17 April, 2012

ANGKASA anjur "How Social Media is Changing Your Organisation and the World'

Sam Graham-Felsen
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menganjurkan program bertajuk 'From a Click to a Movement: How Social Media is Changing Your Organisation and the World' pada 12 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Program yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu, antara lain, akan membincangkan mengenai kepentingan media sosial dalam pembangunan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Angkasa berkata program itu akan dikendalikan Sam Graham Felsen, bekas ketua pengarang blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

"Sam Graham Felsen adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan kempen pilihan raya paling berjaya dalam sejarah dengan menggunakan media sosial," kata Angkasa yang menaungi lebih 8,000 koperasi dengan tujuh juta anggota. Bernama

08 April, 2012

Senarai nama-nama yang bakal sabotaj jika tidak dicalunkan

UMNO Merbok telah menghantar senarai nama-nama professional (loya, doktor dan ahli perniagaan : Kata Dtk Bashah)bakal-bakal calun yang akan mewakili Merbok.

Calon-calon UMNO Parlimen Merbok PRU 13
1. Tajul Urus Ketua Bahagian Merbok (Bekas Guru, BTN dan tokoh korporat)
2. Abd Rahman Naib Ketua Bahagian ('Pengarah' KEMAS Daerah dan bekas tokoh perniagaan, tokoh agama Maktab Mahmud juga)
3. Hafsah Ketua Wanita (tak dapat maklumat)
4. Saiful Hazizi Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)

Calon-calon UMNO Dun Tanjung Dawai PRU 13
1. Ismail Daut Timbalan Ketua Bahagian (Professor TNB)
2. Anuar Naib Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)
3. Yusof Keda AJK Bahagian (Pegawai Tertinggi KEDA)
4. Ust Harun AJK Bahagian (Tokoh Agama)

Bahayanya bakal-bakal calun ni apabila nama mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan atas dan meletak calun helicopter mereka inilah yang bakal buat onar dan sabotaj.

Minta simpang.

04 April, 2012

Mencari Calun 'Professional' di Merbok atau mencari calun 'winnable'?

Melayu sering kali di katakan mudah lupa dan bagi menafikan kenyataan tersebut di bawah MT siarkan kembali komen yang MT terima tiga tahun dahulu ia itu pada September 2009 daripada blogger Serindit Desa dan Merak Kayangan yang MT kira cukup bernas untuk dijadikan panduan di dalam memilih bakal calun di Merbok khasnya dan Kedah amnya.


Serindit Desa Sep 25, 2009 11:05 AM :
Setuju kalau yang nak dijadikan calun tu perlu mempunyai kelulusan akademik. Tetapi kelulusan ini tidak semestinya dapat diterjemahkan kepada kewibawaan sebagai seorang ahli politik. Kelulusan akademik yang boleh diijazahkan di dalam pelbagai disiplin tidak semestinya melayakkan seseorang secara otomatik di dalam disiplin atau 'ilmu politik'. Seseorang itu perlu menimba pengalaman yang panjang sebelum boleh diyakini oleh rakyat sebagai tokoh politik handalan.

Sekadar memegang 'scroll ijazah' dan menjadi Timbalan Ketua Bahagian BUKAN sebenarnya kriteria tepat untuk dipilih sebagai calun p/raya. Lihat pada tokoh yang dipertikai ini. Dengan ikhlas,bolehkah beliau berjaya sebagai wakil rakyat ? Adakah pada dirinya kualiti sebagai seorang YB ? Jangan pula dinilai dari segi jawatan dalam parti, yang kemenanganya dahulu pun boleh dipersoal dari kebersihannya! Kalau sekadar menang dengan kebetulan menaiki rakit calun Ketua Bahagian, adakah ini menampak kualitinya sendiri ? Cuba nilai sebelum beliau menjadi Timbalan. Apa sebenarnya sumbangan beliau ? Ada atau tidak ?
 
Kemudian selepas menjadi Timbalan, apa pula sumbangannya ? Ada atau tidak ? Kalau ahli menganggap penganjuran majlis berbuka puasa, menderma daging, kuih muih atau kain pelekat sebagai sumbangan yang boleh memenangi P/Raya,maka ahli UMNO di Merbok amat cetek sekali dalam ilmu politik !!!

Menjadi popular dan disenangi oleh ahli parti tidak akan menjamin kemenangan dalam mana-mana pilihanraya. Sebahagian besar pengundi bukan dari ahli parti, bukan dari orang Melayu sahaja. 

Justeru yang perlu 'diambil hati' dan dijadikan diri popular ialah dengan rakyat yang akan turun mengundi. Kalau sekadar mempromosikan sesebuah produk pilihan parti, kemudian disediakan jentera dari pelbagai sayap untuk menjual produk ini TETAPI tidak mengambilkira pun samada produk ini disukai atau diterima oleh pengguna ia itu pengundi, APA GUNANYA ?????

Diakui jentera parti hebat. Hebat dari segi jenteranya : jawatankuasa demi jawatankuasa, daerah2 mengundi,peti2 undi,pengarah pilihanraya, wakil-wakil calon, balaci2 yang keliru sepanjang masa, bilik2 gerakan dsb. Ini semua HANYA strategi pemasaran tapi sayangnya untuk 'produk' yang tak laku, yang rakyat tak mahu guna pun.

Jadi mahu tak mahu, jangan hanya jadi popular di kalangan penyokong di dalam parti sendiri sahaja . Tonjolkan diri untuk disenangi, dihormati dan dipercayai oleh rakyat / pengundi ! Melabelkan diri dengan BA, MA, PHD belum tentu dapat melariskan jualan sesuatu 'produk politik' . Tambahan 'the X-Factor' diperlukan dan mungkin dapat membantu strategi jualan.

Merak Kayangan : AnonymousSep 25, 2009 08:46 PM:
Aku setuju dengan 'Serindit Desa' bila dia kata kelulusan akademik sahaja belum tentu dapat mengwujudkan seorang calon yang berwibawa. Mungkin beliau dapat huraikan apakah 'X-Factor' itu. Selain daripada faktor pendidikan, apa lagi patut ada pada diri seorang yang 'galak' nak jadi calon ?

Sebenarnya bukan kita ahli parti dan pengundi sahaja yang perlu mencari dan melihat pada kualiti-kualiti X-Factor ini. Si 'galak'lah yang perlu cerminkan dirinya dahulu; lihat sama ada dirinya itu sudah cukup dengan kualiti yang boleh membantu dirinya menang dlm pemilihan atau pilihanraya.

Seorang calon perlu sedar bahawa dia mewakili parti dan rakyat setempat. Jika sekadar mahu menjadi calon kerana kita ada jawatan dalam parti, kerana kita ada kelulusan akademik yang agak tinggi, kerana kita sudah berkali-kali mengadakan majlis jamuan & penyampaian hadiah-hadiah yang kadang2 tak seberapa nilainya, kerana kita acapkali 'hulur' setiap kali bersalam; ini semua tidak sepatutnya diambilkira oleh pucuk pimpinan bila membariskan senarai calon.

Kata-kata 'Serindit Desa' tentang mempromosi sesuatu produk kemahuan rakyat hendaklah diambilkira secara serious.Betul juga, apa guna elok di mata ahli parti sendiri TAPI xboleh diterima dek rakyat ? Nak jual barang apa pun, biarlah yang rakyat mahu guna!

Awat sangat la ni kita asyik berbicara tentang calon dan pilihanraya. Dekat sangat kah PRU ke 13 tu ? Sudah bersedia kitakah ? Sudah tersusunkah strategi 'peperangan' ? Segala logistik lengkap ke ? Atau kita tunggu hingga saat terakhir dan kita hanya tumpu pada soal calon dahulu ? Sesuai ke begitu ?


Lihat di Bahagian Merbok, mungkin juga di Bahagian2 lain. Sudah reda ke implikasi 'pertempuran pemilihan' tahun lepas ? Sudah hilangkah marah-marah, geram-geram, kecewa-kecewa, rajuk-merajuk dan sebagainya ? Atau pun masih ada kumpulan pemenang yang mahu diteruskan vendetta terhadap puak yang kalah ? Di Merbok juak-juak kumpulan pemenang berlagak seolah-olah mereka sajalah yang peka,cekap dan pandai dalam serba serbi hal politik Bahagian.

Malah yang terdahulu bercakap pun tergagap-gagap, sekarang ni mahu pula berbicara tentang politik Nasional dan (jangan terkejut) nak dihurai pula isu-isu politik antarabangsa. Cuba bayang, dari minda yang selama ini begitu cetek, maka ceteklah kupasan dan huraian mereka. Mungkin difikiran mereka, membarisi kepimpinan Bahagian secara otomatik telah menghidupkan secara serta merta minda yang selama ini jumud kepada satu tahap yang tiba-tiba menjadi cerdik dan pantas?

Lihatlah di majlis-majlis anjuran Bahagian bagaimana 'si Kaduk2 ini naik ke junjung'. Wah, bukan main sombong mereka ini, baik dari kalangan AJK Bahagian maupun dari sayap-sayap parti! Kalau jumpa kita orang di Cawangan, tangan bersalam tapi muka ke lain! Punya hinanya kita di cawangan!

Kalau sesama kita dalam parti pun dah naik meluat, apatah lagi dengan yang di luar sana? Di akui Ketua Bahagian ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya akan datang. Akan tetapi serasikah pelan beliau dengan orang-orangnya yang tak seberapa peka dengan kehendak dan visi bos? Merancang satu hal, melaksana pun satu hal lain ! Ke mana pergi Pemuda? Wanita? Puteri? Sealiran pemikiran dengan bos? Nampak dan mampu melaksanan perancangan bos ? Atau masihkah mereka ditahap yang lama dengan menjalani aktiviti2 yang dah jumud, yang dah tak laku lagi, yang tak memberi sebarang impak apa-apa pun, yang tak conform dengan kehendak rakyat bistari dewasa ini?

Tepat kata 'SD', rakyat mahu produk yang sesuai dengan selera mereka bukan dengan produk yang ditonjol-tonjol oleh parti.Tambah pula dengan kempen2 promosi yang dah lapuk, maka lagi tak teringinlah mereka kepada produk tu!

Saudara atau saudari SD, anda tentu orang politik berpengalaman di Merbok. Menerusi tulisan dan teguran anda kami dapat teka yang sdr/sdri mahu parti berjaya di sini dan juga jelas sekali anda tidak mahu UMNO Merbok 'berkecamok' dan bermasalah.

Your comment, Sir!
Merak Kayangan.


Serindit Desa Sep 26, 2009 03:56 AM :
Merak Kayangan !
Sebagai seorang yang lama di Bahagian ini saya dapat lihat perkembangan politik Merbok daripada pelbagai sudut. Dari stail kepimpinan ke program-program politik hingga ke kerja-kerja persediaan pilihanraya, semuanya dapat dihuraikan satu per satu.

Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Perebutan untuk jawatan-jawatan penting memang sesuatu yang 'colourful' di mana-mana Bahagian pun. Cuma yang ditakuti ialah persengketaan yang berterusan selepas pemilihan.

Semua pemimpin akan cuba menyatupadukan semula ahli-ahlinya; cuma akan wujud juga individu-individu yang sengaja mahu persengketaan ini berterusan atas sebab atau agenda tersendiri.Selagi ada puak-puak selama itulah akan terasa penting diri beberapa orang individu. Jadi biarlah krisis puak ini hidup segar semata-mata untuk menyubur beberapa kerat politikus murahan.

Komunikasi dua hala, antara yang memimpin dan yang dipimpin, memang wujud dalam pelbagai bentuk, cara dan pendekatan. Sekarang ini media alternatif menjadi antara pendekatan popular yang boleh mengizinkan interaksi pemimpin dan pengikut.

Segala bentuk cadangan maupun teguran yang dibuat secara berhemah, beradab dan lebih penting tanpa beremosi patut diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tuduh menuduh yang hanya berlapik kepada syak wasangka seperti yang dapat kita baca di salah satu komen di sini jelas menampakkan kedangkalan idea dan daya pemikiran yang jumud, yang sudah semestinya datang daripada minda seseorang yang prejudis.

Jangan pula kerana kita tidak mempunyai sebarang komen, kritikan atau analisa serta pendapat yang positif dan bernas yang boleh membantu parti; maka kita gantikannya dengan komen yang prejudis, yang rendah mutu dan nilai, yang tidak membantu apa-apa atau sesiapa pun dan cukup sedih dengan bahasa yang kurang manis pula tu!

Kita boleh berbeza pendapat tetapi biarlah cara kita mengutara pendapat kita tidak pula menampakkan sifat tak cerdik, tak matang dan kurang kematangan kita.

Ya, saya memang mahu melihat Merbok pulih semula seperti di zaman kegemilangannya, di mana nama parti keramat kita disanjung dan dihormati. Ini tidak mustahil dilakukan !!! Cuma ia memerlukan kebijaksanaan kepimpinan dan keikhlasan sokongan daripada semua.

Terima kasih.

03 April, 2012

Calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Parlimen Merbok

Tahun ini adalah tahun pilihanraya. Dari atas ke bawah semuanya bercakap perihal pilihanraya. Dari hotel Holiday Villa Alor Setar sehinggalah ke kedai kopi catok tepi jalan dan kedai mamak nasi kandar. Mamak nasi kandar 24 jam hampir sudah boleh hafal watak-watak politikus yang berkunjung di kedainya . Siapa yang mereka pro dan siapa yang mereka anti dan maki. Minum teh tarik segelas duduk sampai tiga atau empat jam.

Sedikit keciwa ialah mereka tidak membincangkan perihal ‘survival’ bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu tetapi lebih kepada siapa bakal calun. Kononnya seperti merekalah yang akan membuat percaturan siapa bakal calun yang akan mewakili kawasan mereka. Ruang perbincangan lebih bersifat keAKUan daripada sifat keKITAan.

Ruang-ruang Facebook di gunakan wewenangnya untuk ‘character bashing’. Bekalan iPad percuma hasil sumbangan Yang Berkuasa Di Bahagian dikilik ke hulu ke hilir keciwi mencari lokasi pengambaran untuk rakaman gambar-gambar kelompok mereka sedang memeberi sumbangan besalaman sesama sendiri untuk diupdatekan dalam Facebook mereka dan semuanya lebih kepada aktiviti dan kegiatan syok sendiri.

Walaubagaimana pun kesemua ini adalah menifestasi perkembangan politik yang sihat. Negara ini yang mengamalkan pemerihtahan demokrasi berpelembagaan tidak menyekat mana-mana individu yang ingin bersuara dan mengambil gambar. Cuma bagi yang beragama Islam itu harus beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesimpulannya blog MT juga telah menerima beberapa senarai calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Kawasan Merbok dalam PRU13 yang akan datang tetapi masih diperingkat ingin mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang tertentu supaya ia tidak mengeciwakan mana-mana individu yang nama mereka tidak dicalunkan.

Mungkin senarai ini ingin didedahkan supaya calun-calun tersebut tidak terkejut berok dan pengundi boleh bersiap siaga dari sekarang dengan pen di tangan untuk memangkah semasa hari pembuangan undi kelak. Dan yang maha penting ialah bakal calun tersebut sudah boleh membaca siapa yang akan mensabotaj beliau khasnya di peringkat Bahagian. Dan siapa yang akan melompat seperti ikan keli kehabisan air.

Apa pun di harap bersabar…WAIT AND WE ALL SEE.

25 March, 2012

PRU semakin dekat UMNO Merbok masih bertelagah isu pencerobohan tanah wakaf

Seorang Facebooker yang menamakan dirinya Tok Janggut telah mendedahkan berlaku pencerobohan tanah wakaf di Bukit Selambau.

Di dalam posting beliau yang bertajuk . “WAJARKAH TANAH WAKAF MASJID DIDIRIKAN RUMAH UNTUK ORANG PERSEORANGAN ???” telah membongkar satu pencerobohan ke atas tanah wakaf di percayai di Kampung Sungkup kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Penduduk di kampong tersebut yang mengharapkan didirikan sebuah mesjid di atas tanah wakaf tersebut ternyata telah keciwa dengan sikap pihak kepimpimnan UMNO Bahagian Merbok yang telah meluluskan peruntukan PPRT untuk membina rumah orang perseorangan di atas tanah wakaf tersebut.

Melalui laman Facebook beliau, Tok Janggut telah menyatakan “rumah tu dibuat mengunakan peruntukkan PPRT yang dikira oleh Yang Berhormat KB(Sebab dia dah umum dia calon)..tapi dibina diatas tanah wakaf Masjid...adakah perkara sebegini sepatutnya terjadi atau salah guna kuasa???"
 
Kata beliau lagi “Orang yang bagi kelulusan rumah PPRT tu yang berfikiran otodok..kita ada undang-undang dan peraturan tapi kenapa kita harus mengenepikan semua tu...sepatutnya kena check sebelum bagi kebenaran buat rumah tu.."

Katanya Tok Janggut lagi, beliau telah mendengar rintihan dari penduduk Kampung Sungkup malah menurut beliau terdapat protes di kalangan penduduk yang dibimbangi akan menjejaskan calun BN PRU13 kelak.

" Memang rumah PPRT peruntukkan kerajaan...tapi orang yang bagi kelulusan tak check betul2 tanah tu tanah sapa...orang tempatan di Sungkup sekarang rasa tak puas hati..dan ramai yang dok protes...tak puas hati..KB dan mat Sapak Trompet buat keputusan tanpa mengira pandangan penduduk setempat...TJ tengok keluarga tu tak susah pun...gelang bini dia sampai sekerat lengan..takkan tak mampu buat rumah sendiri kot...jika kita biarkan masalah ini berlarutan TJ takut BN & KB Merbok akan dihukum sekali lagi semasa PRU13...” ujar beliau lagi

Suara-suara sumbang melalui media-media sosial sebegini sewajarnya ditangani dengan segera oleh kempimpinan Bahagian, Negeri dan Nasional kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang buruk kepada reputasi cemerlang kepimpinan DS Najib amnya.

Khasnya usaha-usaha untuk menawan negeri Kedah dari kepimpinan Pakatan Rakyat yang ternyata mandom, lemah dan lesu..

13 March, 2012

Tragedi di Jetty Kuala Kedah sebagai pengajaran

ALOR SETAR: Five-year-old Foong Chun Yuan who was seriously injured after knocking into a glass wall panel at the Kuala Kedah jetty on Friday, died at Sultanah Bahiyah Hospital (HSB) here at 6.30am today.

The boy, who was admitted to the Intensive Care Unit (ICU) of the hospital after sustaining a serious thigh injury, had been coma since the mishap.

Foong's mother, Angie Ng Lai Kean, 38, said she received a call from the hospital at about 6am, informing that her son was in critical condition and when she and her family members arrived at the hospital, Foong had died.

The injury caused her youngest son to suffer severe blood loss causing him to become comatose," she said when met at the hospital.

She said Foong's remains would be brought back to Petaling Jaya, Selangor for the last rites.
Angie said the family had wanted to spent a holiday in Langkawi but did not expect the vacation to end in a heartbreaking tragedy.
The incident occurred at about 6.10am on Friday when Foong wanted to go to the ticket counter at the jetty coming out from the toilet but hit the glass wall.

According to victim's father, Foong Kwok Mun, 40, the lighting at the jetty area at the time was rather poor because the lights had not been fully switched on. -- BERNAMA

10 March, 2012

Orang Kulim dan mula londeh seluar dalam Tan Seri Kadir Sheikh Fadzir

BANDAR BAHARU 9 Mac - Beberapa veteran UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu menyifatkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak layak membangkitkan soal integriti pengundi kawasan parlimen itu yang dikatakan mudah dibeli dengan wang.

Ini kerana menurut mereka, kredibiliti Abdul Kadir juga boleh dipersoalkan kerana beliau sendiri dikatakan pernah terlibat menggunakan wang untuk mencantas pemimpin yang tidak sehaluan dengannya semasa menjadi Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu.

Mat Darus Abdullah, 82, yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu selama lebih 20 tahun mendedahkan, Abdul Kadir dikatakan cukup licik menyusun strategi menggunakan wang untuk memastikan musuh- musuh politiknya disingkirkan daripada UMNO Bahagian.

“Sebenarnya beliau (Abdul Kadir) suka susun strategi dengan membeli undi daripada ketua-ketua cawangan ataupun perwakilan setiap kali pemilihan diadakan. (UTUSAN)

01 March, 2012

Kadir Sheikh Fadzil tak dak integriti

2012/02/29
ALOR SETAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempunyai agenda politik kepentingan diri apabila mendedahkan pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang.

Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal. "PERKASA Kedah ingin bertanya mengapa baru sekarang Abdul Kadir mendedahkan perkara ini. Adakah Zulkifli Noordin (Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu sekarang) juga menang dengan cara sama (membeli undi)? "Sekiranya beliau seorang yang berkewibawaan dan boleh dipercayai adalah wajar beliau membuat laporan polis," kata Syed Mansor kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa wang digunakan bagi membeli undi pada kempen pilihan raya lalu ketika berucap pada satu forum baru-baru ini.

Syed Mansor turut mempersoalkan perbuatan Abdul Kadir sebagai balasannya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan beliau segala keistimewaan dan kedudukan selama dia bergiat cergas dalam politik.

"Pengundi sekarang bertambah cerdik. Perbuatan Abdul Kadir boleh memberi kesan ke atas adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang sekarang Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu sekiranya terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dalam suasana politik sekarang, beliau berkata bekas menteri daripada UMNO seharusnya lebih bijak mengeluarkan kenyataan kecuali mereka menyertai pembangkang untuk meraih kepentingan peribadi. - BERNAMA

26 February, 2012

Pukul 3 pagi bersama isteri orang, apa cerita ni?

Maka benarlah kata perawi, wanita dah takhta memang sukar dipisahkan seperti irama dan lagu. Mengata dulang paku serpih.

07 February, 2012

Pegawai Menteri Isu MINYAK MASAK. Pegawai Hal Ehwal Pengguna di Sungai Petani cakap lain tetapi yang berlaku di bawah lain

SUNGAI PETANI 6 Feb. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di negeri itu mencukupi.

Pengarahnya, Mohd. Sakri Saleh berkata, jaminan itu dibuat selepas beberapa tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Bagaimanapun katanya, kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah kawasan adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negeri. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin dan tidak membuat pembelian panik," katanya kepada pemberita selepas meninjau bekalan minyak masak di sekitar bandar ini, hari ini.

Minyak masak yang merupakan salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu dilapor sukar diperoleh di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sejak kebelakangan ini.

Mohd. Sakri berkata, pihaknya memantau keadaan itu dan memberi amaran peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Antipencatutan. Beliau mengakui, ada kalanya bekalan tersebut menghadapi kekurangan terutamanya di kawasan pedalaman tetapi bukan dalam jumlah ketara.

"Di Kedah para peniaga diberikan kouta oleh MPOB sebanyak 2,500 tan metrik setiap bulan sedangkan penggunaan lebih. Bagi mengatasi masalah ini, kita bercadang memohon penambahan kouta kepada 4,000 tan metrik setiap bulan dalam tempoh terdekat," katanya.
(Utusan Malaysia)

Sejauh mana kebenaran kenyataan pegawai di bawah Ismail Sabri, Menteri Hal Ehwal Pengguna ini pun kita tak tahu kerana baru semalam apabila tinjaun di buat di pasaraya Tesco Sungai Petani pengguna masih merungut kerana tidak terdapat minyak masak. Yang hanya terdapat di rak-rak bahagian minyak ialah minyak jangung dan minyak bunga matahari.

Inilah yang dikatakan pegawai atasan cakap lain tetapi realiti di bawah lain yang terjadi.

01 February, 2012

Umat Islam negara ini harus memerangi sesiapa sahaja yang menyokong Israel

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Surah : al-Maidah : 51)

Kenyataan Anwar Ibrahim yang disiarkan Wall Street Journal , menyatakan sokongan melindungi keselamatan Negara Israel amat mengelirukan, beliau perlu menjelaskan sejelas-jelasnya apa maksud kenyataan beliau kepada WSJ itu tanpa memutarbelitkan pendirian beliau yang sebenar.

Ini kerana dibimbangi akan ada segelintir umat Islam yang hilang pertimbangan dan akan mengistiharkan peperangan keatas beliau kerana pro Israel.

Nampaknya dari masa ke semasa Anwar Ibrahim sudah mula melondeh satu persatu wajah beliau dan ternyata benarlah kebimbangan Hasan Ali tentang parasit yang wujud dalam PAS dan Anwar Ibrahim merupakan bapa parasit itu.

Dalam perkembangan terkini Hasan Ali akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini. Pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

Ia dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

Menurut Hasan Ali di antara matlamatnya ialah untuk mewujudkan jaringan ketiga sebagai mengimbangi parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini.

Jika terbukti sasaran pertubuhan itu dicapai maka ternyatalah PAS akan reput sedikit demi sedikit dimakan parasit menjadi kurus kering dan mati beragan yang gemuk segar bugar ialah Anwar Ibrahim.

25 January, 2012

Tanya Khoo Kay Kim apa beza Hang Tuah, Hang Li Po dan Naga?

Sejarahwan terkemuka Professor Emeritus Dr Khoo Kay Khim mencetuskan polimik terbaru apabila beliau menyatakan Hang Tuah dan Hang Li Po yang sebenarnya tidak wujud. Mungkin satu rekaan semata-mata atau cerita-cerita dongeng rakyat kerana tidak ada fakta-fakta yang konkrit tentang kewujudan mereka.

Hari ini mesyarakat Cina merayakan tahun baru Cina dan tahun ini adalah tahun Naga. Sudah berkurun masyarakat Cina merayakan tahun Naga silih berganti dengan tahun-tahun lain seperti tahun Harimau, tahun Tikus, tahun Arnab dsbnya.

Persoalannya adakah Naga itu wujud? Jika terdapat lukisan dan wajah Naga di mana sejarahnya? Mulut Naga yang bersembur api itu bolehkah diibaratkan seperti manusia bercakap berapi-api tapi kosong kerana tidak ada fakta?

Lu fikirlahhhh sendiri.

20 January, 2012

Rita Rudaini bikin malu orang Perlis

Rita Rudaini bikin malu orang Perlis apabila surat  suaminya pun nak diheboh kecohkan dalam akhbar.Personaliti sebegini bukanlah satu contoh yang baik kepada generasi muda bangsa Melayu.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.
Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.
Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata suaminya itu tidak berbuat demikian.

Rita kini bahagia bersama dua anaknya walaupun berlaku masalah dalam rumah tangganya dengan Aidil. Gambar petikan Metro Ahad.

Jelas Rita sekiranya Aidil merindui dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan, suaminya itu boleh pulang ke rumah.

“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri,” kata Rita.

Jelasnya, Aidil sepatutnya tidak perlu menghantar surat itu sedangkan dalam tempoh lapan bulan lalu, mereka berjaya menjerihkan kekeruhan dalam rumah tangga tanpa ada sebarang masalah.
Malah Aidil juga boleh berbincang untuk mencari penyelesaian dalam setiap perkara kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah.

“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar,” katanya.
Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.
(Sumber berita - Sinar Harian)

11 January, 2012

Faktor isteri PM DS Rosmah Mansor lebih lebih kritikal dari faktor DS Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU13 yang akan datang.

Kerajaan DS Najib mesti menang PRU13 yang akan datang dengan majoriti yang hebat dan kuat. UMNO dan BN yang sebenarnya akan memperjudikan masa depan parti mereka samada masih menjadi pilihan rakyat atau dibenci rakyat atau 50-50.

Oleh kerana itu DS Najib, UMNO, BN dan seluruh kepimpinan mereka haruslah terbuka dengan segala teguran rakyat mahupun pahit seperti jadam.

Faktor-faktor dalaman yang boleh melemahkan parti atau faktor yang boleh membuat rakyat hilang keyakinan harus segera dibuang.

Realitinya hari ini ialah faktor DS Rosmah dikira menjadi factor yang penting dan telah pun menyumbang kepada kelemahan kewibaawaan PM sendiri. Berbagai macam bisikan sudah didengar walaupun berbisik. Di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan berbisik, pelajar U berdemo, makcik – mak long di kampong bercakap-cakap dan seluruh anggota masyarakat sudah berbunyi, hanya mahu dilayan atau tidak itu sahaja. Atau mahu disapu ke bawah karpet merah terserah.

Kalau nak jaga hati PM dan berangan-angan panjang untuk cari makan kita jangan layan dan kita semua diam sahaja. Akibatnya kita sama-sama tunggu keputusan PRU13 nanti apa akan jadi kalau tangan yang memangkah beralih haluan kalau tak beralih selera alhamdullillah kita selamat.

Hari ini kita sibuk berlawan dengan DS Anwar Ibrahim musuh politik kita yang boleh menjejas undi rakyat kepada kita. Tetapi kita lupa faktor Rosmah Mansor juga merupakan faktor dalaman yang besar yang secara sedar atau tidak ia telah menjana kekuatan politik kepada Anwar Ibrahim itu sendiri.

Lihat dalam akhbar Utusan Malaysia muka surat 6 hari ini apabila DS Rosmah tak habis-habis dengan publisiti meresmikan Anugerah 1Malaysia Enterprise dengan kenyataan-kenyataan seolah-oleh beliau itu seorang tokoh ekonomi atau menteri. Lainlah kalau majlis-majlis itu melibatkan NGO atau badan-badan kebajikan dan amal.

Sebagai isteri PM, DS Rosmah tidak harus membuka ruang yang boleh menjadi peluru parti pembangkang untuk menembak kewibawaan suami beliau. Biarlah yang sudah terlanjur itu berlalu dan dibiarkan ia berlalu dan tidak diulangi kesilapan itu lagi. Learned from your mistake.


Jika ini tidak dihentikan amat susah bagi jentera-jentera kempen pilihanraya untukmembuat kerja mereka, janganlah mereka dijadikan keldai politik dan sasaran maki hamun pembangkang untuk mempertahan isu-isu personaliti isteri PM. Ini akan mengakibatkan ‘stress level’ mereka menjadi tinggi dan biarlah mereka fokus berkempen dengan membawa mesej kejayaan kepimpinan DS Najib sehingga ke peringkat antarabangsa.

Jika isu ini berlarutan ia akan memakan seribu kebaikan yang telah UMNO dan BN perjuangkan untuk rakyat.

Arah tuju Hasan Ali

Betapa berharganya pengundi bukan Melayu di dalam PRU yang akan datang sehingga PAS terpaksa ‘menyembelih’ pemimpin terkemuka mereka Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Dr Hasan Ali terlalu celupar, bertindak menangkap mereka yang minum arak, menyerbu gereja yang cuba memurtadkan umat Islam dan semua ini adalah tindakan-tindakan yang menguris hati kaum-kaum ini.

Hasan Ali harus bergerak di atas platform NGO atau menubuhkan parti baru mungkin ‘Parti Ulam SeMalayisa’ dan jangan menyertai UMNO kerana di dalam UMNO juga ada kudisnya iaitu MCA yang sudah terang-terangan menentang hukum-hukum Allah swt.

Perkembangan politik semasa hari ini hampir semua parti sudah tidak ada pejuang-pejuang yang berprinsip seperti Dr. Hasan Ali kerana semua politikus yang ada adalah oportunis-oportunis yang banyak mengambil kesempatan apabila kuasa diberi oleh rakyat.

Mereka menjadi rakus, riak dan mempamirkan kekayaan yang melampau sehingga rakyat menjadi jauh melihat kereta Mercedez dan isteri mereka yang mewah.

Hakikatnya demokrasi dan globalisasi dunia hari ini hanya akan meratah umat Islam hidup-hidup.

06 January, 2012

Ikuiti Wawancara Playboy dalam Harakah bagaimana beliau pernah diberi selonggok CASH

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.
Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.
Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.
Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.
"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.
"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.
Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.
"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.
"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.
"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.
"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

02 January, 2012

Long Journey To Election

sumber visual - Sinar Harian

Menceritakan insiden yang berlaku malam tadi, Haziq berkata mereka mula berkumpul di pintu utama Upsi pada jam 1.50 pagi dan sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba.

“Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar Upsi, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis.

“Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang,” katanya.

Haziq berkata, Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan dan rebah di atas jalan.

Jelas Haziq, insiden memecah pintu masuk Klinik Syifa berhampiran adalah kerana keadaan memaksa iaitu ingin membantu Safwan yang menggigil dan berlumuran darah.

“Kami tidak dapat membawa Safwan ke hospital kerana kunci kereta sudah dirampas, lalu pergi ke klinik berkenaan dan merayu kepada pembantu jururawat agar membuka pintu tetapi enggan berbuat demikian.

“Tiba-tiba berlaku adegan tolak-menolak antara kami dan pihak polis di depan pintu klinik menyebabkan pintu itu pecah, ramai yang cedera akibat insiden itu tetapi polis tidak memberi sebarang bantuan perubatan kepada kami,” katanya.

Haziq, antara 17 mahasiswa yang ditahan berkata, Safwan kemudiannya dibawa ke hospital dengan kereta rakannya.

“Saya dan 16 yang lain dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan, kemudian ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan petang tadi,” katanya.

Membaca rentetan cerita di atas yang disedut dari Sinar Harian Online sesiapa sahaja akan bersimpati dengan pelajar-pelajar tersebut. Pihak berkuasa dilihat sebagai penjahat seperti filem Tamil.

Saham Anwar Ibrahim yang telah jatuh merudum kerana pendedahan video zina hari ini telah mencanak naik untuk diraih keuntungannya oleh parti chuvanist DAP.

Jika situasi ini tidak ditangani dengan cermat dan cepat nampaknya perjalanan kearah pilihanraya umum yang dijangkakan pada tahun ini akan mejadi jauh dan berliku. 


Sumbangan Bantuan Rakyat 1M yang menjadi ‘feel good factor’ yang sedang diagih-agihkan kepada rakyat yang layak akan hanyut dan tidak mendatangkan pulangan atau ‘political milage’ kepada Kerajaan pimpinan DS Najib.

Cadangan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, agar mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan bagi mencari jalan penyelesaian harus diberi perhatian.

Mungkin Dr Asri telah menghidu bunga-bunga disebalik tabir yang ramai tidak tahu khasnya peranan Datuk Saifuddin Abdullah selama ini.

Persoalannya siapakah yang mengajar anak-anak siswa kita tidur di atas jalan raya walaupun diberi tilam empok ?