02 September, 2011

Tau punnn..

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini kerana Somalia yang mengecapi kemerdekaan sejak 1960 masih jauh ketinggalan berbanding Malaysia yang mencapai kemerdekaan tiga tahun sebelumnya.

Jelasnya, ketamakan mengejar kuasa dan jawatan di Somalia juga menyebabkan rakyatnya menderita.

''Dahulu Somalia cukup maju, tetapi kerana tamakkan kuasa, negara ini hancur. Harap ini tidak akan berlaku di Malaysia. Ambil contoh apa yang berlaku di sini," katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 di sini semalam.

5 comments:

  1. Saya dah kata dah tuan MT.Jangan jadi ketam tua ajar anak nya sendiri.Herot petot bila dia sendiri pun berjalan.Harap-harap bila balik Malaysia nanti amalkan apa yang dikatakan itu.Tahniah Dato Azezz Rahim.Susah payah kenegara Afrika kerana atas dasar kemanusiaan.Jangan bila jadi bubok baru sedar segalanya.Inilah peringatan pada sekelian pejuang tulin.Bukan hambat kuasa dan jawatan untuk temolok sendiri dan kroni.

    Orang berkuasa lapar jawatan kemewahan.Rakyat miskin lapar pada makan minum pakaian dan perlindungan.

    Pasang niat bagi betul demi agama bangsa dan tanah Melayu.

    ReplyDelete
  2. TOK SAH DOK PERLI ORANG LA. KURANG-KURANG DIA BERANI PI SOMALIA DAN BANTU SAUDARA SEISLAM DI SANA KETIKA SIPENGATA DOK LENA KENAN KETUPAT. TAHNIAH DATO' AZEEZ.BIAQ ORANG KATA KERANA KITA BUAT KERJA. JANGAN ORANG KATA PASAI TAK BUAT KERJA. DOA ORANG YANG KITA TOLONG TU LEBIH BERKAT. KALAU DOK LAYAN MANUSIA-MANUSIA PENDENGKI TERUTAMA MELAYU NI APAPUN KITA TAK BOLEH BUAT. SEMUANYA DIKATA. BUAT BAIK PUN DIKATA. BIAQ PI LAH. CUMA. SAYA TERINGAT PESAN GURU SAYA DULU. NAK TAHU ORANG BAIK DENGAN ORANG JAHAT NI SENANG SAJA. ORANG BAIK NI KATANYA AKAN CARI KEBAIKAN ORANG TAPI ORANG JAHAT NI SENTIASA PULA MENCARI KEJAHATAN ORANG. ITU SAJA. JADI. PAKAT-PAKATLAH KITA MUHASABAH DIRI SENDIRI. KITA NI BELAH MANA.

    ReplyDelete
  3. yang kita tahu ketua bahagian di kedah guna wang yang banyak untuk beli undi,untuk dapat kuasa dan berebut untuk dapat pangkat-tapi kini lain pula cakap,
    agaknya bila sudah dapat pangkat dan kuasa barulah nasihatkan org pula, agar org kekalkan mereka2 ini berkuasa lagi,
    org lain pun boleh pi buat kerja di mana2-asalkan zahid bagi kapalterbang dan lain2 keperluan-major anuar pun boleh buat benda ini-bagi peluang dia buat kerja-tentu beres dibuatnya,
    maju jaya berebutlah jawatan dalam umno......

    ReplyDelete
  4. Nak senang cerita.Pendek kata Parlimen Baling ini lebih wajar diberi pada Dr Masitah lah.Lagi pun dia dah memang buat kerja untuk rakyat Baling.Dato azeez dia taraf dunia antarabangsa.Baru adil namanya.Takut hebat nama di Somalia Parlimen Baling dapat kat PAS lagi.Masa tu apa buat.Cuba hanpa pakat-pakat fikir.Nak pangkat BN dan UMNO orang Baling.Yang ni lagi penting.

    ReplyDelete
  5. si masitah tu buat apa, sekarang org BALING dah tahu perangai Masitah-dengar kata dia terlibat bawa duit ke singapura-diriwayatkan oleh org2 kanan beliau,
    sekrg ni SB sedang siapkan lapuran termasuk tipu tandatangan cek-tiru signature org-juga diriwayatkan oleh org2 kanan beliau,
    maka elok lah man bt palong jdi calun-anak tempatan dan anak jati Baling-lebih APDAL,
    dengar kata jasimin akan jdi calun parlimen Baling-anak jati Baling,sahak mat dun Kupang,kairul dun kuala ketil, dan bayu hjh.janah,

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.