24 October, 2012

Harapkan bermain salji di Switzerland kini gigit jari

Geneva adalah nama terkenal sebagai pusat kewangan terkemuka dunia terletak di Switzerland. Sebuah negara cantik yang menjadi cita-cita untuk dilawati. Ekonomi Geneva berorientasikan perkhidmatan khasnya sektor kewangan yang penting dan perbankan swasta tertua. Mereka mencatat pengurusan aset kira-kira 1 trilion USD serta membiayai perdagangan antarabangsa.

Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat serbuan Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urus niaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit. Operasinya adalah sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah. Hasil siasatan juga mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) telah melebihi aset syarikat itu. Dengan jelas ia menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Tidak dinafikan terdapat segelintir pelabur pada peringkat awal tertipu dengan nama Geneva dan Genneva. Sebutannya mungkin sama tetapi pelaburannnya langsung tidak sama. Mereka beranggapan ia merupakan pelaburan yang bersangkut paut dengan Geneva Switzerland dan pelabur-pelabur juga sudah berangan-angan apabila kaya dengan untung pelaburan jongkong emas ini mereka akan terbang ke Switzerland untuk bermain salji dan meluncur ski di sana.

Rupa-rupanya mereka bermimpi di siang hari. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mengharapkan pulangan pelaburan dengan goyang kaki kini berakhir dengan tidur di atas jongkong-jongkong emas yang perlu dilebur dahulu untuk dijadikan perhiasan isteri. 

Semalam saya terjumpa seorang rakan yang melabur sebanyak RM200ribu dengan wang hasil hadiah persaraan terduduk mengosok-gosok lima keping jongkong emas sebesar dua jari.

3 comments:

  1. Pak Merbok,

    Klau la gambar jongkong emas kat atas tu la yg Pak Merbok refer rakan dok gosok2 lima keping jongkong emas sebesar dua jari tu, jadi berat total emas dia 250gram.

    Saya semak harga emas dunia satu gram sama dengan USD1711 atau RM5237. Klau emas dia betul la 250gram maka dia ada USD427,750 atau RM1.3 juta.

    Untung le klau dia just invest RM200k untuk beli jongkong emas tu. Cuma persoalan sekarang, dia invest kat emas betul ke atau dia just beli kertas bill deposit saje?

    ReplyDelete
  2. Kalau begitu aku pun nak labur.
    Tapi kalau ikut rate maybank gold hari ini:
    Satu gram = RM164.00 kalau 250gm baru RM41,000 x 5jongkong = rm205,000.
    Kaputttt.

    ReplyDelete
  3. USD 1711 tu satu ounce lah .. per gram USD 55.11 .. so cikalao emas dia 250gm dia ada 13,777 USD .. so cikalao dia beli dari genneva yang charge premium masa beli iaitu semanyak 20% (lebih dari bank/pohkong/habib dan yang sewaktu denganyer) maka rakan pak merbok barangkali rugi .. kerana nak kena jual balik pada bank/pohkong/habib dengan hargenye yang amat rendahnya sekali puun

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.