14 April, 2011

DS Najib lulus pembinaan mesjid baru Kampung Sungkop

Datuk Arzmi Hamid di samping pengundi muda. - pic ihsan spmc-club
Kampung Sungkop yang terletak di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Kawasan Parlimen Merbok akan memperolehi sebuah mesjid baru yang bernilai RM1.5 juta hasil usaha bekas Wakil Rakyat Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid.

Perhubungan akrab Datuk Arzmi Hamid dengan PM DS Najib ternyata telah membuahkan hasil yang baik bukan sekadar rakyat Kampong Sungkop sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat Bukit Selambau.

“Apabila pihak pentadbiran UMNO Bahagian Merbok gagal membantu kami, pihak kami telah membawa permohonan projek ini kepada Datuk Arzmi dan berkat usaha beliau membawa permohonan ini kepada PM maka alhamdullillah berjaya juga akhirnya” kata salah seorang AJK JKKP Kampung Sungkop.

Menurut beberapa rakan di bahagian Merbok, pentadbiran bahagian gagal menangani banyak isu-isu rakyat kerana pertelingkahan di dalam bahagian itu yang tidak berkesudahan sehingga hari ini.

Sehingga ada yang meramalkan PRU13 yang akan datang kawasan Merbok akan terus menjadi jajahan takluk PKR dan PAS kerana UMNO gagal berfungsi untuk menjadi juara rakyat.

“Juara Rakyat” kepada mereka hanyalah kata-kata retorik sebagai halwa telinga kepada pengunjung tegar kedai kopi di kampung.

13 comments:

  1. Ada yang panaih pungkoq lepas ni.. loncat2..

    ReplyDelete
  2. Apakah ini bermakna kepimpinan Datuk Mi masih diperlukan? kerana pemimpin bahagian yang ada sekarang ini hancusssss..
    UMNo sakit lagi...dah tak larat dengan PKR ni, langsung tak turun padang.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Tok Mi Janggut.Harap ketua bahagian yg ada eksyen je lebih.Banyak tu pun tak boleh settle.Tajul akan lari malam terjun sungai merbok.Kalau macam tajul ramai dan berlungguk boleh jadi ketua.he he he he.buat masjid hoooo

    ReplyDelete
  4. Rasanya kena ada muka baru dalam Merbok..

    ReplyDelete
  5. RAKYAT PURA CENDANAApril 15, 2011 at 7:19 AM

    Kadangkala kita tidak faham mengapa harus ada permusuhan di antara dua pemimpin ini.
    Ketua yang ada harus berpakat dengan Dato Azmi untuk membangunkan Islam, Melayu dan UMNO dalam kawasan ini.
    Ini tidak, makin hari makin bercelaru sehingga kepada majlis pun diboikotnya Dato Azmi.
    Ketua Bahagian yang tidak bawa perpaduan harus disingkir samasekali kerana gagal menghubungkan silatulrahim sesama Islam.

    Pikior, Pikior leeeee.....

    ReplyDelete
  6. Merbok dah jadi burung nerbok berak tahi kapur.Tajul eloklah kemas fail turun dari pejabat umno pi relax di ostolia.Harapan jadi calon pun dah tak nampak cahaya lagi.Ajak Ali SP dan Rahman Psg Serai join sekali.

    ReplyDelete
  7. tahniah tok mi kerana memberi bantuan,
    tahniah tok tajul kerana membiarkan bantuan,
    eloklah kedua-dua tok ini tidak diangkat lagi sebagai calun pru13 di merbok ni, bagi lah peluang kpd orang-orang muda pula, ramai yang ada dari kalangan puteri dan pemuda, depa ni pun kalau diberikan peluang juga akan berjaya memegang amanah parti dan rakyat,
    berdamai lah si tua tua tu....

    ReplyDelete
  8. Bersatu-Bersetia-BerhidmatApril 16, 2011 at 8:52 PM

    Yang penting rakyat dapat faedah.Bukan masa siapa jadi jaguh.Yang prnting semua ini jasa UMNO/BN.Imarahkan kan masjid tu bila siap nanti.Jangan UMNO minta buat masjid kemudian PAS tadbir masjid.UMNO perlu bersatu padu.Ahli dapat berkat.Pemimpin muafakat baru aman damai.

    ReplyDelete
  9. elok sangat la,dato tajul buat rumah haram untuk geng dia atas tanah wakaf masjid sungkop.dato mie bagi duit untuk buat masjid.

    ReplyDelete
  10. tajul dah naik angin kes masjid sungkop ni.malu agaknya.kerja tak jalan.biar lah dia terjun dengan labunya.Masa depan dia pun dah gelap.kalau jadi calon pun kalah awai lagi.

    ReplyDelete
  11. Tajul dah gelabah kerana menggunakan kekerasan agar G7 tidak dipertandingankan.Dia risau Dato Azmi dan Dato Zubir akan mendapat majoriti tertinggi dan sedikit sebanyak menggugat kedudukannya dari segi populariti.Dato Azmi dan Dato Zubir diterima dan disukai akar umbi dan pengundi atas pagar.Dato Tajul banyak dosanya dan orang ramai amat meluat dgn kerenahnya yg tidak ikhlas menjalankan kerja kerana semata-mata terlalu kemaruk nak jadi calun.Lantiknya jadi calun sudah pasti mengundang kekalahan lebih asal .

    ReplyDelete
  12. Tajul takut sgt dengan bayangan Dato Adzmi kerana man tan Ketua bahagian itulah disukai rakyat.Rata-rata ahli UMNO rasa menyesal kerana memilih si Ketul ini yang rakus, gelojoh dan sanggup membuat apa saja demi mencapai impian menijadi calun PRU13 nanti.Dia menjanjikan perubahan tapi sebenarnya helah beliau utk meraih undi agar dpt menjadi Ketua bahagian.Lihat dia masih mempamirkan silap burok dia kembali seperti mencatas dan menghentam org.Elok sgt dia memilih Ramli mamak yg bongkak sombong serta akhlak buruk menjadi setiausaha .

    ReplyDelete
  13. kalau mantan disukai rakyat, tak kan leh kalah dalam pilihan bahagian... dengar kata, mantan tu sakit gila ker????

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.