinggi dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Merbok juga tidak ketinggalan untuk mempersiap-siagakan generasi pelapis yang bakal menjadi calun Ahli Parlimen Merbok.

Najib : 3 budaya untuk mantapkan UMNO

1. Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit.

2. Budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.

3. Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon.

Ini lah tiga budaya yang PM Dato' Seri Najib gariskan. Tetapi semua ketiga-tiga ini tidak ada pada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Tajul Urus Mat Zain.

Budaya mendengar Tajul hanya mendengar masuk telinga kanan kelaur telinga kiri. Janji-janji semasa bertanding dulu pun tak ditunaikan lagi. Mempunyai sikap ego dan cakap besar dan tergolong dari golongan elit.

Budaya kedua dan ketiga Tajul hanya berkhidmat untuk puak-puaknya sahaja.

Kesimpulannya tiga budaya untuk mantapkan UMNO tidak ada pada Tajul.

07 August, 2009

Profile pemimpin kesayangan kita

Dato' Tajul Urus Bin Hj. Mat Zain
Position: Independent Director
Nominating Committee Chairman

Bachelor of Arts (Hons)
University Sains Malaysia

Dato’ Tajul is the Director of Kalansa Energy Sdn. Bhd., Fyrecheck Sdn. Bhd., Tacon Builders Sdn. Bhd., Perbadanan Kemahuan Negeri Kedah (PKNK) and 99 East Langkawi Sdn. Bhd. He is also the Group Managing Director for Kedah Corporation Berhad.

05 August, 2009

UMNO Merbok melantik AJK Kerja kerana AJK yang menang tidak boleh buat kerja

Melihat senarai AJK UMNO Bahagian Merbok ianya terdiri dari 20 ahli yang dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian, 7 orang AJK tambahan dan 3 AJK kerja.

Tidak pernah lagi dalam sejarah UMNO Bahagian ini ada AJK kerja. Mungkin AJK kerja dilantik kerana 20 AJK yang menang dan 7 AJK tambahan yang dilantik tidak boleh buat kerja.

UMNO Merbok seperti "TIME BOMB"

Mengimbas Kertas lapuran dan aktiviti yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok pada 1/8/2009 ternyata UMNO Bahagian Merbok langsung tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada sentuhan rakyat dalam Kawasan Merbok.

Malah yang mendukacitakan ahli-ahli sejak Dato’ Tajul Urus Mat Zain memegang teraju Ketua Bahagian dari tarikh 18/10/2008 hingga 1/8/2009 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian hanya diadakan sebanyak 3 kali sahaja iaitu pada 31/10/2008, 14/11/2008 dan 2/7/2009 manakala Mesyuarat Khas AJK Bahagian juga hanya diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 10/2/2009, 8/5/2009 dan 3/6/2009.

Ini bermakna sejauh mana AJK Bahagian betul-betul bersatu untuk membawa perpaduan kepada ahli-ahli UMNO di dalam kawasan Merbok khasnya dan pengundi di dalam Merbok amnya.

Begitu juga apabila dilihat senarai aktiviti-aktiviti bahagian sepanjang kepimpinan Dato’Tajul, yang tersenarai panjang hanyalah lawatan-lawatan dan menghaziri mesyuarat-mesyuarat atas undangan UMNO negeri dan perjumpaan-perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan yang hanya menyokong beliau semasa pemilihan UMNO yang lepas sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti tersebut UMNO Bahagian hanya menjadi penumpang bukannya penggerak.

UMNO Bahagian langsung tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti sendiri yang menjurus kepada sentuhan rakyat.

Jika beginilah kepimpinan yang ada maka impian untuk mengembalikan Merbok kepada BN dan UMNO akan hanya tinggal impian. Mereka lebih gila melobi menjadi wakil rakyat tetapi tidak bekerja keras menawan hati rakyat.

Hakikat yang sebenarnya aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana di kalangan AJK Merbok sendiri tidak ada perpaduan bukanya tidak ada peruntukan, sesama mereka tidak bersatu hati dan bukannya terdiri dari kalangan mereka yang boleh melaksanakan kerja. Perpaduan AJK Merbok seperti "Time Bomb" menunggu masa untuk meletup.

04 August, 2009

Bagaimana pelapis pemimpin Pemuda UMNO Merbok yang kita harapkan?


Entry ini ambil dari blog www.maksubee.blogspot.com yang dipostkan pada 29.3.2009. Tujuan pendedahan ini adalah untuk diambil iktibar dan pengajaran oleh generasi pelapis yang bakal mewarisi kemimpinan UMNO Merbok.

Sewaktu pengumuman keputusan di buat yang disiar secara langsung, seorang Perwakilan dari Merbok begitu riang dan menari-nari menyambut kemenangan KJ. Di fahamkan Pemuda Bahagian Merbok sebulat suara mencalonkan Datuk Mukriz Mahathir.

Dengan gambaran yang di tunjukan oleh perwakilan ini, adakah beliau mengundi KJ?? Kenapa beliau mengundi KJ, sedangkan ahli-ahli pemuda Merbok mahukan Datuk Mukriz Mahathir.

Inilah perwakilan Pemuda Merbok yang menari-nari dengan riang menyambut kemenangan KJ yang mana di siarkan oleh TV.

Samada dia mengundi KJ atau tidak hanya beliau yang tahu. Tetapi rasionalnya kenapa riang dan gembira sangat apabila kemenangan KJ di umum??? Jangan hukum beliau, timbanglah beliau.


ROSNAWI BIN ZENON

PENOLONG BENDAHARI PEMUDA BAHAGIAN
F 26 KG PERMATANG SAMAK SEMELING
08100 BEDONG
KEDAH
No Ahli : 02797072
No KP : 710321025273
No Tel: 016-4648519

Sajak nukilan Sang Hippokrate, Taman Peruda

Yang dinamakan politik Melayu UMNO di mana-mana pun ada sahaja sang hippokrate yang konon berjuang atas dasar perjuangan tetapi yang sebenarnya untuk ongkos sendiri. Begitu juga dalam Bahagian Merbok yang banyak lalang sekejap sini sekejap sana untuk kepentingan peribadi.

Sajak di atas adalah nukilan Sang Hippokrate yang dimaksudkan.

03 August, 2009

UMNO Merbok ketandusan aktiviti di peringkat akar umbi

Kesan dari pertandingan merebut Ketua UMNO Bahagian Merbok dari Dato’ Arzmi Hamid oleh Dato’ Tajul Urus Mat Zain tidak menampakan ada bibit-bibit untuk bersatu di antara kumpulan Dato’ Arzmi dan Dato’Tajul.

Peribahasa Melayu ”Biduk berlalu kiambang bertaut” langsung tidak wujud malah jurangnya makin jauh seperti bidalan ”berkerat rotan berpatah arang”.

AJK-AJK Bahagian barisan Tajul yang menang di dalam memimpin bahagian Merbok langsung tidak "deliver" malah kering kontang dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada akar umbi.

Tiada ada apa satu pun aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hanya yang pasti wujud politiking sesama mereka yang tidak berkesudahan.

Luka Dato’ Arzmi akibat dari tindakan Dato’ Tajul mencela beliau masih mendalam sehingga majlis kenduri anak sulong Dato’ Arzmi tidak menjemput Dato’ Tajul.

Ketua-ketua cawangan mula membandingan kesan kepimpinan Dato’ Arzmi dahulu yang banyak aktivitinya dengan gandingan Dato’ Zam selaku Ahli Parlimen manakala kepimpinan Dato’ Tajul sekarang hanya sunyi dan sepi. Tak ubah seperti sumpahan Mahsuri, Merbok ibarat "padang jarak padang terkukur, sana berselerak sini tersungkur".

Malah beberapa isu telah berbangkit akibat dari pengurusan projek-projek persekutuan yang tidak serata kepada cawangan-cawangan.

02 August, 2009

Siapa kenal Dr Juliana AJK Bahagian Merbok?

Entry ini di hantar oleh Anon 6.53am:
Norasiah Shafiq sepatutnya AJK Lantik atas kuota Wanita pun depa tukaq suka-suka ati depa ja..Lawyer pun depa permain mcm tu ja..Tukaq pulak ngan budak puteri mana tah..xpernah tgk di Merbok pun..apa budak tu blh sumbang dlm Merbok pun xtau la..aku tgk dlm list penyata tahunan depa budak tu nama Dr. Juliana Johari dr UPM..td aku check la ngan kawan aku yg dok mengaji kat ctu..sapa DR. Juliana?..tapi kawan aku kata dia bukan Dr. pun..dia cuma Tutur Bhg Pentadbiran dan Pengurusan Sahja..Ni sapa yang tipu sapa..Dr. tu tipu bhg ka sebab nak ambik tempat lawyer atau Bhg Merbok yg saja tambah nak tunjuk AJK depa hebat...

Usul cawangan lebih bernas dari usul bahagian

Meneliti kertas-kertas Mesyuarat UMNO Bahagian Merbok pada 1/8/2009 apa yang menarik ialah kertas usul-usul dari cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Merbok.

Dalam banyak-banyak usul, usul yang paling menarik dan dikira perihatin ialah dari cawangan Taman Pahlawan yang berbunyi:

”POHON KETUA BAHAGIAN LEBIH TEGAS DALAM ’POST MORTEM’ UNTUK SETIAP PILIHANRAYA DI SETIAP DAERAH MENGUNDI TERUTAMANYA DAERAH MENGUNDI TASEK APONG YANG ’TIDAK PERNAH’ ADA POST MORTEM SEJAK DARI PRU12 DAN N25”

APA MAKNANYA SEMUA INI? : Ini bernakna Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian tidak menjalankan tugas mereka dengan tulus dan ikhlas untuk rakyat dalam Parlimen Merbok.
Bagi mereka pilihanraya tidak penting dan yang lebih penting ialah berfoya-foya ke Jakarta dan Bandung di Indonesia.
Beginikah caranya mereka bekerja jika ingin mengembalikan Merbok kepada BN dan UMNO?

01 August, 2009

UMNO Merbok tak buat kerja

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok hari ini menyaksikan kelemahan pentadbiran di antara Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua.

Usul pindaan perlembangaan UMNO yang dibentang oleh DR Ismail Daut telah didebat dengan hebat oleh Saad Ahmad dan Jamaludin Jaafar sehingga keadaan tidak terkawal dan Dr Ismail tergagap-gagap cuba mempertahankan usulnya yang cetek tanpa kajian dan ilmu yang mendalam.
Keadaan ini membuat Ketua Bahagian Tajul Urus Mat Zain merampas kertas usul di tangan Dr Ismail dan beliau membentang usul yang telah disediakan oleh UMNO pusat.

Dr Ismail tersandar kebodohan dan nampak tidak ada kesepakatan di antara AJK-AJK Bahagian.
They are not doing their homework.

UMNO Bahagian Merbok telah digadai kepada Singapura

(daripada blog Mummy Rokiah)

Wednesday, February 18, 2009

Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.

Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.

Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.

Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.

Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.

Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?

Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.

Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.

Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.

Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura.