31 October, 2012

BEKAS PENGERUSI KEDAH CORPORATION JAWAB FITNAH USTAZ AZIZAN

Kenyataan akhbar Bekas Pengerusi KCB sambil dijeling oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok
SUNGAI PETANI - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian.

Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD. 

Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.

Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir Pas ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB. "Isu ini timbul ekoran kegagalan KCB, bukan dalam projek yang dibuat sewaktu saya jadi Pengerusi Eksekutif sebaliknya selepas mereka (kerajaan negeri) gagal melaksanakan projek pelaburan (pembalakan) di Papua New Guinea," katanya. 

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya, katanya mengikut perjanjian, TMD akan membayar pampasan ke atas tanah persendirian termasuk di kawasan penempatan setinggan.

Baru-baru ini Azizan mendakwa empat projek yang dijalankan ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah gagal sehingga menyebabkan kerajaan negeri menanggung beban hutang yang banyak. Projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai International Park.- Bernama

5 comments:

  1. Jawab Jangan tak Jawab (JJJ)October 31, 2012 at 11:32 PM

    Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Pemegang utama saham Tera Monda ialah pelabur dari Swiss yang memegang 51 peratus kepentingan.

    Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana KCB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham.

    Nisbah keuntungan sangat tidak seimbang, terang-terang KCB jadi pecacai pihak asing. Masalahnya tanah yang dijanjikan KCB itu bukan miliknya. Yang menanggung beban itu tentulah kerajaan negeri. Maklumat awal, premium tanah sahaja yang terpaksa ditanggung (kerugian?) oleh kerajaan negeri ialah RM36 juta.
    KCB juga dikatakan akan membina 'mahligai' bernilai RM7 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian). Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut kerana pengurusan Perbadanan Menteri Besar (PMBKed) yang menaungi KCB tidak mahu memberi Power of Attorney kepada 990East Langkawi. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.9 billion dan sebahagian projek sudah bermula.

    ReplyDelete
  2. Air Mata Rakyat Kedah.November 1, 2012 at 7:06 AM

    sebab itu lah pengerusi yg zaman BN dulu katanya kerap sangat ulang alik Singapore.

    apa pun mereka dah kaya raya ,hidup senang lenang,

    yg susah rakyat jelata.

    makin banyak terbongkar isu dan skandel buat duit dikalangan ahli politik Kedah.

    Umpama rakyat Kedah keluar dari mulut Naga pindah masuk dalam mulut Harimau.

    Sebab itu PRU 13 rakyat jelata nak tunggu dan lihat siapa calon.
    Lambang parti sudah tidak relevan lagi.

    Kalau umum calon awal-awal lagi bagus.Boleh buat keputusan awal-awal.Boleh kenal muka calon bersih ke kotor.

    Itu lah hikmat pada rakyat.Sebab itu rebut kuasa dan jawatan .Rakyat digula-gulakan.

    ReplyDelete
  3. Kalut, kalut,
    Kita ingin tahu apakah proses pelatikan syarikat dari Singapura itu? Mengapa hanya satu syarikat dipilih?
    Pulangan yang begitu banyak mesti ada sesuatu yang xxxx pun banyak.
    Jutawan tu....

    ReplyDelete
  4. tajul dan azizan razak 2 x 5 sja.....
    pakat2 pulun dan jual gadai tanah negeri.....
    apa makna nya ini.......

    ReplyDelete
  5. Bertuah lah Ketua UMNO Merbok.
    Tarik pun masuk.
    Surung pun masuk.

    Apa hal pula dgn Bernama TV.
    Ketua UMNO mana pula yg terlibat.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.