03 August, 2009

UMNO Merbok ketandusan aktiviti di peringkat akar umbi

Kesan dari pertandingan merebut Ketua UMNO Bahagian Merbok dari Dato’ Arzmi Hamid oleh Dato’ Tajul Urus Mat Zain tidak menampakan ada bibit-bibit untuk bersatu di antara kumpulan Dato’ Arzmi dan Dato’Tajul.

Peribahasa Melayu ”Biduk berlalu kiambang bertaut” langsung tidak wujud malah jurangnya makin jauh seperti bidalan ”berkerat rotan berpatah arang”.

AJK-AJK Bahagian barisan Tajul yang menang di dalam memimpin bahagian Merbok langsung tidak "deliver" malah kering kontang dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada akar umbi.

Tiada ada apa satu pun aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hanya yang pasti wujud politiking sesama mereka yang tidak berkesudahan.

Luka Dato’ Arzmi akibat dari tindakan Dato’ Tajul mencela beliau masih mendalam sehingga majlis kenduri anak sulong Dato’ Arzmi tidak menjemput Dato’ Tajul.

Ketua-ketua cawangan mula membandingan kesan kepimpinan Dato’ Arzmi dahulu yang banyak aktivitinya dengan gandingan Dato’ Zam selaku Ahli Parlimen manakala kepimpinan Dato’ Tajul sekarang hanya sunyi dan sepi. Tak ubah seperti sumpahan Mahsuri, Merbok ibarat "padang jarak padang terkukur, sana berselerak sini tersungkur".

Malah beberapa isu telah berbangkit akibat dari pengurusan projek-projek persekutuan yang tidak serata kepada cawangan-cawangan.

1 comment:

  1. Salam Merbok Times..terima kasih kerana follow blog saya. kalau tidak, saya tak tahu wujudnya blog yang menarik macam ini.

    Apa pun, saya nak baca dulu. Yang ditulis dalam ni diakui betul. Bahagian merbok telah pilih Ketua. Tetapi tak tahulah jika nilai undi hanya RM200 atau ikhlas. Kalau ikhlas tentunya kita sabar tetapi jika dengan hanya RM200 jadi kenalah tanggung. Itu je..Sayang Si Merbok..Kini tersepuk!!

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.