07 June, 2011

Hayatilah dengan penuh mendalam Kata-Kata Aluan Ketua UMNO Bahagian Merbok

“Saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahliUMNO Bahagian Merbok agar merapatkan barisan dan menghapuskan sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas sesama kita. Di antara kita ibarat carik-carik bulu ayam, bertaut jua akhirnya”.

Itu lah kata-kata aluan Ketua UMNO Bahagian Merbok yang tercatat dalam buku Persidangan UMNO Bahagian Merbok 2011 yang diedarkan kepada setiap perwakilan cawangan pada 28hb Mei 2011 di MRSM Merbok.

Kelazimannnya peratus yang membaca Kata-Kata Aluan di dalam buku tersebut amat sedikit sekali malah ada perwakilan yang langsung tidak buka beg yang diberi hanya digantung di tiang seri rumah sehingga tiba mesyuarat tahun hadapan atau menjadi sarang lelabah beranak-pinak.

Jika majoriti perwakilan tidak membacanya kerana sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas tidak berlaku di kalangan mereka sebaliknya berleluasa di peringkat kepimpinan atasan bahagian.

Maka ini bermakna mesej yang dibawa oleh Ketua Bahagian Merbok ini  yang sebenarnya ditujukan pada diri beliau sendiri.

Ada pada siapakah sikap iri hati, mengadu domba, dengki-mendengki dan cantas-mencantas ini?

“Ibarat carik-carik bulu ayam, bertaut jua akhirnya” apa kah bulu ayam sudah bertaut sejak berakhirnya pertandingan bahagian tempohari sehingga hari ini? Atau bulu ayam itu sudah koyak rabak, hancur bochai? apabila usaha-usaha untuk masyarakat oleh Datuk Arzmi Hamid sentiasa dipandang serong dengan penuh dendam dan curiga?

Inilah retorik politik yang cakap tidak serupa bikin. Depan lain belakang lain. Telunjuk lurus kelingking berkait.

7 comments:

  1. aku naik cemuih dengan hampa ni...bila KB kata macam tu hampa kona dan tafsir macam-macam...bila KB tak kata macam tu hampa kata KB tak usaha pebaik bahagian dia...semua orang buat tak betui...macam puak PAS jugak..habis tu bila nak selesai...sudahlah...sebenarnya puak yang dok kata kat KB ni sendiripun teruk lagi...dia akan puji KB yang sama puak dengan dia saja...kalau dah hebat sangat kepimpinan hampa...beri khidmat dengan elok...bukan nak menunjuk...sampai orang kenai...lepas tu masuk lawan AJK ka...atau kalau dah KB tu teruk sangat ...hampa lawanlah KB tu...tapi kalau kalah toksahlah dok tuduh orang bukan-bukan...politik ni macam tu lah...kalah menang biasa la...pengalaman aku tengok bukan senang jadi KB yang siang malam orang mai rumah minta tolong...kalau tak dak sampingan..mampuih... terima saja ketua bahagian yang majoriti sokong...KB mana pun sampai masanya kalau dah orang tak mau dia turun jugak...tapi kalau dia buat benda yang baik walaupun dia bukan puak kita kenalah kata baik...tentang niat apa tu serah saja kepada Allah...kita ni siapa yang nak soal sampai macam tu...

    ReplyDelete
  2. KB sahaja bagus..Yang lain berlakun sahaja. DR Mail & Man Boleh ???? Boleh harap !!!! Kalau sibuk dengan jawatan di UNIMAPS jangan pegang jawatan. Tunpu satu2. Man Boleh dok kira nak jadi calon...apa barang...????? JKKP Induk jadi apa? Dok kira nak tonjol diri dan kekal jawatan sahaja..... Harap KB sahaja bergerak rata, yg lain mampu independent?

    ReplyDelete
  3. Kalau ikhlas nak tengok penyatuan dalam UMNO Merbok, tak payah nak tunggu sampai orang tak suka. Letak saja jawatan sebagai Ketua Bahagian.Cukuplah tak payah nak ungkit-ungkit sumbangan kepada masyarakat selama ini.Lagi pun sejak zaman Tun Daim hingga sekarang siapa tak kenal Tajul Urus dengan matlamat perjuangannya.

    Mana mungkin sebagai pegawai pendidikan satu masa dulu dapat hidup dalam kemewahan seperti sekarang walaupun belum pernah menjadi wakil rakyat.

    Prinsip perjuangan perlu konsisten, menabur budi dan jasa adalah keutamaan. Namun cara mungkin berlainan.Pohon yang dibajai itu bukan sahaja untuk diri sendiri dan juak-juak yang lapar seperti jerung tetapi untuk semua yang memerlukanya.

    Ahli UMNO tahu Barisan takkan kalah pada PRU 12 Bahagian Merbok. Namun liciknya mainan politik. Pertukaran kerusi di saat-saat akhir menyebabkan perasaan meluat ahli-ahli kepada KB hingga ramai tak turun mengundi, mereka rela memberi undi kepada pembangkang walau dianggap derhaka tatapi adalah lebih jijik menikam dari belakang untuk menggemgam kuasa.

    Ada apa pada KETUA kalau rakyat dah tak suka hanya PENGIKUT yang BERMUKA-MUKA.

    ReplyDelete
  4. Satu ulasan dan komen yang perlu diambil iktibar. Cukup-cukuplah berilah ruang kepada orang yang boleh diterima rakyat bukan hanya yang pandai ' mengayat '

    ReplyDelete
  5. Pilih calun kesukaan rakyat bukan kesukaan UMNO shj.KB bukan pilihan rakyat dan UMNO tapi pilihan Ajk dan Ketua cawangan upahan yang akhlak dan moral rendah dan jijik kerana boleh dijual beli saperti ayam bakar
    sahaja.Confirm PRU13 Akan terima kekalahan paling teruk lagi dari PRU12 jika silap perhitungan pemilihan calun

    ReplyDelete
  6. Tengok saja di kawasan peti undi Sg. Lalang dan Taman Ria. Dua kawasan ini sahaja boleh menentukan kalah menang Parlaimen Merbok. Apa yang Cawangan-cawangan di kawasan ini buat untuk mengimarahkan cawangan. Asyik-asyik mesyuarat dan perjumpaan ahli.

    Waktu inilah perlu ada program dan aktiviti yang melibatkan keseluruhan masyarakat. Dalam keadaan kepincangan PKR dan ketidak tentuan PAS KB perlu mengambil kesempatan untuk menonjol kembali UMNO sebagai parti yang dinamik dan progresif.

    Masalahnya kebanyakkan AJK Cawangan yang ada sekarang Pak turut, mandom tak kreatif.

    Kalau ada yang memberi cadangan yang bernas dan inovatif dilabel sebagai Hang Nadim, takut satu hari nanti yang dok ada la ni akan hilang kuasa.

    Harap-harap Pucuk Pimpinan Tertinggi buatlah sesuatu untuk memulihkan keadaan.

    Masih ada yang sayang pada UMNO tapi cukup meluat dengan pemimpin-pemimpin yang sepatutnya sedar diri dan perlu undur.

    Bukan sahaja di Bahagian Merbok malah bahagian-bahagian lain yang seumpama denganya.

    ReplyDelete
  7. kah kah kah,orang umno tengah dok berperang ni.pkr,hampa tak buat kerja pun hampa bolih menang.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.