23 January, 2011

Ketua Penerangan UMNO Merbok dipecat

Datuk Zubir di tengah
UMNO Merbok nampaknya bergolak teruk. DS Najib baru sahaja menasihat supaya elakkan perbalahan dalaman jika BN ingin menguasai Kedah kembali semasa lawatan kerja beliau baru-baru ini.

Belum pun sempat dakwat kering perbalahan sudah tercetus apabila Ketua Penerangan Bahagian Ybhg Datuk Zubir Saad dipecat dari jawatannya kerana dikatakan melawan tauke.

Kekerapan Datuk Zubir turun padang berjumpa ketua-ketua cawangan dan JKKP dilihat satu ancaman kepada Ketua Bahagian.

Populariti Datuk Zubir ternyata mengatasi populariti Ketua Bahagian kerana Datuk Zubir dikira seorang hartawan yang dermawan tidak lokek untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan yang dipohon oleh ketua-ketua cawangan.

Tindakan Ketua Bahagian yang tidak berapa cerdik ini adalah salah satu usaha cantas mencantas seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir.

Datuk Zubir adalah mangsa kedua selepas Tuan Syed Osman dicantas sebagai AJK Bahagian kerana terlalu menonjol atas platform Perkasa.

Menurut sumber beberapa lagi individu-individu di dalam barisan UMNO Bahagian akan menerima padah yang sama di dalam usaha memertabatkan Ketua Bahagian sebagai hanya tokoh tunggal yang layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.

Nampaknya Merbok tidak berubah walaupun di dalam kalah.

36 comments:

  1. hah nampaknya MERBOK kembali PANAS!!!!!!!!apa pula strategi ketua bahagian,,,,,bukankah dato zubir ini orang kuat det khalid yg diletak di merbok kononnya nak jaga politik det khalid bersama tajul ,,,,,Geng kasim baba dan 40 penyamun.

    ReplyDelete
  2. Ketua bahagian Merbok umpama cacing kepanasan. Tunggu skandalnya akan didedahkan.

    ReplyDelete
  3. kita tunggu siapa yang kena...

    ReplyDelete
  4. SU bahagian Ramli Karim beli kereta baru bayar cash.Mana dia dpt duit sebanyak itu.Ha..... Org. Merbok. dok tidok lagi yeer.

    ReplyDelete
  5. Betul ke Ketua Penerangan Umno Merbok di pecat..Ini cerita karut kot ???..Yang kami tau..Datuk Zubir sendiri yang takut kepada bayang2.. Yang itu adalah lah..Dia pun sedar bahawa dirinya tak buat kerja sepertimana yang di harapkan Olih Datuk Tajul selaku Ketua Bahagian..Ketua Penerangan kena buat kerja aktiviti penerangan.Kena tumpu aktiviti di Bahagian. Bukan dok kalut pasal benda2 lain..Kita nak ambil balik negeri Kedah ni dari tangan pembangkang..Bukan dok kalut pasal berniaga itu dan ini..nak cari peluang sebanyak yang mungkin..Ini bukan dok reka cerita..Datuk Zubir sendiri yang dok bagitau..kadang2..dia dok sembang2..jadi tersalah cakap..Orang semua tau..Masuk cawangan2 banyak buat janji..bila janji tak di tunai..jadi taik lah janji tu..Janji sana,janji sini..Tidak menasabah di akal,populariti Datu Zubir melebihi Datuk Tajul di Umno Bahagian Merbok ni..Tanya sapa pun,orang tau jawab..Datuk Zubir tak buat kerja,nak mai populariti macam mana..Jadi tak ada sebab,Datuk Tajul nak takut soal populariti atau tidak..Nak jadi Wakil rakyat,kena buat kerja..Bukan cuma dok angan2 sahaja..

    Saudara Abdul Rahman Ahmad( Man Bolih)Naib Ketua Umno Bahagian Merbok dok buat kerja membantu Datuk Tajul,tak timbul masaalah pun..Man Bolih masuk rata cawangan dan kampong..semua orang tau..Yang penting,buat kerja..Bukan buat taik..

    Soal Ramli Karim beli kereta cash pun buat cerita..Kalau beli cash pun,apa salahnya,apa lagi kalau cara hutang..Eh..Melayu main politik macam ni ke??..Dok perhati habeh soal remeh temeh..Yang kaum lain berkereta besar,gedung besar,rumah besar,kita bolih tengok saja ke..Tak payahlah main politik sampai macam tu..Malu..Malu..Bukan masa nya lagi kita dok berdengki dan iri hati sesama bangsa..

    ReplyDelete
  6. Kalau tiada angin masakan ada ributnya.Usahawan yang berjaya macam Dato zubir tidak akan membuat kerja yang membuang masa dan tindak tanduk yang tidak professional
    .Kejayaan beliau menarajui syarikatnya kira-kira 20 tahun lalu merupakan asas kayu ukur untuk menilai akan kerja buat disamping kebolehan yang luar biasa menerajui rangkaian syarikat zuffa Pharmacy yang belum ada lagi bumiputra lain mampu menyayanginya pencapaiannya juga merupakan lambang keupayaan untuk menerajui sesuatu organisasi dengan lebih berjaya dan berkesan lagi.
    Setakat pandai cakap dan kebolehan memfitnah dan berbohong sana sini dengan sikap hipokrit yang terbukti rendah akhlaknya usahlah cuba menafikan sumbangan dan kerja buat dia terhadap parti keramat ini.Pemimpin peringkat negeri dan nasional menilai seseorang dgn secara yang cukup adil dan ikhlas bukan dipengaruhi oleh sentimen dendam kesumat dan hina menghina untuk menjatuh seseorang secara yang cukup jijik dan kotor dgn menafikan yang benar.

    ReplyDelete
  7. Zubir tu kaki pompuan..lagu tu hampa nak dia lagi..cakap lagu keling..sama lagu hashim penerangan..

    ReplyDelete
  8. janganlah lagu tu.musuh kita adalah pr.elok kita berbaik sesama sendiri.kalau ramli karim beli cash pun atas komisyen yang dia buat kerja.ini sah disisi undang undang.kalau hampa sendiri tak mau buat jangan salah orang.

    ReplyDelete
  9. Soal kaya lain..Soal politik lain..Tak semestinya seseorang itu menjadi kaya raya..dalam politik pun dia nya juga hebat..dan tak semestinya orang itu miskin.tetapi dalam politik dianya turut miskin..Bab politik tidak ada dalam buku..politik itu seni..Bukan senang untuk menjadi seorang ahli politik..

    Main politik bukan semudah yang di jangkakan..Bukan bolih melompat antara satu parti kesatu parti yang lain,asalkan nampak ada peluang..Ini namanya politik cari kesenangan dan kekayaan..Kita yang menjadi ahli parti perlu menilai seseorang itu secara rasional,bukan kerana dia nya itu kawan kita..Perjuangan parti perlu di utamakan..Itulah yang perlu ada kepada setiap ahli Umno..Dan kita bermain politik,janganlah ada sikap2 menjadi duri dalam daging..Didepan berpura pura baik,tetapi menikam dari belakang..

    ReplyDelete
  10. Tanda2 UMNO Akan hancur dah mula dirasakan di negeri Kedah .....Ajk asyik dok dangdut. Tak puas di Indon buat atas screen hand pulak macam seorang Ajk di Merbok tu.

    ReplyDelete
  11. Kejayaan , rahmat dan keberkatan banyak bergantung kepada kepada hubungan kita dengan dengan Allah disamping bekerja keras, berdisiplin serta mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi.

    Kalau masih gagal walau pun dah berusaha berkali-kali kita harus bermuhasabah diri dan mengkaji tentang hubungan kita dgn Allah.


    Ingatlah jika kita mempunyai hati yang ikhlas,
    jujur,amanah dan beriman insyaallah dalam apa pun bidang yang kita ceburi akan mendapat keberkatan dan laluan yang dipermudahkan oleh Allah.


    Pengalaman yang luas tapi dipergunakan dijalan yang salah mesti mendapat kemurkaan dari Allah.Kebolehan dan kepintaran yang dianugerahkan beserta dengan keimanan dan kerja kuat insyaallah akan dapat memperolehi kemahiran sesuatu bidang dengan lebih pantas.


    Yang pentingnya tanya diri sendiri kenapa kita selalu gagal?Fikir-fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  12. Kedahtimes janji nak dedahkan skndal maner?

    ReplyDelete
  13. Razak Raman ka yg gemar lihat Hot Dangdut tu.Rendahnya akhlak dia...tak malu sungguh yer.

    ReplyDelete
  14. razak Ajk Merbok tu memang macam tu perangai nya... Jiran meluat Kat dia.jangan dok lihat Hot Dangdut Anjing pulak nanti.

    ReplyDelete
  15. Allah menggerakkan hati pemimpin kita untuk memilih calun ketua yang sesuai jika sekiranya percaturan kita tidak lari dari perjuangan yang tidak terpesong dari aqidah , serta menjauhi rasuah ,fitnah ,dengki khianat dan perbutan balas dendam.Tak tahu pemeimpin yang ada sekarang benar2pilihan Allah dan direstuinya serta mendapat keberkatan dari Allah atau tidak.Wallah hualam.

    ReplyDelete
  16. pemimpin yang beriman dah berpekerti tinggi tiada di Merbok ini.Hampasss nyok saja yg ada

    ReplyDelete
  17. Razak raman oiii ..... DANGDUT BASAHH HAHOHAHAHOHAHOHHHOOO.

    ReplyDelete
  18. Zubir kaki pompuan? Barisan pimpinaan Merbok mana yang tak kaki pompuan. Dlm bab ni Zubir kalah dengan mereka semua. Walaupun liaq jug dia dok ushar Wanita.....
    John Labu

    ReplyDelete
  19. Merbok tiada pemimpin yang boleh menandingi Tun Daim mahupun Dato Rosnah Majid. Saki baki yang tinggal semuanya tiada kelas langsung untuk berada dalam persada pemikiran moden.
    Yang ada boleh cakap orng putih? Timb Ketua, tak lancar mana pun (berpeluh2 lagi) Naib Ketua, sepatah haram pun tak boleh. AJK hampir tiada langsung (90%). Tuan Syed Osman patut buat kelas sebelum meninggalkan AJK.
    Pemikiran kreatif, idea, inovasi dan seumpamanya..mampukah mereka berbuat demikian?
    Datuk Zubir khabarnya telah mengorbankan RM untuk gaji Ramli Karim, Din Taman Wira dan lain2 lagi. Khabar dia tak menyumbang mungkin satu fitnah.
    Walaupn tak sebaik mana, dia boleh di katakan Ketua Penerangan terbaik buat merbok.
    Razak? Kecoh duit ceramah pur yang lalu berapa banyak?
    Hashim Penerangan ampu Zubir cukup kuat, belakang kecam bukan2.
    Apa pun Merbok tiada keinsafan atas kekalahan.

    ReplyDelete
  20. Salam bloggers,
    Ternyata Merbok ketandusan pemimpin.MT bertemu datuk Mokhzani di KL, beliau ternyata kecewa dengan sikap-sikap pemimpin bahagian yang ada. Cantas habis Kata nya.

    Merbok tinggal Habok.

    ReplyDelete
  21. DZ mudah didekati , ramai peminat tapi pegangan ugama dia kuat juga.Ibarat jinak2 merpati

    ReplyDelete
  22. sebenarnya depa nak pekena Dato zubirlah.Perabut baru dlm pejabat UMNO tu duit Dato zubir jugak dan dia banayk membantu prorgram bhgn .Tapi puak2 pelesit ini tak pernah puass kalau tak boleh godam sampai kawan tu papa kedana.

    ReplyDelete
  23. Taubatlah razak tak usah dok danggut lagi.. malu semua org tahu.Tabiat makan duit juga buanglah dan insaflah diri.

    ReplyDelete
  24. Merbok perlu DISUSUNSEMULA untuk kembali zaman Kegemilangannya.......PERLUKAN "DIMENSI BARU" untuk UMNO KEMBALI KUAT dan DIHORMATI,,,,rakyat yg ada dalam Parlimen Merbok adalah perbagai Lapisan yg banyak ilmu dan rata2 berilmu dan mempunyai Pengetahuan yg Luas.Pemikiran UMNO mestilah KEHADAPAN,,dan memahami masaalah POLITIK sebenar,,,,,,,,,orang lama,sangat2 dihormati ,jasa dan pengorbanan mereka tetap dingati,,tetapi "game politik" hari ini perlukan satu pasukan yg kuat,,,sanggop bekerja Pertahankan Melayu....dan kembalikan "KEYAKINAN" rakyat pada UMNO,,,,,,,,Ramai ahli UMNO yg muda dan semangat tinggi bolih memimpin di merbok,,turun kebawah dan cari,,,,insyallah ada,,,,,,,,budaya cantas mencantas,,,,,biarlah pergi bersama sama pengamalnya,,,,,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  25. Eh.eh puak duri dalam daging ni semua merawet rata orang..Kalau dah rasa kecewa pun..tak payah lah dok kata kat orang itu dan orang ini..Muhasabah diri tu elok2..KENAI diri sendiri tu siapa sebenar nya kita..Tak malu ka dok kata kat orang,,tapi sebenarnya kita tu sapa. Baguih sangat ka..Kita perangai lagu mana.. Orang suka ka kat kita.. Diri sendiri tu tak tau la,apa orang dok kata kat kita..Memang depan kita,bila kita dok cakap semua orang tak kena,tak betui..Orang hangguk kepala. Segan nak bertojai.Tapi tak sempat kita beraleh belakang,orang akan kata kat kita..Dia tu lagi karut..Semua orang di katakan tak betui,,Jadi sapa yang betui..Bolih kat kita,baru kata orang tu betui..Kalau macam ni lah yang dok ada...Jadi harubiru lah dengan orang yang bersikap macam ni..Kalau dia dok bolih KEPOY kat dia,baru dikatakan ok semuanya..Baru dikatakan orang itu baik..Ini lah sikap2 yang dok ada Di Merbok dan di mana mana Bahagian...Bukan si ketot lagi nama nya..Tapi Si Tanggang..

    ReplyDelete
  26. Puak2 duri dalam daging ni pandai dok buat cerita macam2..Haritu dok kata Ramai AJK Wanita Umno Bahagian Merbok pakat2 nak letak jawatan..Tapi sampai sekarang ni,,tak ada sorang pun letak jawatan..Baru baru ni dok riuh kata Datuk Tajul pecat Datuk Zubir dari jawatan Ketua Penerangan Umno Bahagian Merbok..Tapi dengar cerita..Datuk Tajul tak pecat Datuk Zubir pun..Yang kami tau..Dah ada orang dok kalut nak ambil kesempatan tu adalah..Yang ni Kami nak nasehatkan Datuk Zubir kena hati2 dengan puak2 duri dalam daging ni..Datuk Zubir kena kenai siapa mereka..Tapi kami yakin,Datuk Zubir bukan orangnya yang bolih di perkotak katik semudah itu..Dia ada penilaianya yang tersendiri..Dia pun reti main politik..Dan dia pun tau..Politik menjadi duri dalam daging,sudah tentu tidak akan mendapat tempat dan tidak di sukai orang..

    ReplyDelete
  27. Penjilat-penjilat Tajul, Ramli Karam dan Razak Raman hampa tok sah dok sembunyi laa..semua orang tau perangai Ketua Bahagian hampa.
    Depan lain blakang lain.....Kan anak murid Anwar Ibrahim.
    Nak tau apa yang Tajul cakap pada Datuk Jamil Khir menyatakan hendak dipecatnya Zubir?

    ReplyDelete
  28. Ketua bahagian ADA KUASA LANTIK dan DAH TENTU BOLIH PECAT,,,,,,,apa nak susah hati,,,Dato Zuber memang dah dok jadi Tukang Bawa Beg Jamil KHIR,,,apa dia nak susah hati,,,,,,,,,,dia pon dah berapa lama jadi ahli UMNO MERBOK,,,,,LONCAT SAKAN,,,KETUA CANTAS LAAAAA!!!!!!!DET KHALID tak dak,,,,,,,,,,,dulu mai MERBOK strategi det khalid dgn TAJUL nak KUASAI MERBOK ,,,,,,,PAKLAH BUNGKUSSSSs,,,

    ReplyDelete
  29. Cerita huduh UMNO Merbok ini samalah juga dengan UMNO Padang Serai.Cantas pancunng amalan Rahman Ketua Bahagain.Cawangan UMNO Keladi samapai hari ini tak selesai.Ketua Bahagian double standard.Turunlah mai jumpa ahli umno kg keladi.Kami pun dah meluat dengan kepimpinan umno padang serai hari.Cukop terok.Janji bohong pula tu.UMNO Merbok dengan UMNO Padang Serai sama lah.Bukan berjuang untok parti.Depa berjuang untok kroni dan perut depa sahaja.

    ReplyDelete
  30. pemuda kg keladi,,,ketua2 bahagian yg ada di KEDAH la ni semuanya KRONI DET KHALID,,,Maknanya BALACHI PAKLAH dan KJ,,,,,,Lingkoop kedah di kerjakan Kumpulan ini hingga RAKYAT MELUAT dan BENCI dan bagi UNDI pada PAS,,,,,,Menang ketua BAHAGIAn,,tabur PULUSS dan tipu muslihat,,,,,,,,,sebab tu tak bolih pimpin BAHAGIAN,,,,,,,,,,,Dato seri NAJIB kalau nak ambil semula KEDAH,,,,GENG2 Paklah ni,,,,,,,hendaklah "disingkirkan" usahlah takut,,,,rakyat yg akan mengundi,,,,,,,"angkat angkatan muda DATO MUKRIZ,,,dato dah kenal dah antara "perjuangan" dan "kaki ampu" antara 'cium tangan" dan "talam dua muka",,,,,,,,dalam perjuangan jangan diberi ruang pada pengkhianat ,,,,,,,ambillah pengajaran apa yg berlaku sekarang ini,,,,,

    ReplyDelete
  31. Eh Eh pelik juga puak2 busuk hati ni..Yang dok marah sangat kepada Ramli karim dan razak rahman ni pasai apa..Tak kan depa jadi penjilat Datuk Tajul Kot..Kalau depa jadi penjilat pun..Depa tu di depan Datuk Tajul pun aku nampak sama juga di belakang Datuk Tajul..Tapi ada juga yang aku tengok ,di depan Datuk Tajul macam nak sembah,tapi di belakang Datuk Tajul menyalak macam anjing..Auk Auk Auk..

    ReplyDelete
  32. yang dok menyalak mcm anjing semua ni aku rasa semua bekaih kena cantas...pakat dok tak puas hati...heh...tak payah nak menyalak kat sini...tula hangpa nak jawatan tapi gheja takmau nak buat...bila sana naik sini naik hangpa dok kutuk...ni la org melayu kita... hasat dengki tak penah habis...mcm mana bangsa nak maju... depa buat kerja untuk rakyat...bukan mcm hangpa...perosak rakyat...!!!!

    ReplyDelete
  33. anonymous adalah org yg sama,balaci yg dibayar oleh datuk Tajul tu... sebln bleh rm1.5k cukupla.. beda2 rokok.. hua3..

    ReplyDelete
  34. baru nak mengenal umno sampai macan ni terok la nampaknya, bukan pembangkang yg kutuk tapi juak2 sendiri rupanya ,kena pikiak 3 ke 4 lah nampaknya

    ReplyDelete
  35. kpd pemimpin umno merbok, tak usahlah anda semua berebut2 nak jadi calon pru13. semuanya tiada wawasan/gaya kepimpinan. meh la kita tunggu calon import dan kepada ketua bilik gerakan tak usahlah tutup bilik gerakan kalau orang harapan anda tidak terpilih. ingatlah apa pun yang datang kepada kita itulah rezeki kita. dan kepada yang tidak terpilih, usahlah merajuk ada hikmah semua tu - ORG LUAR

    ReplyDelete
  36. hahaha...ketua wanita caw kenanga sah2 BODOH...org India pun dia nak ajak masuk umno...tunjuk pandai tapi tapi bangang!!! p lah belajaq dulu chek oii sejarah umno sebelum jadi ahli..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.